Aku tak tahu la kenapa sehari dua ni aku suka berpuitis. Mungkin sebab bila aku berpuitis, perasaan tu keluar mencurah-curah macam air paip. Aku rasa lega. Aku rasa ada satu part dalam diri aku bebas, bebas dari belenggu yang membelenggu diri...Mungkin, sebab time tu kita dah luahkan apa yang patut kita pendamkan..
Kali ni, entri aku pendek aje. Aku nak sudahkan entri-entri aku yang jadi draf sejak sekian lama.( Aku ni bila menulis, selalu lost idea tengah bes-bes menulis tuh, haishh, tu yang buat aku punya entri tergantung jadi draft memanjang..=.="...)
Ok, tak kisahla labu..asal draf-draf aku tuh menjadi sebuah entri akhirnya. Back to story( most entri tulisan aku sendri wajib-wajib ada ayat tu k?xcaye? see this and this) .Nape aku suka berpuitis? Sebab aku penah tangkap khalwat cintan ngan sorang mamat sastera dulu hahahaha...Ok2, aku tak serius~~abaikan perkataan strike through tadi ye? ngee~~. Sebenarnya, bila kita bersastera nih, kadang2 apa yang kita luah tu boleh terluah far beyond what you expected. Luahan marah ( contohnya la kan?) kau akan lebih terluah dengan lebih mendalam, lebih kena, tapi dengan cara yang lebih terhormat daripada mencarut. Huhu, Kan2? Sape yang suka bersastera akan faham apa aku cakap ni.
Idola aku dalam arena ni, Inchik John Labu. Nope, beliau bukan la sasterawan negara, and beliau bukanlah sape-sape yang gah di arena sastera nih, seperti arwah Pak Dharmawajiya, Dr Lim Swee Tim, A. Samad Said, atau S. Othman Kelantan. Tapi aku kagum pada bakat beliau, bukan senang tahu nak jumpa orang yang berbakat dalam bidang sastera nih. Dia buat aku tertarik balik pada dunia sastera, dia wat aku kenal pada Pyan Habib bila aku cakap pada dia aku tak da bakat dalam deklamasi sajak sebab aku ni pelat 'r' sedangkan Pyan Habib tu,(maafla aku kejam sikit) sengau. ~~ Marah Inchik John aku mengata idola beliau huhuh..
Cakap sal Pyan Habib nih, aku kagum pada beliau. Kelemahan beliau beliau jadikan sebagai kekuatan. Walhal aku yang pelat 'r' ni dulunya cukup malu untuk berkata-kata di khalayak ramai, beliau yang sebegitu pun boleh dengan selamba badaknya dan dengan penuh perasaan mendeklamasi sajak dikhalayak ramai. Memang wajar aku tabik spring la pada beliau nih.
Ok, back to Inchik John, seorang yang aku anggap sebagai abang ( padahal beliau xsuka main abang2 angkat nih, tapi aku ni kan keras kepala? hehehe, nak gak anggap beliau abang angkat aku walaupun beliau tak anggap pun aku adik angkat dia~sengal kan aku? huhuh), aku sapa dengan panggilan pak cik. Katanya beliau sudah terlalu tua untuk dipanggil abang walaupun usia beliau masih dikategorikan sebagai muda (bagi aku la). Berapa? Hahah..biar aku dan Incik john aje yang tahu umur beliau berapa heheheh...
Aku kenal beliau dalam FB, page supporters Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan, yeah, Gomo Kelate Gomo! huhuh...aku pun lupa camne kitorang boleh bertegur, sama ada aku atau beliau yang add aku dulu. Tapi tak kisah la. tapi bila aku tengok kata-kata belaiu yang puitis, aku tertarik untuk berkongsi bakat( bakat la sangat!) dengan beliau. Nak tengok, ada bakat atau tidak. Bila aku cakap aku ni takda bakat, beliau petik apa yang arwah pak Dharmawijaya ( bekas pensyarah beliau) pernah ucapkan,
Ada 2 jenis bakat atas dunia nih.
