Monday, March 28, 2011

Simple Creamy Carbonara Spagetti- Hostel Life Version!

Hi u olls, hari Chef Dee nak ajar u olls cara-cara camne nak wat Spaghetti Creamy Carbonara versi hostel life.huhu...
Picture credit

Sowi lah terpaksa cilok je pic ni dari internet, hari tu da snap pic, tapi disebabkan hanya kamera fon, it turns out BAD! So, i hereby declare, that it's not my picture. Cilok saje ma... Ni tak kire plagiarism kn, bub kita bagi kredit kat orang tu kan3? huhu...

Bukan nak puji diri ke hape ker, tapi my spaghetti yang I wat that day lebih kurang gini la rupaya-da hengkau pakai sos Prego macik! Campak2 pe yang patot jer . Huhuhu.. *Bangga tu memang la ada sikit, bub 1st time masak sendri wokeh. And my housemate like it-except for untuk sorang yang tekak dia memang tak kena dengan western food nih. huhuhu...

Bahan-bahan
-1 pack of San Remo sphagetti- this one is the best choice for me.mahal, but bebaloi2 u!
-1 can of Prego Creamy Carbonara Sauce
-Daging burger/Daging cincang pon boley sajer huhu..yag ni ikot suka kreativiti sendiri, nak pkai ayam pom boley, tapi aku prefer daging burger bub dia wangi bila goreng, dia add flavour kat sauce Prego tuh huhhu..Nak pakai daging burger ayam pom boley huhu.kuantiti pom ikot sesedap tekak je k?huhu
-2 ulas bwang putih. -cincang halus2
-Cendawan butang dalam tin-bli yg mmg da siap potong, tp I pakai REX punye, sedap,makan macam tu je huhu...
-Keju-Ikot suka hati nak pakai mana satu, mozarella ke, parmesan ke..pakai je mana2,sume sodapp..
-Black pepper ajinomoto


Cara-cara Membuatnya
1) Rebus spaghetti dalam periuk yag mendidih. Jangan masuk semasa belum mendidih, lambat la jawabnya nak menunggu dia lembik. Nak tahu da masak lom spagettinya tu, pandai2 la rasa sendiri. Kalau da tak rasa tepung tu, boley la angkat naik and toskan. Haa,semasa merebus tu jangan lupa masukkan garam secukup rasa, tak nak bagi spagetti tu tawar ngat. Pastu, da tos pe semua, jangan lupa lak kacau sedikit marjerin ke dalam spagetti tu sebab kita tak nak bagi spagetti tu kering sangat.

2) Cincangkan daging burger halus-halus. Pastu goreng sampai garing cam daging burger sikit. Tak pun sesuka hati ko la nak wat camne pom. Dia tak kisah garing bub bila kita campur dalam sos nanti, dia jadi lembik balik, so dia rasa pom kaw2 jer..Memang sesuai la...

3) Untuk buat sosnya, kita akan pakai minyak sama yang kita pakai buat goreng daging burger tadi tu. So that wangi daging tu meresap masok dalam kita punya sos. Dengan minyak tu, tumiskan bawang putih tadi sampai naik bau.

4) Tuangkan sos prego, cendawan butang yang telah ditos(simpan air cendawan tu sikit, sebab kalau kita rasa sos tu pekat sangat, boleh pakai air cendawan tu untuk kurangkan kepekatan sos ) and then daging cincang yang telah digoreng tadi. Pastu masukkan black pepper, masuk sesedap rasa. Atas sedap tekak la yer?( Step ni gak ley skip jadi last, pas da tuang sos atas spagetti-depends la yer? ) Kacau sampai sebati.


5) Tengok kepekatan sos. Kalau pekat sangat, tambah air cendawan sikit. Kalau cair sangat, biarkan dia mendidih sampai pekat k?

6) Da siap tu semua, sediakan spageti di dalam pinggan. Tuang satu senduk(suka hati nak sos banyak ke sikit-sy suka sos bnyak2 huhu) sos creamy carbonara ke atas spagetti tersebut. Parut cheese ke atasnya dan sprinkles sedikit black pepper. Sedia untuk dihidang. Yumm yumm...

Setakat itu sahaja dari chef Dee, adios! :)

Marang kerapu Marang Skeper, Hari ni aku nak Merapu...

Mak aih!!
Bersawang da blog aku nih aku tengok. Punya la lama aku tak menulis dalam nih.
My life was hectic this few days and mood menulis tuh memang hilang sal banyak sangat benda berlaku dalam hidup aku sejak dua menjak ni..huhu..
Last posting is on March 9, and now it is 28 of March. OMJayyy... More than 2 weeks x update blog..Padahal lappy on 24jam.Pemalasnya aku!huhu...

