Saturday, April 23, 2011

Different Perspectives...

picture taken from here.

~ Cuba perhati gambar ni baik2..from a diffrerent perspectives/angle :) ~

Ooops..

Pertama sekali, aku nak ingatkan, entri ini adalah BUKAN entri untuk mengangkat diri sendiri okeh?

Aku tetiba rasa nak post benda ni.

Aku nak elakkan diri aku dari berfikir tentang apa yang aku tak patut fikir. *Senyum*

Aku rasa kelebihan aku..

Aku rasalah, aku ni seorang yang memahami. Seotang yang boleh melihat sesuatu dari satu sudut lain.

(Yup, muntah lah semahu anda)

Aku pun tak tahu nak bagi istilah apa, bukan memahami jugaklah. Tapi apa aku nak cakap eh?Ah, korang baca jer apa aku nak tulis nih. Tapi, tafsiran sendiri? Suka hati korang lah.

Aku mudah untuk meletakkan tempat orang pada tempat aku. Aku suka fikir benda tu dari sudut yang berlainan daripada orang lain. Dan aku, memang susah untuk menyalahkan orang atas sesuatu perkara 100% walaupun terang-terang itu adalah salahnya.

Aku juga jenis yang tak ambik kisah tentang apa yang orang pakai, apa yang orang makan (yang tak pelik sangat sampai nak meng-eiyuu kan orang. Aku jenis aku aku tak de nak condemn orang 100% walaupun aku tak suka pe yang orang tu buat. (Aku susah nak benci orang tak memasal. Tapi once aku da benci, susahla nak wat aku suka balik kat orang tuh. Peace :)

Korang tak nampak lagi kan pe aku nak cakap?Tak nampak lagi eh? Huhuhu.... OK2...

Pernah tak ko jumpa orang-orang yang camni?

---Eiihh..aku tak suka la Anna Raffali tuh. Kampung siot! Camne la boley menang AJL ni? Perghh... Sakit hati syial!


---Cuba tengok minah tu. Pakai cropped shoulder jacket pergi kafe jer? Perghh..Macam pergi Times Square siot!


---Gedik tol pompuan tu. Senyum sampai telinga aihh...Taw la dapat kawen ngan Dato'...


---Bapak ahh. Tendang bini semata-mata sebab bini dia mengidam macam-macam kot. Bapak kejam laki macam tu...


---Bapak ahh minah tu. Kalau body bapak sikit macam Angelina Jolie tak pe dowh nak pakai dress camtu. Muka pun  sememeh je aku tengok. Eii, bapak kampung. Seyes tak kena langsung pakai camtu. Eiyu! Tengok make up cam hape dah aku tengok.


Ni adalah antara contoh-contoh ayat standard yang biasa kita dengar dalam perbualan seharian kita. Tapi aku selalunya akan berfikir lain sedikit dari apa yang biasa kita dengar nih. Dan ni adalah antara contoh pe yang aku fikir balik pe jadi situasi-situasi macam kat atas.


---Dah tu rezeki dia. Nak wat camne. Terimalah. Kampung ke dia, bandar ke dia. Tak perlu sampai nak kondemn habis-habisan. Siapa kita nak menidakkan rezeki Tuhan. And, letak lah diri kita kat tempat orang tu sebelum apa-apa. Just cherish your life.Tak perlu nak berdukacita atas kegembiraan orang lain yang langsung takde kena mengena pun dengan hidup kita. Ia dak?


--Pakai cropped shoulder jacket pergi kafe mungkin bunyi nya agak over. Tapi aku percaya, mungkin orang tu tak sengaja ter'over' camtu. Mungkin dia just amik je xsempat fikir apa-apa, tak pun semua baju da habis basuh. Tinggal tu je. Tak pun, dua baru balik dari ane2, or just, he or she felt comfortable with wha the's/ she's wearing at that time. And bagi aku, xyalah nak amik port sangat pe yang orang pakai, biarlah dia. Baju dia, duit dia.. Every one has the right to feel comfortable with him/herself. It's none of our bussines.


--In case korang dapat kawen ngan Dato', tak ke korang rasa gembira? (Ni kes kawen suka rela, bukan paksa rela k?) Perlu ke korang kover cun korang punye rasa hepi tuh? Salah ke orang nak sengih di hari bahagia dia? Yang kita sakit hati pesal? Aku tak faham tul orang macam ni... Bagi aku, satu perkataan je, DENGKI.


