Wednesday, March 2, 2011

Seorang Mentor...

Aku rindukan bual matang dengannya,
Insan yang aku anggap mentor dalam hidup aku,
Insan yang banyak bagi semangat pada aku. 
Namun, kerna satu salah faham,
Aku dan beliau masing2 berdiam diri,
Aku pun tidak punya satu kekuatan untuk menegurnya,
Egokah aku?
Beliau yang memperkenalkan aku dalam dunia sastera,
Buat aku berbicara tanpa suara,
Mengait jalinan perasaan menjadi satu puisi yang kadang kala,
Memberi kepuasan dan ketenangan pada aku.
Aku ini manusia yang tidak pandai meluah rasa,
Namun dengan sastera, 
Puitis itu mampu membebaskan aku.
Memang betul aku pernah katakan pada beliau,
Aku serasa ingin berhenti, putus asa dengan sastera ini,
Namun itu semua hanya luahan rasa seorang anak dangkal
yang terlalu mudah berputus asa hanya kerana rasa rendah diri terhadap orang sekeliling.
Namun aku kini sedar, 
aku dan sastera tidak mampu dipisahkan.
Walau darah seni itu tidak mengalir dalam tubuh aku, 
Perasaan ini hanya mampu terluah dengan jalinan kata-kata,
InsyaAllah, aku tidak akan berhenti mencintai seni..
Walau aku tidak mampu menghasilkan seni yang mampu dikagumi seantero dunia,
Cukuplah diri aku sendiri yang puas dengan karyaku sendiri.
Aku tidak perlu iri hati dengan bakat orang sekeliling, 
Yang penting aku mencuba.
Dan aku masih harap my mentor would be with me.
Aku perlukan matang dalam keanak-anakan aku..

No comments:

Post a Comment

Borak-borak Cafe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...