Sebenarnya, banyak sangat benda aku nak berkongsi dalam ni, tapi tak terluah dek kata-kata. Tak tahu pe yang aku patut tulis, xde pe yang interesting pun dalam hidup aku sekarang ni.

I'm a plain Jane remember?

Aku ni cam pelik sikit, time ada masa nak update blog, mood xde. Bila mood ade, masa lak yang berlari-lari anak kambing tinggalkan aku huhu..

Aku nak blog aku ni jadi tak skema, masalahnya, bila aku tengah dalam mood yang bapak hyper nak mati mengalahkan kanak-kanak ribena blackcurrant lemon yang menyanyi hindustan, aku memang tak de depan lappy punye lah. Sumpah aku terkinja-kinja keriangan kat mn2 time tu huhu...

  Sebaliknye plak klu aku tengah sedey. Sumpah melayan lagu jiwang kat lappy sepanjang masa. Wat muka mak-aku-nak-mati kat lappy, macam lappy aku ni paham lak. Lappy aku yang buruk lagi usang ni memang berjasa kat aku, jadi tempat aku meluah perasaan, jadi sahabat tanpa kata aku. Tapi korang jangan risau,takdenya aku wat gila cakap ngan lappy sengosrg. Hape ko nak mampus wat gitu??

Ya Allah, banyak ngat event yang berlaku pada aku 2 3 minggu ni.Meh aku list satu persatu...

1) Aku jadi Ketua Sekreteriat Hadiah dan Cenderahati Karnival Sekreteriat Rukun Negara UPSI 23-26 March lalu, dan nak kena hantar resit claim esok kt meja persatuan dan report last hari Jumaat nih. Warghh.. Tension den. Ingat da hais karnival habis la tugas aku, rupanya berderet lagi benda menanti. Esok ni nak kena pergi Tai San( kedai cenderahati) balik, nak konfirm jumlah trofi and plak penghargaan, nak buat penyelarasan ngan bendahari. Dush! Rasa sebakul durian beban terpikul atas bahu aku nih.  Tapi tak pe, demi tugas and Sekreteriat Rukun Negara tercipta, aku rela...huhuhuh

2) Aku dapat surat amaran dari lec Statistik aku, yela 12 jam kot aku tak g kelas dia. Aku pon tak faham la nape time kelas Statistik ni memang aku problem sikit. Tambah-tambah hari Jumaat, kelas kol 8, gilak engkau nak menapak ke kelas, Ya Ampun! Aku ni da la spesies bengap Maths, positive negative pom aku kena kire pakai calculator tahu?? ( Yang heran SPM aku Maths Mode A1, Admaths B4-saje meriak bub aku nih memang spesies slow-bapk-lembap-gile-nak-mati-bub-Maths nih boley dapat result gini, xcaye kot!) Aku nak drop subjek ni, tapi da terlewat. So, aku redha jer ngan pe keputusan aku, bub aku memang nak amik balik paper ni sem depan. Lantak la pe nak jadi. At least, housemate aku semua amik Statistik sem depan, aku harap ada la sikit sebanyak support aku dari belakang. Cuma mintak-mintak la jangan kelas kol 8 pagi, gile hengkau?? Aku tobat da xmo amik kelas kol 8 sem depan!


3) Pakwe aku kantoi curang belakang aku. WTF??? Menangis tak berlagu Enjit-enjit Semut Versi Mak Limah  aku jap. Gila hape tak sedey?? Aku sayang dia nak mati kot! Lembik lutut wa tahu wa ni kekasih gelap dia jer hupenye. Hadoyaii... Selepas berlaku sedikit adegan Hindustan+Korea+Sinentron Indonesia sikit-sikit, maka berbaik la kembali aku ngan dia. Aaa..? Bodoh? Aku tahu aku tahu.. Tapi takpe2, last chance last chance. Biar masa tentukan semua. Aku da biasa dilukai dan melukai. So, tak kisah la. What goes around comes around aite? Biar orang wat kite jangan kita wat orang. Bagi spesies aku yang pakai bikini budi bicara hati ni, memang ikot hati je. Kalau aku salah dalam beri peluang terakhir ni kat dia, biarlah Tuhan balas. Dia da bersumpah demi Tuhan bagai, so, pasni kalau semua benda tu tipu jer, biarlah Tuhan sendiri balas kat dia. Aku hanya akan ucap trimas and blah. Takde da tangisan enjit-enjit semut Mak Limah untuk ko derr...