--Mana korang tahu laki tu tendang bini dia pasal bengang bini dia mintak macam-macam? Yeah, aku tahu, salah seorang lelaki untuk tendang bini dai yang mengandung. Tapi, perlu ke kita menyalahkan lelaki tersebut 100%? Jawapannya tak bagi aku. Mana tahu salah perempuan tu ker mulut celupar sangat sampai laki dia naik angin sampai hilang kewarasan fikiran? Pe yang aku nak cakap kat sini, seorang manusia wont get over his/her limit if he or she isnt been trigger by something. Dont u think so? Just, dont judge the book by its cover k?


--Ni lagi satu. Haishh..Aku memang sikit punya mengeleng la dengan orang camni. Hape ko bajet semua orang ada body lawa? And ko bajet orang lawa jer berhak untuk pakai benda lawa? Aku memang tak tahan orang macam ni. Korang pernah fikir tak, he or she is just trying to be beautiful. Kalau pun orang tu memang tak cantik, walau sape pun kita pada dia, kawan/jiran/sedara semua LANGSUNG tak de hak nak cakap orang tu tak cantik atau buruk atau what so ever. Just let him/her be ok?

Hah. Tu je aku nak membebel malam ni. Tak larat nak menulis dah. babai :)..

Notakakipenulis:Fikir-fikir kan pe yang aku cakap nih. huhu... Try putting urself on others shoes first before judging them. :)..


p/s:Sekarang banyak notakakipenulis entri aku kan? lalala

Friday, April 22, 2011

Untittled

Kepada semua yang membaca blog aku
~~klu ada la...
Aku nak mintak maaf klu post aku kebelakangan ni,
dan mungkin kehadapan ini,
sangat-sangat peribadi dan "gila"..
Jiwa tak tenang,
dan mungkin apa-apa yang aku postkan,
Sangat tidak kena dengan jiwa korang.
Just let me be it be k?
Tengah mencari my old self actually...

Salam sayang,
~~Sunshinenista :)

Thursday, April 21, 2011

The Journey of A Heart Broken Girl

picture credit
Putus cinta.

Exam.

Serabut...

3 benda ni buat aku tak tahan dok terperap kat umah. Lantas, aku mengambil keputusan drastik lari dari rumah.

Erk.

Hiperbola je tu. *Senyum*

Aku cuma keluar dari umah kejap. Sedut udara baru. Berada kat rumah buat aku sesak nafas. Bukan kerana bilik aku yang bersepah.  

I kinda need to breath a different air though.

Perhati alam, perhati orang sekeliling.Guess it'll make me feel better. And it did.

Aku amik train daripada Tanjung Malim- Kajang. Nape Kajang? Bub aku janji nak jumpa kawan aku jap kat sana. Kalau ikut hati, aku amik sampai last stop je, Seremban. *Senyum*. Saja buat sakai sengsorang. Hehe

Bagi yang tak tahu, Tanjung Malim hanya hantar setakat Rawang sahaja. And daripada Rawang tu la kena transit ke next destination. And it takes merely half an hour to reach Rawang and another one hour and a half to reach Kajang. ( Hambik ko! Meroyan ngat nak breath another kind of air konon! lol)

And for your information, the journey was breathtaking cum backpain-ing! Seriously sakit pinggang dok atas kerusi lelama. Hadoii, bila hingat balik, masih terasa kesengalan pinggang ku. Breath another kind of air punye pasal. *Senyum*

Sepanjang daripada Tanjung Malim- Rawang, all I did is just menangis sambil layan lagu Impossible by Shontelle. Masuk ladies coach, amik port belakang sekali. Aku menangis kuat mana pun takde orang dengar bub suara aku da ditenggelami bunyi enjin keretapi yang bising tu :). And nasib aku baik, tak ramai orang. Kalau tak, mesti orang cakap aku gila menangis sengsorang atas keretapi. *Senyum*

Sampai di Rawang, aku transit naik train route Seremban. Masa tu, aku da tenang sedikit.Yela, masa aku break ngan dia tu, sedikit pun aku tak nangis. Tak keluar walau setitis pun air mata aku walaupun jiwa aku time tu kacau gila. Aku pun tak tahu nape, Sedangkan aku ni spesies cengeng. (Ye, aku ngaku aku cengeng. So? *Senyum*)

Masa aku putus ngan dia, aku rasa sakit kat dada aku ni. Sakit sangat. Benda yang aku takut-takutkan selama ni mejadi kenyataan. Walhal, aku sort of tahu benda tu akan jadi. Mungkin sebab ianya terlalu cepat ataupun memang the fact that I am truly head over heels for him? Haha.

