Pernah tak korang semua berada dalam satu keadaaan di mana, korang membenci seseorang itu tanpa sebab? Bukanlah benci sebenarnya, tapi lebih kepada tak suka. tapi benci tu pun lebih kurang jer dengan tak suka tu kot, cuma benci ni advance sikit. Agaknya lah~~ Huu, malas nak bukak Kamus Dewan huhuhu..:peace!
Aku pernah ,and selalulah gak rasa macam nih. Tetiba tak suka kat seseorang tuh. Walaupun dia tak wat salah pun ngan kita. And benda tu aku takkan dapat tahan. Bila hati ni dah cakap tak suka, susah ngat nak wat kita suka kat dia cam biasa.
Nak-nak bila dia buat salah ngan kita. Bengkek jer hati time tuh. Haish, tersiat rasa hati nih. Tapi yang heran, bila orang lain buat silap and salah yang sama, senang jer kita maafkan. And part paling tak boleh blah adalah, bila kita tahu ada orang lain gak yang tak suka kat dia... Rasa nak melompat toink toink toink aje! Hahahaha...Yela, at least, kurang la sikit rasa bersalah tu. Ingatkan kita sorang jer tak suka dia huhuhu...Kejam kan aku nih?? huhuhu
Tapi, rasa bersalah tu of course tetap ada. I've been in both world. Dibenci dan membenci. Nope. Aku tak pernah terniat nak balas balik apa yang orang pernah buat kat aku dulu. Tapi tulah realiti hidup kan? And aku tak rasa aku sorang jer pernah rasa macam ni. Aku rasalah~~hehehe
Sakitnya rasa dibenci. Tanpa ada sebab. Ataupun mungkin kerana satu sebab yang kecil, yang salahnya hanya pada diri aku sendiri,yang salahnya hanya kerana aku tidak boleh adapt dunia mereka pada ketika itu, menyebabkan aku dibenci. Ataupun, mungkin sebab i've been in a world that doesnt belongs to me. Maybe. Aku sendiri pun masih tertanya-tanya sampai sekarang.
Dan sebab pernah rasa perasaan dibenci itulah, aku terhambat ngan sumpah diri takkan membenci orang lain tanpa sebab apabila aku membenci seseorang. Dan berada pada keadaan aku sekarang, aku mulai faham. Aku takkan salahkan orang yang pernah membenci aku dulu, aku maafkan mereka, kerana aku tahu, aku boleh dibenci tanpa sebarang sebab seperti mana aku membenci orang tanpa sebarang sebab.Haha. tahu ayat ni sedikit memeningkan hehehe..
Aku ada quote yang memang kena ngan entri aku hari ni:
" You cannot have ten friends without at least, a hater."
So, kepada sesape yang dibenci, just bear with it. You cant expect semua orang akan suka kat you. Kebaikan kita juga kekadang boleh dijadikan sebab untuk dibenci. Tapi kena ingat juga, bukan semua orang akan benci kita k? And to haters, cuba cari pertimbangan untuk tidak membenci orang lain k?( kata-kata ni ditujukan khas untuk aku sebenarnya. huhu) Others, take note sama yer?? : peace, no war..
Love,
No comments:
Post a Comment
Borak-borak Cafe...