4) Muka aku gatal-gatal and merah-merah. Semua kes seafood allergic. Berpantang 40 hari  aku tengok pak cik char kuey teow,menggelegak hati aku panas tak dapat makan char kuey teow, febret tu beb! Udang..Pergh..Kerang..Perghh..Menjilat-jilat jari ayam aku tahuk?? And pasal muka aku gak, tadi dengan penuh "khusyuk" and "tawadhuk"nya aku menapak ke Pusat kesihatan UPSI, hengkau tahu pe dia kasik aku?? Ubat cacing! Derr..agak2 la weyy, wa allergik, bukan kecacingan. Tapi tak kisah la, aku pun dah lama dah ternak cacing-cacing dalam perut aku nih, kalah Bob Kuman kebesarannya.huhu... Agak-agak, kalau ley jual, da jadik Usahawan Berjaya aku nih. So, adios amigos cacing-cacing ku, Innalillhahiwainnailaihirajiunn untuk korang. Jap lagi kena buat kenduri tahli. untuk diorang nih. Bwahahaha...

K lah, punye lah panjang aku merapu malam ni. Qada tak berblogging lebih 2 minggu! huhuh... Till then, adios!

Wednesday, March 9, 2011

R.I.N.D.U

                                
Rindu!!!!!!



Macam ni kan rasanya bila merindu kat someone??
Rasaa nak jerit kat whole world yang kita tengah rindukan seseorang..
Tambah-tambah, kita langsung tak dapat sampaikan kat orang tu yang kita sedang rindukan dia....
Rasa sakit sangat-sangat dalam hati.
Rasa kehilangan... Rasa something went missing :(

Camne nak wat eh nak hilangkan rasa rindu nih?? Any idea?



Monday, March 7, 2011

Silent Reader


Well, say hello to me,
I'm your silent reader...

:)

Yup, aku mengaku akulah stalker dalam hidup korang.
Aku sangat suka menjelajah ke blog orang lain.
Even blog yang tak popular pun
(Yang popular tu xyah cakap la kan2)
Aku anak yang takda bakat untuk menulis dengan baik,
Aku tak mampu nak sentuh hati orang dengan tulisan aku.
Aku juga bukan lah orang yang mempunyai kisah hidup yang menyeronokkan.
I'm just a plain Jane.. :)
That's why la aku buat keputusan untuk jadi silet reader korang.
Untuk mengajak orang singgah di blog aku dan jadi follower aku,
Its totally not my style :).
Lagipun, I know blog aku takde magic spell yang akan buat korang keep coming to my blog :)
Kalau korang perasan, blog aku ni macam ada dua identiti.
Kejap hyper giler nak mati, kejap down giler nak mati. huhu
Yeah..Split Personality Disorder lol
Well, aku cuma menulis bila aku xda mood,
And bila aku ada mood, takdenye aku nak buang masa melayan perasaan depan lappy.
Wajib2 la aku terkinja-kinja kat mana2.Hahaha
Kat luar dunia blog nih, aku sangat2 la banyak bercakap.
Tapi dalam blog nih, aku jadi pendiam.
An observer, an analysist- A silent reader...
Maybe, tu diri aku yang sebenar kot?
Entah, aku pun da konfius mana satu the real me :)
Whatever it is, bear with me
And beware, I'm your silent reader.
And I'm might be reading your post right now
Stalking you without ur knowing ;)

Wednesday, March 2, 2011

Seorang Mentor...

Aku rindukan bual matang dengannya,
Insan yang aku anggap mentor dalam hidup aku,
Insan yang banyak bagi semangat pada aku. 
Namun, kerna satu salah faham,
Aku dan beliau masing2 berdiam diri,
Aku pun tidak punya satu kekuatan untuk menegurnya,
Egokah aku?
Beliau yang memperkenalkan aku dalam dunia sastera,
Buat aku berbicara tanpa suara,
Mengait jalinan perasaan menjadi satu puisi yang kadang kala,
Memberi kepuasan dan ketenangan pada aku.
Aku ini manusia yang tidak pandai meluah rasa,
Namun dengan sastera, 
Puitis itu mampu membebaskan aku.
Memang betul aku pernah katakan pada beliau,
Aku serasa ingin berhenti, putus asa dengan sastera ini,
Namun itu semua hanya luahan rasa seorang anak dangkal
yang terlalu mudah berputus asa hanya kerana rasa rendah diri terhadap orang sekeliling.
Namun aku kini sedar, 
aku dan sastera tidak mampu dipisahkan.
Walau darah seni itu tidak mengalir dalam tubuh aku, 
Perasaan ini hanya mampu terluah dengan jalinan kata-kata,
InsyaAllah, aku tidak akan berhenti mencintai seni..
Walau aku tidak mampu menghasilkan seni yang mampu dikagumi seantero dunia,
Cukuplah diri aku sendiri yang puas dengan karyaku sendiri.
Aku tidak perlu iri hati dengan bakat orang sekeliling, 
Yang penting aku mencuba.
Dan aku masih harap my mentor would be with me.
Aku perlukan matang dalam keanak-anakan aku..