The pain was so heart-throbbing. Rasa menyucuk kat pangkal hati aku menyebabkan aku rasa seolah-olah aku sesak nafas, samapi aku terpaksa urut dada aku untuk melegakan rasa sakit tu. This is my first time ever being in pain as much as this though he is not my first love. Aku tak pernah merasakan benda ni walaupun I've gone through a lot of break ups.Guess it's the pain of being deceived and falling off from the highest peak u ever knew.*Senyum*

Back to the journey then.

On the way balik, aku sekali lagi menangis daripada Rawang ke Tanjung Malim. Lepaskan kesemua rasa yang ada kat dalam hati aku ni. So that, it will be my last time of crying over him I hope. He'd brought a lot of pain in my life and I hope this journey would sober me a little. He's gone with the wind and I'd pray this pain will too...

Yet, the journey didnt end as  i reached Tanjung Malim.

I had a little more for a night scenery in Tanjung Malim. I walked through the darkness of the night from Stesyen KTM Tanjung Malim (alone!) ke Pintu Timur UPSI. Padahal aku boleh je pakai Pintu Selatan UPSI yang lebih dekat. Saja nak meletihkan diri so that I wont think about him. Lagi nak buat sakai, pergi keliling UPSI tu malam-malam buta sengsorang-tak masuk pun ikut Pintu Utama UPSI(kira shortcuts pergi Pintu Timur la ni). Kalau kena culik ke kena rogol ker, tak ke naya? And aku sempat lagi pergi pusing deretan kedai kat sebelah traffic light Tanjung Malim. Masuk Big 9, Seven-E jap. Ikut hati nak gi makan Secret Recipes, tapi mengenangkan ongkos taarak, aku batalkan niat aku yang suci murni tuh. Huhu...

Sampai Pintu Timur, aku beli makanan jap and terus balik naik bas kolej. Kalau lah aku tak mengenangkan kejauhan dan kesunyian jalan ke KAB yang menakutkan tu(lebuhraya sunyi), aku rasa aku dah menapak balik jalan kaki jer. Hehe..Kan aku cakap aku nak meletihkan diri aku sendiri?

Sampai je di rumah, benda yang pertama aku fikir aku nak tidur je. So that bayangan dia takkan mengacau aku. Aku taknak jadi macam malam yang kitorang putus tu. Terbangun setiap setengah jam teringatkan dia. Ingin menangis but the tears wont just come out. Bayangan dia, gelak tawa dia akan selalu menghantui aku. Tu yang aku gila-gila mahu meletihkan diri sendiri. Ah, parah kan kes aku?

Despite pe yang aku buat sepanjang sehari tu, mata aku masih tak dapat lelap. Tak dapat lupakan bayangan dia. Aku tutup mata pun masih ada senyuman dia. Gelak tawa dia masih terngiang-ngiang di telinga aku. Sakai. Dan selepas satu perkara ni aku buat, aku terus terlena sampai ke tengahari berikutnya.*Senyum*

Notakakipenulis:Benda yang aku buat tu, telan 8 biji panadol. Jangan risau, aku tak mati. Tak de niat pun nak mati. Aku cuma nak tidur cepat. Telan panadol dengan rakus memang keje aku. Aku migrainer :).So, 4-6 biji panadol sekaligus, itu kebiasaan. *Senyum*








IMPOSSIBLE by SHONTELLE

-ini lagu aku..




"I remember years ago, someone told me I should take, caution when it comes to love, I did, I did...."

Yup, kawan-kawan aku semua, pak cik John aku semua pernah mengingatkan aku agar berwaspada dengan benda bernama CINTA. I did...Tapi..


"U were strong and I was not. My illusion, my mistakes. I was careless I forgot, I did..."

Kau kuat tapi aku sebaliknya. Ilusi aku, kesilapan aku. Aku cuai dan aku terlupa pesan tu. Yup, aku terlupa...


