Saturday, July 30, 2011

Terima kasih sayang..

(Entri ini mungkin mengandungi sedikit unsur jiwang yang overrated bagi sesetengah orang ^^,)

Entri ini ditujukan kepada si dia yang terlalu lama berada disamping aku sehinggakan aku sendiri tidak menyedari akan hadirnya dia selama ini.
5 tahun dia menuggu aku. Ya, mungkin cinta itu ada naik turunnya, namun cinta itu tetap ada.
Tidak seperti aku, rasa itu baru mula menerjah dada...*senyum* Dan aku bersyukur, aku dikurniakan kesempatan untuk mengenali kamu. Dan syukur, pintu hati aku dibukakan kepada kamu.
Mungkin aku silap, tidak pernah cuba untuk menerima kamu dulu. Tapi, aku yakin, ada hikmah disebalik semua itu..
Kita berdua semakin dewasa. Semakin matang dalam mengenal erti kehidupan dan juga erti cinta.
Terima kasih kerana masa itu, terima kasih juga kerana menerima aku seadanya aku sayang. Aku insan yang tidak sempurna, namun sikit pun kau tidak endahkannya. Terima kasih sekali lagi sayang..
Dan walaupun kamu jauh diseberang laut sana, have your faith in me k sayang?

Semoga ini menjadi titik tolak kepada cinta kita berdua :) Amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...