The Mask

Ini topeng yang aku pakai sekarang,
Aku sorokkan rasa aku di balik topeng nih,
Gelak tawa aku, senyum aku,
Ataupun, aku yang tak da perasaan,
Itu yang terlukis di topeng aku.
Taufan yang maha kuat kat dada aku nih aku sorokkan,
Supaya tiada siapa tahu,
Sebab mereka semua takkan mengerti.
Dan aku sendiri tidak bisa menjelaskan.
Makin hari aku jadi semakin numb,kaku
Dan kebencian orang-orang sekeliling aku,
Makin membuatkan aku lumpuh..
Aku hampir patah.
Aku rapuh.
Namun, di topeng yang satu itu,
Aku kumpulkan segala sisa kekuatan aku yang tinggal,
Untuk berhadapan dengan dunia.
Tapi, aku sendiri pun ragu.
Adakah kekuatan yang aku tunjukkan itu adalah ego semata?
Ego yang bisa menjatuhkan aku ke dalam derita infiniti..
Aku masih dalam sedar tidak sedar aku,
Berpura tabah menghadapi dunia,
Berpura keras dalam tikaman dunia,
Sedangkan diri aku yang sebenar telah terduduk hiba.
Aku jatuh tanpa sokongan..

Belonging...

Pernah dalam hidup korang, 
Korang merasa unbelongings to satu-satu tempat?
Samala aku sekarang..
Aku tak rasa aku belong here..
Semangat aku patah, 
Aku hilang arah tujuan..
Kebelakangan nih, aku rasa sangat2 lost,
Aku jadi numb, kaku..
Seolah-olah aku sedang memakai satu topeng masquerade pada wajah aku
Apa yang terlakar kat muka aku,
Tak sama dengan apa yang aku rasa dalam dada aku nih,
Dan mungkin tak de sape pun perasan tuh..
Dan untuk seketika tadi, aku keluar kejap,
Untuk melepaskan pe yang terbuku kat dada aku nih.
Untuk seketika, bersama si dia,
Aku lupa segala masalah aku,
Aku jadi diri aku yang sebenar..
Sumpah aku benci diri aku sekarang...
Kenapa aku jadi camni??





Tuesday, March 1, 2011

Cinta Buta

Oopps! Lama da xupdate blog!
Alaaa, bizi la katakn? Orang penting u! 
*Pentingla sangat!*
~~Tangan atas bahu k? Zizan punya style tu~~
Huhuhu...
Ari ni nak cakap pasal cinta buta..
Tapi, 
Bukan lah cerita orang buta kepada orang celik macam dalam cerita Hani tuh k?
Tapi cinta yang menyebabkan seseorang itu buta.
Tapi dalam kes aku nih, bukan buta lah, rabun jerr..
huhuhu..
Dulu aku pernah suka kat sorang mamat nih,
Sumpah suka giler punye suka sampai aku pun naik giler haha...
Semua pasal dia nampak baik jer kat mata aku,
Benda buruk sal dia pom aku tutupkan mata,
Sampai aku leh cakap dia lah pakwe aku yang paling hensem!
Punya lah sayang aku kat dia~~ haish =.="
Tapi sekarang nih, bila sayang aku kat dia dah hilang, 
Tengok muka dia pun xlalu..
Sumpah aku rasa heran, 
Camne la aku ley cakap dia hensem dulu??
Jauh para dari api! 
Dahla tu, sayang punya pasal la kan,
Segala penipuan dia aku terima bulat-bulat,
Sedangkan memang aku dapat agak dia menipu,
(I da jumpa segala jenis buaya darat atas dunia nih k? And dia sememangnya memang tergolong dalam spesies2 buaya darat tuh)
Sumpah aku bengang ngan diri aku.
Cakap dia tu hensem???
Puh-lease!
Mata sepet, kurus keding..=.="
Ni lah orang cakap kan, 
Cinta memang leh wat kite jadi buta!
=.="
Pasni Mcd, jangan jadi buta dah k?
U da ada dia... :)








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...