Sunday, November 28, 2010

Apa Yang Aku nak Wat Bila Aku Da Kawen Nanti,..


  Malam ni, kesengalan itu melanda aku. Tiba-tiba dalam mood nak kawen. Hahahaha.. tapi camne nak kawen ni?? Calon pon takda lagi HAHAHA..tak kisahla. Tak penting ngan sape aku kawen, yang penting laki yang nak kawen ngan aku tu, dapat terima baik buruk aku. Dan yang paling penting selain dari yang penting tuh, adalah aku sendiri dpat terima baik buruk dia. Ok, kalau sal ni, nanti entri lain aku kasi cite panjang k?



  To sesape yang nak kawen ngan aku, dia kena terima pe yang aku nak dalam kehidupan rumah tangga aku heheheh.. ( Acece..bajet macam ramai je nak kahwin ngan aku sampai kena-kenakan syarat semua. Hehehe). Entri ni lebih kepada impian-impian aku pas kawen huhuhu. Yela, hidup kena merancangkan? hehe..*Bapak ayat kover baik punya kegatalan dimalam hari nih,hahahah*

   Ok. aku sediakan dalam list. Kang jadinya aku wat karangan lak malam-malam buta ni hahaha. Ok, let strart the journey bebeh! ^^,..and check check check it out!LOL

         1) Aku nak jadikan minum susu and soya sebagai A MUST dalam kehidupan rumah tangga aku. Yela, susu and soya ni bagus untuk kesihatan. Susu baik untuk tulang, and soya baik untuk kulit( aku suka part nih) Nanti aku wat entri pasal ni k? Malas nak wat karangan panjang berjela kat sini nih..Huhuhu.. *sebenarnya senang cerita cakap ni fevret aku huhuhuh..Aku nak pupuk fevret aku dalam life berumahtanggaku huhuh..*tapi ley dikecualikan jika my future hubby ni lactose intolerant,atau ayat senangnye, allergi ngan susu nih.tu boleh dimaafkan heheh...Kalau tak, meh minum susu berjemaah ngan aku huhuh...


2) Aku nak anak-anak aku belajar tarian mahupun muzik. Muzik dikatakan dapat meningkatkan kebolehan otak dan tarian sebenarnya boleh membuatkan kita cergas dengan cara yang way lagi fun dari joging k? tapi xdela aku nak anak-anak aku tu jadi penyanyi ke penari ke hape, cuma nak tambahkan ilmu diorang selain dari ilmu sekolah semata-mata. Lagipun, aku suka tarian and muzik ni, cuma xde pendedahan and BAKAT pada aku. *aku highlightkan bakat supaya korang tahu, aku takde bakat, seyes. Yela, takot korang ingat aku nak mewarisi bakat aku pada anak2 aku jer hahaha..


3) Aku nak jadi isteri yang terbaik untuk suami aku. Ni impian aku yang paling penting antara yang terpenting k? Hahaha~~aku tahu, geli dowh statement td. Mmang bapak gila tak boley blah statement bagai orang desperate nak kawen gila vavi.HAHAHAHA. Hehehe..Xde, tu impian aku. Sebab dengan perangai aku yang keras kepala lutut + keras hati+ keras segala bagai nih, cam mesti orang bajet aku takkan jadi isteri yang baik. No no no k? I keras kat luar aje, tapi lembut didalam you!. Belum cuba belum tahu k?hehe..Yela, bila dah kawen ni, kena giv my all to insan bernama suami..Chewah. Aku baca balik mende alah ni jap ag, mesti gelak sengsorang dowh hahaha...

4) Aku tak nak anak ramai yang agak-agak boley wat satu team bola sepak siap sekali dengan cheer leader- cheer leader sekali! Huhu... Aku ni memang da dilahirkan dalam keluarga camni ( tapi tak cukop ag nak wat team bola sepak k? Team basket ball 3 on 3 tu da boley da kot? hahaha...) Sebab aku tahu dowh susah nak bagi perhatian kat semua anak aku bila da ramai sangat nih. Aku nak tatang anak aku tu bagai menatang petrol  minyak yang penuh. Hehehe..Tapi aku harap xdela bila dia besar nanti dia jadi macam dalam cite Anakku Sazali tuh, tak mahu bhai! Simpan  Simpang malaikat 44! Bagi aku la kan, kasih sayang tu boleh dianggapkan macam sebiji Cheesecake Secret Recipe( yum yum!). Kalau anak ramai, sure setiap anak tu dapat sikit sorang jer cheesecake tu, berbeza ngan anak sikit. Bagi aku, aku nak maksimumkan perolehan Cheesecake untuk setiap sorang anak aku tu huhuhu...( Sekali macam Ekonomi lak daa!)

