Wednesday, October 20, 2010

Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan.....

Tuesday, October 19, 2010

Teman Tangis

teman tangis ku,
aku butuh kamu sayang
aku butuh kamu tuk dengar ratib rintih kalbuku
jalang sungguh resah hati ini teman tangisku
membunuh jiwa dalam sepinya malam
merebah jasad agar seakan tidak bernyawa

teman tangisku,
deru nafas yang aku hembus kasar
makin menyesak setiap urat yang ada di tubuhku
jerih pilu yang aku simpan sendiri
jadi bukti air mata yang tertahan di perdu hati

teman tangisku,
dimanaku kamu teman
kutemu insan dalam tawaku
kutemu kosong dalam esak tangisku
tapi teman tangis?
kapan dan bagaimana
ku harus temumu?

aku butuh kamu teman tangisku...


sendu tangisku...

badai sendu di pantai celaru ini
menjadi esak tangis yang ku simpan rapi seorang diri
air mata yang tak tumpah
jadi bukti betapa ego ini melangit tinggi..

sendu yang aku rindu
bertamulah dihati ku
kerna kamu
pelepas segala rindu dendam
yang mengasak di kalbu malu..

aku punya teman
tapi kosongnya tetap beribu
aku punya kawan
tapi tetap sayu ini bertamu
betapa terjerat aku di kabus haru
meritih jerit menangis syahdu..

tolong teman,
tolong kawan,
perlengkapkan aku..

aku ini teman,
umpama jiwa kosong tiada bernyawa
menggenggam sumpahan
harus rebah  tiada bermaya
kocak racau jiwa ini...

aduh teman
aku dalam sakit teman
bantu aku teman
aku tangis dalam sendu tawamu 

Wednesday, October 13, 2010

Diorang GEDIX atau Kita sendiri CEMBURU?

gambar perkahwinan datuk sani         Haishhh..aku baru je pass by satu blog ni...first2, ingat cuma nak cari pasal perkahwinan Dato' Wan Sani, pengusaha Sani Express tuh.. memang lawa-lawa gambar yang ada dalam blog nihh. Tapi satu jerr yang tak best, bila tengok komen-komen dia..Mak aihh...kalah mami jarum engkau kepoh dalam tu...memang bab mengata orang no satu..


Aku tahu, teguran pasal cincin kat jari telunjuk, selendang sehelai kat kepala dalam masjid, and rambut karat tu jugak yang jadi isu.. tapi okla tu, baguslah tu kan, tegur menegur.. Seriusly, aku tahu aku ni bukan budak baik sangat, tpi bila orang tegur aku, aku dapat terima je dengan open.. Aku cuma entahlah, ye, aku terima teguran itu, tapi aku cuma xboleh nak laksanakan je...

          Ok, tapi itu bukan isu kat sini, this is not my story k??. Isunya kenapa soal Datin Norjuma juga naik, Dr Harlina pun sama.. Diorang dituduh gediks tak memasal..Konon terkinja-kinja dapat gelaran Datin..haihh..Macam-macam ,nak gelak pun ada tengok ketidakmatangan orang kita ni...Bnda camni jadi isu..Bayanglah, tak bahagia ke korang bila berkahwin dengan orang yang tersayang..Perlu ke nak tahan rasa gembira tu? Salahkah kita nak bagitahu satu dunia kita bahagia?? Kalau benda camni pun tahan gak, aku rasa patut naik satu isu lagi, isu 'control ayu' nihh..xgitu??

         Bila aku baca satu-satu komen diorang, aku nak gelak pun ada, nak menangis pun ada.. Ya. tahu memang wajib untuk kita menegur antara satu sama lain, tapi perlukah ada perkataan bodoh itu? perlukah ada perkataan jahanam, sial @ sebagainya. Dan perlukah kita menegur orang lain dengan mendabik dada sendiri..Sungguh, bagi aku, aku tak leh terima kalau menegur cara cam tu..hormat aku pada orang yang menegur tu terus hilang bila aku tengok kata2 kesat tu..

     Ntahlah labu..rambut sama hitam, hati lain-lain. Mungkin orang lain xsetuju dengan pendapat aku ni, tapi nilah hidup kan??


Love,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...