"And now, when all is done and there is nothing to say. U have gone so effortlessly. U have won, u can go ahead tell them....."

Dan sekarang semua telah berakhir kan? Tiada apa lagi yang perlu dikatakan. Kau berlalu pergi tanpa menggunakan sebarang kekuatan sebagaimana aku perlukan kekuatan untuk meninggalkan jejak kamu daripada hidup aku. Kau dah menang dan pergilah  bagitahu mereka semua...


"Tell them all I know now, shout it from the roof top. write it on the sky love, all we had is gone now....."

Bagitahu semua lakon layar mu telah habis. Dan aku telah tahu semuanya. Jeritlah pada satu dunia, tulis pada garisan langit , apa yang kita pernah ada semua dah hilang sekarang. ..


"Tell them I was happy, and my heart is broken. All my scars are open, tell them what I hoped would be impossible..."

Bagitahu mereka, aku pernah merasa bahagia, namun sekarang kau telah berjaya membuat aku derita. Kau memperbodohkan aku dengan cinta palsumu. Hati aku hancur, dan semua luka lama terobek kembali. Bagitahu mereka, apa yang aku harapkan selama ini adalah mustahil, harapan tinggal harapan....


Falling out of love is hard, falling for betrayal is worst. Broken trust and broken heart. I know, I know....

Terjatuh kerana dibuang cinta itu melukakan, tetapi terjatuh kerana pengkhianatan adalah lagi menyakitkan. Hati hancur, harapan hancur. Ya aku tahu, aku tahu....


"Thinking all you need is there, building faith on love and words, empty promises will wear, I know, I know..."

Aku ingatkan semua yang aku inginkan ada pada kau. Aku bina kepercayaan pada kau atas dasar cinta dan kata-kata. Tapi janji kosong tetap akan terungkai kan? 


"And now when all is gone there is nothing to say. And if u're done with embarrassing me. On your own you can go ahead tell them...."

Dan sekarang apabila semuanya menghilang, tiada apa lagi yang tinggal untuk diperkatakan. Dan kalau kau sudah habis memalukan aku, pergilah bagitahu mereka sendiri.....



"Tell them all I know now, shout it from the roof top. write it on the sky love, all we had is gone now....."

Bagitahu semua lakon layar mu telah habis. Dan aku telah tahu semuanya. Jeritlah pada satu dunia, tulis pada garisan langit , apa yang kita pernah ada semua dah hilang sekarang. ..

"Tell them I was happy, and my heart is broken. All my scars are open, tell them what I hoped would be impossible..."

Bagitahu mereka, aku pernah merasa bahagia, namun sekarang kau telah berjaya membuat aku derita. Kau memperbodohkan aku dengan cinta palsumu. Hati aku hancur, dan semua luka lama terobek kembali. Bagitahu mereka, apa yang aku harapkan selama ini adalah mustahil, harapan tinggal harapan....



Notakakipenulis: Dalam mood terluka. Expect more of this from me....










Sunday, April 17, 2011

I Am Cinderella :)

 Huh?

Aku Cinderella?

watehekk???
Hahaha...

Jangan terkejut ye kawan2. I really am a Cinderella within my own story :)

Alkisahnya begini,

Masa hari Jumaat lepas, aku ada ujian kemahiran Olahraga. Disebabkan aku sebelum tu kena bergegas ke sana sini, terpaksa la aku bawak selipar aku sebab aku ni spesies rimas pakai kasut tertutup- lagi sanggup berlari pakai sliper hengkau! huhuh.

Dan selepas kepenatan berlari dari Kedai Fotostat(untuk Buku Log Olahraga aku) ke Fakulti yang terletak di hujung dunia nun, kemudian ke Chanselori untuk settlekan add/drop subjek aku, baru lah aku menapak dalam kemengahan ke padang untuk ujian kemahiran aku- lompat tinggi. Dan kat situ jugaklah aku tukar selipar aku ke kasut aku dan aku terlupa nak masukkan selipar tu dalam beg.

Nak dijadikan cerita, hujan renyai-renyai la pulak time tu. So berlari-lari (sekali lagi) anak la kitorang ke bangsal untuk berteduh. Namun, abg Dickson telah memutuskan untuk menghabiskan juga kitorang punya ujian kemahiran. So, dalam hujan renyai2 tu lah, kitorang menapak pulak ke tapak acara lompat jauh.

