Saturday, November 20, 2010

Bila Sengal Itu Melanda

THE TIME BEING:

Pakwe betul= Mr.A
Pakwe relationship status in FB =Mr. B
Skandal =Mr C

5 TAHUN LAGI:

Fall in love ngan orang lain
Tunang ngan orang lain
Kawen pun ngan orang lain....


NAUZUBILLAH!

Love,

Amarah Cinta

Cinta itu dangkal
Cinta itu racun bagi aku'
Dan kerana cinta juga aku buta!
Aku bergelodak di dalam  namun,
Amarah pada siapa harus aku hamburkan??
Nista pada siapa harus aku tohmahkan??
Aku ini anak buta!
Bukan buta pada pancainderanya!
tapi buta pada segumpal darah bernama hati!
Aku ini perosak diri!
tapi dek kelam hati ini
dek gelap jiwa ini!
Aku katup telinga
Aku katup jiwa
Aku katup hati daripada cahaya!
Percayalah manusia
Aku ini insan bodoh alang!
Entah kapan kan bertemu cinta Agungnya..

Friday, November 19, 2010

Ketam Melayu vs Ketam Cina {Oh! Melayu}

Satu post yang aku kira cukup menarik aku jumpa dalam FB ni. Renung-renungkan dan selamat beramal ^^,

Ni adalah satu post yang cukup bermakna dan mengingatkan aku kepada Cikgu Satari, seorang guru berjiwa Melayu yang cukup aku segani semasa di alam MRSM ku dulu...Dia selalu  guna contoh ketam ni agar Melayu buang sikap suka menjatuhkan orang lain..I Heart Melayu <3

Tak lama dulu ada seorang Melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik Cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada… ada… lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la…

Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar… yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

MORAL:

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga.... Cina lain tak kacau…dia tengok saja dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya itu pula, akan ajar Cina lain agar berjaya juga. Kalau orang Melayu, bila satu Melayu nak berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mula lah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab itu Melayu tak maju...

Monday, November 8, 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...