Ni pengakuan seorang dalam Majalah Wanita bil:1405 ( erkk..ye aku baca majalah Wanita, walhalnya aku ni REMAJA lagi huhuhu)..aku tertarik dengan pengakuan dia, kerana ego, dia kehilangan seorang wanita yang berharga. To boys out there, bacalah kisah ni, renungilah kisah ni. Mungkin anda adalah Farid pada masa hadapan. jangan kerana ego, kita kehilangan permata yang sangat berharga dalam hidup kita. Dibawah ni kisahnya:
Perkenalan sebagai rakan sekelas di universiti akhirnya membuahkan cinta di hati Farid dan Aleeya. Sepanjang lima tahun mereka menyulam cinta, banyak dugaan yang ditempuhi mereka. Namun sudah tersurat jodoh mereka bersama. Selepas mencapai kata sepakat kedua belah pihak, pasangan ini akhirnya diijabkabulkan dalam suasana yang cukup meriah.
Walaupun sudah lama bercinta, namun hanya selepas kahwin barulah sikap sebenar Farid terbongkar. Jika dulu masa bercinta segala kata manis lagi ayat yang digunakan. Kini apabila Aleeya sudah menjadi isterinya, hanya maki hamun dan kata-kata kesat dilemparkan.
pada mulanya, Aleeya masih bertahan dengan sikap Farid. Baginya mungkin Farid dalam proses menyesuaikan diri, namun lama kelamaan, Farid bukan sahaja tidak berubah, malah semakin menunjukkan belang.
Tidak cukup dengan kata-kata mengguris perasaan Aleeya, Farid sudah berani naik kaki tangan. Pantang ada sahaja benda yang tidak kena, habis semua barang dibaling. Jika ditegur, pipi Aleeya pasti menerima habuan Farid.
Aleeya sudah puas menangis. Dia tidak sangka lelaki yang dicintainya satu ketika dahulu, kini menjadi lelaki yang paling dibencinya. Aleeya seringkali bercerita dengan kawan baiknya Arman. Aleeya tidak mahu kisah rumah tanggannya diketahui keluarga kerana dia malu dan tidak mahu keluarganya susah hati memikirkan masalahnya.
Lantaran, Arman menjadi tempat Aleea meluahkan masalah. bermula sebai tempat meluah perasaan, akhirnua hati Aleea terpaut dengan lelaki itu. Begitu juga dengan Arman, dia sedih mengenang nasib perempuan sebaik Aleeya menjadi mangsa keegoan suami.
*********
Akhirnya, Aleeya sudah tidak mampu bersabar. Dia menangis teresak-esak bercerita masalah rumah tangganya yang sudah lama dipendam kepada keluarganya. Ibu dan ayah Aleeya terkejut, mereka tidak sangka anak gadis kesayangan mereka begitu menderita selepas mendirikan rumah tangga.
Selepas berbincang, ayah Aleeya menasihati Farid agar berubah sikap dan melayan isterinya dengan baik. Farid hanya mengiyakan segala nasihat dan teguran bapa mentuanya. Namun di dalam hati, dia tidak sabar untuk bersemuka dengan Aleeya yang dianggap sudah menjatuhkan maruahnya sebagai seorang suami.
Sebaik sahaja Aleeya pulang ke rumah, Farid melepaskan kemarahannya. Bukan sahaja caci maki yang diterima malah Aleeya separuh mati dibelasah Farid. Melihat Aleeya nyawa-nyawa ikan berlumuran darah akibat ditumbuk, Farid menjadi panik.
Dia bergegas membawa Aleeya ke hospital. Syukur Aleeya selamat. walaupun doktor mengesyaki berlaku kes penderaan, tapi Aleeya berkeras untuk tidak melaporkan perkara itu kepada polis dan merahsiakannya dari pengetahuan keluarganya.
Aleeya sudah tawar hati dengan Farid. Dai tekad mahu hidup bersendirian. walaupun Farid berulang kali memohon maaf dan berjanji akan berubah, namun hati Aleeya sudah menjadi keras seperti batu.
Dia tidak berganjak dengan keputusannya. Aleeya memfailkan perceraian di mahkamah syariah. Selepas dua tahun hidup bersam. akhirnyya pasangan ini bercerai dengan talak satu. walaupun Farid enggan melepaskan Aleeya, namun desakan Aleeya akhirnya membuatkan dia akur.
Air mata Farid mengalir ketika melafazkan talak kepada Aleeya Ketika itu, barulah dia sedar, dia kehilangan seorang wanita yang sangat baik dan sabar melayan karenahna selama ini. Penyesalan yang bersarang dihatinya membuatkan Farid membawa diri ke luar negara. Dia benar-benar insaf dan berjanji dengan dirinya tidak akan mengulang lagi kesilapan lama andai bertemu jodoh sekali lagi.
~TAMAT~
Lelaki, wanita itu tercipta daripada rusukmu. Dia adalah anugerah yang dipertanggungjawabkan kepada kamu untuk dijaga dan diberikan kasih sayang. Ingat lelaki, walaupun cintanya sebesar-besar alam pada mu, jika tidak dijaga, ia boleh hilang dalam sekelip mata. Bila seseorang wanita itu sudah berpatah arang dengan mu, tidak mungkin kau msmpu miliki cintanya kembali. jadi hargai dia semasa hatinya masih ada padamu. Jangan bangga dengan agungnya kasih sayangnya pada mu,sehinnga kamu sanggup memperlakukannya sesuka hatimu, kelak satu hari nanti kamu akan menyesal apabila pandangannya tidak lagi terhala ke arahmu....
Love,
No comments:
Post a Comment
Borak-borak Cafe...