Saturday, October 23, 2010

Inchik Z vs Azmi- Lagenda Budak Setan

   Sesiapa yang pernah tengok movie Lagenda Budak Setan, mesti akan ingat si Azmi ni.Brutaliti dia memang over the edge arr...Remember bagaimana dia tampar Ayu berkali-kali, sepak terajang yang perghh tengok pun memang kan rasa sedikit sebanyak sakitnya? Bila aku tengok part tu, aku terdiam. Aku tak sanggup tengok. I've been through that kind of situation. Yup, seriously dah.
Que haidar sebagai Azmi in LBS


Inchik Z yang muncul dalam hidup aku dapat digambarkan oleh Azmi dalam Lagenda Budak Setan. Ayu berpisah dengan Azmi sebab Azmi sendiri yang duakan hubungan diorang. Sama jugak macam kes aku... It hurts when you put your 200% percent trust to a man you love but what you really get back is a traitory.

Cinta aku pada dia hilang pasal ni. Aku ingat lagi macam mana dia ingatkan aku tiap-tiap hari agar jangan curang dengan dia, padahal pada masa yang sama, dia dah  jumpa yang baru. Aku jugak masih terbayang-bayang bagaimana kitorang bergaduh hari tu hanya disebabkan nombor lelaki yang tidak dikenali dalam handset aku, ataupun betapa bengangnya dia bila dia check komen aku untuk seorang lelaki bergelar kawan dalam FB aku.. Istana cinta yang aku anggap indestructible dalam hati aku,( chewahh..ayat powr nih) runtuh dalam sekelip mata jer. Apa yang aku rasa cuma kosong, segala kenangan indah kitorang sebelum ni hilang di bawa angin lalu.


Tapi, dia tak dapat terima hakikat tu. hakikat bahawa hati aku bukan milik dia lagi. Hakikat bahawa cinta aku  yang paling besar untuk dia sebelum ni dah musnah menjadi abu disebabkan tangan dia sendiri. Aku tahu, dia terlalu alpa melihat kukuhnya cinta aku pada dia. Walau apa kesilapan pun yang dia buat, dia fikir, aku takkan mampu tinggalkan dia kerana cinta aku yang mendalam pada dia. Ternyata, dia silap. Aku bukan selemah yang disangka. Atau, cinta aku bukan sekukuh yang dia fikirkan.

Huh, aku nak gelak pun ada. Teringat lagi bagaiman dia menangis, merayu menitiskan air mata di depan aku bila aku nak tinggalkan dia. Luka dihati dia pada waktu tu takkan sama dengan luka yang aku alami bila ada seorang perempuan mengaku girlfriend dia. Luluhnya hati aku teringat janji dia yang takkan berSMS pun dengan mana-mana kawan perempuan pun, hatta dengan nombor yang tidak dikenali. Tup tup, boleh ada makwe baru lagi. Ternyata, tu semua palsu.

Berbalik kepada tajuk kita, kenapa aku cakap Inchik Z ni sama dengan Azmi LBS? kerana paras baran dia tu lah. Panas baran yang sama. Perbuatan Azmi pada Ayu sama seperti perbuatan Inchik Z pada aku.


Aku gantungkan cerita ini disini. Aku tak mahu merobek semula luka di dada. Let bygones be a bygones...

Love,

No comments:

Post a Comment

Borak-borak Cafe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...