Dalam kalut-kalut kitorang baru sampai dan berkumpul dalam bulatan, aku dengar kawan aku panggil2 nama aku. Aku dengan muka blurr+tak faham mencari-cari kawan aku kat tengah2 orang berkumpul tu.

Tiba2!
Jeng..jeng..jeng....

Aku nampak satu tangan menghulurkan selipar aku dari tengah2 orang ramai tu.

Watehek??
Selipar aku! Macam mana? Aaa..? Ehh? Pe jadi?

Dan selepas mengharungi lautan orang tu, maka keluarlah tangan yang menghulurkan selipar itu tadi. Seorang lelaki. Tinggi, handsome- aku terpaku. Ohh my price charming! lol

Dua-dua terkaku.

Dia dengan tangannya menhulur selipar kat aku dan aku memandang dia dengan pandangan..

pandangan...

 pandangan yang sungguh....

........................ blurr! Tu je mampu aku tulis.haha

Dan pada saat dan ketika itu lah, kawan aku potong stim layan drama cerita ala-ala Hindustan.

"Waaahhh.. Cinderella!" jeritnya. Dan serentak dengan itu, semua ahli kumpulan aku menge-boo aku dan dia..

Zass! Terasa darah menyerbu ke muka...

Aku cepat-cepat mengambil selipar daripada dia dan dia terus berlalu dari situ. Harapan aku dengan dia berlalu dari situ, boo kawan-kawan aku juga aku akan berlalu.

Tapi ohh tidak! Harapan aku musnah..

Diorang masih menge-boo aku...

Dan ketika itulah pandangan aku bertaut dengan abang Dickson(instructor aku), dia buat muka "Haaa.." dengan goyang-goyang jari telunjuk kat aku.

Ahh, Hampeh! :0

Saturday, April 9, 2011

Un-Shy-ness

Aku tak nak marah,
Seyes aku tak nak.
Tapi aku tak tahan.
Selalu ngat macam ni sampai,
Aku sendiri tak tahu nak cakap pe.
Makanan orang macam makanan dia.
Bukan tak da duit,
Ada je...
Kalau pinjam aku boleh faham la,
Tapi kalau tang makan macam mana?
Sekali dua takpela,
Tapi kalu tiap2 masa camne?
Aku tukang beli, dia tukang perabis.
Tuan punya makan punya la save makan sikit2,
1 paket sekali makan.
tu pun 2-3 hari sekali makan.
Sekali dia amik  makan 2-3 paket sekaligus.
Redah ngan maggi lagi, milo lagi.
Tuan punya barang telan air liur tengok.
Kalau dia punya, dia punya.
Orang punya dia punya.
Camne tu??
Nak marah tak tergamak.
Mampu luah dalam ni je.
Kadang2 aku terfikir aku ni kedekut ker?
Tapi, bukan nak angkat diri ke ape,
Memang ku spesies tak berkira ngan sape2 sebelom ni,
Tapi bila jumpa orang camni,
Aku jadi macam
.........*speechless
Hmm...
Pe yang aku boleh wat is, sabar jela.
A few weeks more, and pastu, xde da.
Go mcd go!

Saturday, April 2, 2011

HEART

Pernah terfikir tak how miracle is ur heart is?
That tiny little thing do give you your deepest grief and sorrow,
Also the the feelings of bright enormous joy you could ever imagine off.
Heart. Hati. Soul. Jiwa.
Perkataan yang seerti...
Sekarang hati aku terasa di awangan.
Terbuai dek rasa cinta yang aku tontoni dalam drama Korea Coffee Prince tadi. :)
Oh, how great isnt it to have some one that could love u with all ur heart.
And by just thinking of you alone, it'll make ur heart felt like bursting and exploding.
A guy who will except you for no matter who you are.
A tomboy, a shortie, or maybe for just a plain Jane like me :)
It would be so overjoyed for me if I know some particular guy were reading my mesages over and over and could not stop smiling.
And how thinking of me would make his heart go like swishh as if it was exploding.
And when i told him I love him, he would felt as if floating in the air.
How I wish for a guy like that..
Rasanya, semua orang pon nak laki macam ni dalam hidup diorang kan?
So, malam ni, I'll pretend that airplanes in the night sky are like shooting stars,
So I could really use a wish right now..(Airplanes B.O.B ft Harley)
To have that kind of man in my life :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...