5) Disebabkan bakat memasak aku ni belum sudah digilap ke tahap maksimum  lagi( ayat senang, tak terer memasak ag), aku kena terrerkan diri aku memasak sebelum aku kawen. Orang cakap air tangan kita ni dapat mengikat usus hati suami. Betul ka??? Kena cuba dulu ni huhuh.. Aku akan try belajar segala masakan yang kena ngan tekak suami aku. Takleh belajar secara praktikal, Google ada bhai. Pandai2 la hahah.. Yelakan, orang rupa takde, nak kena ikat suami ngan air tangan jela huhu..Kalau da lawa cam Siti Nurhaliza tu, sumpah da laki tak lari wei. Hahaha. Dan dengan oleh itulah, aku takkan benarkan bibik masak untuk suami aku. ( Ok, aku nak wat pengakuan, aku memang nak seorang bibik TUA untuk rumah aku, tolong aku mengemas sikit2. *perkataan tua dihighlightkan kerana aku tak mahu bibik MUDA mengancam keharmonian rumah tangga aku huahuahua.*)

-Bila da cakap sal bibik, ada beberapa mende yang aku nak highlightkan kat sini supaya sesape diluar sane yang berminat nak jadi bibik aku tuh tahu pe2 mende yang TAK BOLEH buat bila jadi bibik aku. Hahaha.

        i) Masak untuk suami aku dan anak2 aku. Aku da terangkan kat atas k sal ni?
        ii) Iron baju suami aku and anak-anak aku. Aku nak wat sendiri benda ni. Supaya, suami and anak-anak aku rasa kehangatan yang aku transferkan (ayat melayu transfer apa?-bebal gak aku ni, nasib baik jadi cikgu Akaun, bukan Bahasa Melayu huhu) pada baju yang diorang pakai tu. And diorang akan ingat, ni bini aku@mak aku yang gosokkan bju aku and wat aku jadi super duper smart@lawa ni..huhu. tapi anak aku yang da besar xley ey, aku nak ajar diorang berdikari sendiri.huhuhu.
      iii) Basuh segala mende2 kecik-kecik. Korang pahamla bila aku cakap mende2 kecik ni, takde keje aku ni sebut semua mende alah tu satu persatu. Sorry k? Aku pernah jumpa bibik yang terpaksa basuhkan benda2 kecik majikan mereka tuh. Ngan aku takde der camtu, tu aku punya,laki aku punya, anak aku punya, so, tu tanggungjawab aku.
    iv) Menggatal ngan laki aku. ( Aku patut letak ni yang paling atas sbenarnya. hahaha- tapi nasib baik aku da tulis, bibik yang TUA okay??)

* So, dengan mende2 tak boleh ni, aku rasa tugas seorang bibik telah dikurangkan oleh aku yang baik hati ni. Ada sesape volunteer nak jadi bibik aku?* huhuhu. Syarat-TUA k?hahaha

6) Aku nak anak kembar. Apa-apa cara pun, aku nak gak anak kembar ni. Xkisahla pkai in-vitro fertilisation ker, suntik hormon ker, jumpa bomoh ker..TETTT..yang last tu takley pakai. Wa xcaya bomoh-bomoh ni. huhu..Tapi wa memang cakap lu la beb, wa nak gak anak kembar camne pom. Seyes, bagi aku anak kembar ni seyes comeyy doh* Ish, ni kes aku dok ber 'wa' 'lu' ngan Boye Tembaga la ni jadi ber'wa' 'lu' tetiba nih. Hahaha..Sial*

Oklah.Aku ase da panjang berjela entri aku nih. Penat lak menaip malam2 buta ni. And segala keangkatan diriku sendiri kedalam bakul sila abaikan k? Ini cuma impian2 aku dalam alam rumah tangga. Walau aku tahu giler bapak punya lambat lagi seyy aku nak kawen. Wa baru 19 derr hahahaha...So long!



Love,

1 comment:

  1. terbaek r ko punye impian....
    especially bab nak anak kembar tuh....
    hahaha gud luck la ye...
    moga impian nak anak kembar tu tercapai... :P

    ReplyDelete

Borak-borak Cafe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...