Monday, March 28, 2011

Marang kerapu Marang Skeper, Hari ni aku nak Merapu...

Mak aih!!
Bersawang da blog aku nih aku tengok. Punya la lama aku tak menulis dalam nih.
My life was hectic this few days and mood menulis tuh memang hilang sal banyak sangat benda berlaku dalam hidup aku sejak dua menjak ni..huhu..
Last posting is on March 9, and now it is 28 of March. OMJayyy... More than 2 weeks x update blog..Padahal lappy on 24jam.Pemalasnya aku!huhu...

Sebenarnya, banyak sangat benda aku nak berkongsi dalam ni, tapi tak terluah dek kata-kata. Tak tahu pe yang aku patut tulis, xde pe yang interesting pun dalam hidup aku sekarang ni.

I'm a plain Jane remember?

Aku ni cam pelik sikit, time ada masa nak update blog, mood xde. Bila mood ade, masa lak yang berlari-lari anak kambing tinggalkan aku huhu..

Aku nak blog aku ni jadi tak skema, masalahnya, bila aku tengah dalam mood yang bapak hyper nak mati mengalahkan kanak-kanak ribena blackcurrant lemon yang menyanyi hindustan, aku memang tak de depan lappy punye lah. Sumpah aku terkinja-kinja keriangan kat mn2 time tu huhu...

  Sebaliknye plak klu aku tengah sedey. Sumpah melayan lagu jiwang kat lappy sepanjang masa. Wat muka mak-aku-nak-mati kat lappy, macam lappy aku ni paham lak. Lappy aku yang buruk lagi usang ni memang berjasa kat aku, jadi tempat aku meluah perasaan, jadi sahabat tanpa kata aku. Tapi korang jangan risau,takdenya aku wat gila cakap ngan lappy sengosrg. Hape ko nak mampus wat gitu??

Ya Allah, banyak ngat event yang berlaku pada aku 2 3 minggu ni.Meh aku list satu persatu...

1) Aku jadi Ketua Sekreteriat Hadiah dan Cenderahati Karnival Sekreteriat Rukun Negara UPSI 23-26 March lalu, dan nak kena hantar resit claim esok kt meja persatuan dan report last hari Jumaat nih. Warghh.. Tension den. Ingat da hais karnival habis la tugas aku, rupanya berderet lagi benda menanti. Esok ni nak kena pergi Tai San( kedai cenderahati) balik, nak konfirm jumlah trofi and plak penghargaan, nak buat penyelarasan ngan bendahari. Dush! Rasa sebakul durian beban terpikul atas bahu aku nih.  Tapi tak pe, demi tugas and Sekreteriat Rukun Negara tercipta, aku rela...huhuhuh

2) Aku dapat surat amaran dari lec Statistik aku, yela 12 jam kot aku tak g kelas dia. Aku pon tak faham la nape time kelas Statistik ni memang aku problem sikit. Tambah-tambah hari Jumaat, kelas kol 8, gilak engkau nak menapak ke kelas, Ya Ampun! Aku ni da la spesies bengap Maths, positive negative pom aku kena kire pakai calculator tahu?? ( Yang heran SPM aku Maths Mode A1, Admaths B4-saje meriak bub aku nih memang spesies slow-bapk-lembap-gile-nak-mati-bub-Maths nih boley dapat result gini, xcaye kot!) Aku nak drop subjek ni, tapi da terlewat. So, aku redha jer ngan pe keputusan aku, bub aku memang nak amik balik paper ni sem depan. Lantak la pe nak jadi. At least, housemate aku semua amik Statistik sem depan, aku harap ada la sikit sebanyak support aku dari belakang. Cuma mintak-mintak la jangan kelas kol 8 pagi, gile hengkau?? Aku tobat da xmo amik kelas kol 8 sem depan!


3) Pakwe aku kantoi curang belakang aku. WTF??? Menangis tak berlagu Enjit-enjit Semut Versi Mak Limah  aku jap. Gila hape tak sedey?? Aku sayang dia nak mati kot! Lembik lutut wa tahu wa ni kekasih gelap dia jer hupenye. Hadoyaii... Selepas berlaku sedikit adegan Hindustan+Korea+Sinentron Indonesia sikit-sikit, maka berbaik la kembali aku ngan dia. Aaa..? Bodoh? Aku tahu aku tahu.. Tapi takpe2, last chance last chance. Biar masa tentukan semua. Aku da biasa dilukai dan melukai. So, tak kisah la. What goes around comes around aite? Biar orang wat kite jangan kita wat orang. Bagi spesies aku yang pakai bikini budi bicara hati ni, memang ikot hati je. Kalau aku salah dalam beri peluang terakhir ni kat dia, biarlah Tuhan balas. Dia da bersumpah demi Tuhan bagai, so, pasni kalau semua benda tu tipu jer, biarlah Tuhan sendiri balas kat dia. Aku hanya akan ucap trimas and blah. Takde da tangisan enjit-enjit semut Mak Limah untuk ko derr...

4) Muka aku gatal-gatal and merah-merah. Semua kes seafood allergic. Berpantang 40 hari  aku tengok pak cik char kuey teow,menggelegak hati aku panas tak dapat makan char kuey teow, febret tu beb! Udang..Pergh..Kerang..Perghh..Menjilat-jilat jari ayam aku tahuk?? And pasal muka aku gak, tadi dengan penuh "khusyuk" and "tawadhuk"nya aku menapak ke Pusat kesihatan UPSI, hengkau tahu pe dia kasik aku?? Ubat cacing! Derr..agak2 la weyy, wa allergik, bukan kecacingan. Tapi tak kisah la, aku pun dah lama dah ternak cacing-cacing dalam perut aku nih, kalah Bob Kuman kebesarannya.huhu... Agak-agak, kalau ley jual, da jadik Usahawan Berjaya aku nih. So, adios amigos cacing-cacing ku, Innalillhahiwainnailaihirajiunn untuk korang. Jap lagi kena buat kenduri tahli. untuk diorang nih. Bwahahaha...

K lah, punye lah panjang aku merapu malam ni. Qada tak berblogging lebih 2 minggu! huhuh... Till then, adios!

No comments:

Post a Comment

Borak-borak Cafe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...