Picture credit |
Dulu, aku sangat cemburu pada sesuatu kesempurnaan itu. Seriously i did. I was surrounded by a whole bunch of perfect person when I was in my high school years. Kesempurnaan macam mana? For example, full package-muka lawa/hensem, bijaksana, orang berada. Sebab aku ni tak lawa, aku tak berapa nak pandai, dan aku bukan dari family yang senang. Aku akui benda tu. Yuppie, rasa rendah diri aku membontoti aku kemana sahaja aku pergi.
But when times grew older, I learned something. Perfection is some sort of imperfection. Kesempurnaan itu merupakan satu ketidaksempurnaan.. Plus, tak ada satu benda pun yang sempurna di dunia ini. Seriously. Aku ambil dari contoh full package tadi, dalam kesempurnaan dia tu, mesti ada satu ketidaksempurnaan pada dia. Contoh, dah full package camtu, tapi ada family matters. Bagi aku, Allah itu Maha Adil. Dia takkan berikan seseorang itu sesuatu kesempurnaan secara total, sebab jika hidup seseorang itu sempurna, maka hidup dia tidak akan bermakna. Yang kesempurnaan itu hanya milik Tuhan, Dia Yang Maha Sempurna.
. Dulu aku sering bertanya pada diri aku sendiri. Kenapa hidup aku tak sesempurna orang lain? Kenapa orang lain mendapat lebih daripada aku? Kenapa bukan aku yang jadi dia dan banyak lagi kenapa yang berlegar dalam kepala otak aku ni. Dan sekarang, aku rasa aku dah dapat jawapan kepada segala persoalan aku sebelum ni.
Sebab kita tak cukup kuat untuk hadapi kesempurnaan itu. Ya, kesempurnaan itu memang satu anugerah, tetapi perlu diingatkan, kesempurnaan itu jugak satu ujian. Even tanpa kesempurnaan itu pun, aku sudah lupa diri. Apatah lagi andai aku mendapat kesempurnaan itu. Dan bagi aku, Tuhan dah tentukan segala-galanya bagi kita. Kita manusia patut bersyukur, dan hadapi ketidaksempurnaan kita dengan tenang dan cuba perbaiki ia.
Jadi, pesanan aku kepada yang ada diluar sana(dan pada aku sendiri). Jangan pernah mencemburui kesempurnaan orang lain, its not worth it. Anda adalah kesempurnaan kepada diri anda sendiri. Tuhan dah tetapkan yang terbaik untuk anda. Just live, laugh and love k? * wink2..
Love,
No comments:
Post a Comment
Borak-borak Cafe...