1) bakat yang sedia ada dalam diri, hanya perlu digilap sahaja
2) bakat yang boleh dipelajari.
Kata-kata ni aku tak wape ingat full dia, aku redah jer tuh. Tapi aku terkesan dengan yang nombor 2 tuh. Tak semestinya aku kena tunggu je kan bakat tuh kena turun dari langit, baru aku nak bergiat dalam sesuatu benda tuh, bila dah ada minat, insyaAllah boleh digilap kan?
Nampak tak kenapa aku anggap dia idola aku? Aku rasa ia lebih kepada jasa dia yang tarik aku kembali dalam dunia sastera nih. Dulu, bila aku cakap aku minat sastera, orang gelakkan aku. " Kau budak pandai dowh, takkan nak ambik sastera jer tingkatan 4?"~~seyes ada sahabat pernah cakap gini kat aku. Bukan aku nak rendahkan sastera, atau nak cakap budak-budak sastera ni tak pandai atau nak cakap aku ni pandai, tapi sebab keputusan PMR aku melayakkan aku masuk aliran sains di MRSM, buat sahabat aku ni berkata begitu( sahabat ini adalah sahabat yang baik ,walaupun dia tidak bernasib baik untuk melangkahkan kaki ke MRSM, walaupun aku tahu dia ingin ke MRSM, dia tumpang gembira pada aku tanpa secebis iri hati pun- Bless her) .
Ok, off trail lagi. back to Inchik John, dia kurang senang bila aku anggap beliau idol aku, katanya beliau bukan sape2. Ramai lagi orang hebat di luar sana. Tapi balas aku;
"Dr. M pun hebat, tapi kenapa saya tidak tertarik untuk masuk ke dunia politik dengan lebih dalam? Dato Lee Chong Wei pun hebat,tapi kenapa saya tidak tertarik pada dunia badminton sedangkan saya suka pada kedua-duanya. Pak cik hebat sebab berjaya tarik saya ke dunia sastera ni balik. Jadi, atas dasar itu, saya jadikan pak cik idola saya, aspirasi saya dalam dunia sastera saya nih"
Inchik John yang buka pandangan aku pada dunia sastera ni. He stands behind me, menyokong, mengkritik, memperbaiki kelemahan-kelemahan aku. There's a lot more i have to learn about this beautiful world. Banyak lagi yang aku perlu tahu, and recall secebis memori dunia sastera yang aku ada semasa tingkatan tiga dulu. Almaklumlah, i started from scratch. Paling mengharukan aku, dia hantar karya aku yang tak seberapa ni, cukup simple yang hanya lahir dari luahan hati, pada seorang sasterawan seangkatan dengan Faisal Tehrani. Dia hantar bersama puisi yang aku yang telah dia edit, untuk dikomen oleh sahabatnya itu. Terus terang, aku segan, puisi yang lahir hanya dari kekeliruan jiwa aku diamuk badai kecewa itu jugalah yang dikomen. Aku malu huhuhu...tapi dia cakap tak perlu malu, proses belajar. huu~~
Satu je aku ley cakap, tanx a lot Inchik John Labu. I appreciated it..
p/s: tadi bukan aku cakap nak wat entri pendek je ke? hehehe
wah. entri tribute.. :)
ReplyDeleteramai lagi penyair-penyair yang pelik, aneh n unik yang kita tak kenal.
semua boleh jadi penyair.
Sastera tu macam objek mencantikkan puisi.
:) puisi tanpa sastera pun best. hihi..
Latest Entry : Reverse Psikologi Untuk Generasi Baru kita
Puisi tanpa sastera ada eh?
ReplyDeleteJohn Labu of Paloh. hehe.
ReplyDeleteAku kenal sangat dengan beliau ni. Dia rajin lepak borak-borak pasal art kat kedai makan sampai ke tengah malam.
...sekadar kisah-kisah diri...
ReplyDelete