Sunday, September 18, 2011

My Sweetest Revenge




Banyak benda berlaku pada aku this few days. But pe yang paling significant is that, I had my revenge on my ex masa kat Mid tadi.

Well, ni summary pendek kisah cinta aku.

Kitorang bercinta,then kantoi dia curang(aku ada 4orang madu time tuh hokei??), then kitorang  putus. Pastu putuskan untuk maafkan dia after all he did. Tak jadi nak maafkan sebab kantoi rupanya2 he's in a planned playboy group,then plan nak revenge on him ngan ex2 dia yang dulu. Then the revenge plan tuh hilang camtu jer-aku berniat nak maafkan dia. 

And the best part goes here.

Aku baru balik dari Kuala Pilah, rumah kawan aku. Nak dijadikan cerita, seluas-luas KL nih, aku boleh pulak terserempak ngan dia kat Midvalley, tengah berdating kat situ. Alangkah keciknya dunia nih
sedangkan terserempak dengan dia adalah the last thing I've ever thought selama nih. Aku rasa memang Tuhan sengaja nak bagi  aku jumpa dia. 1st2 aku nampak dia, I cant believe my own eyes! Sumpah tak sangka! Luka lama kat hati aku berdarah kembali.

Namun, aku dengan selambanya masa tuh pergi tegur dia elok2. Siap salam bagai lagi. But hold on, aku bukan sebaik tuh la nak lupakan pe yang orang buat kat aku. No one have ever break my heart as what he did. never. I sarcastically greet him and said" Oh hai Mr. Playboy. Sihat?" And dia cam da terkejut sangat time tuh, muka tak yah cakap ar giler cuak. Tapi bila tengok aku baik, dia bajet coool depan aku. 

And aku pun nak blah ar dari situ, tapi aku sempat bisik kat makwe dia, "Beware ngan your beloved guys nih. He's not as naive as he looks". Makwe dia dah wat muka tercengang2 dah ngan aku. And aku blah camtu jer wat muka selamba badak

But guess what? Tuhan jer yang tahu apa yang bergelora dalam hati aku masa tuh sampai satu badan rasa menggigil. Sape cakap kemaafan tu benda yang senang? Hello, meh sini nak tinju kening sikit. Marahnya dalam hati aku nih Tuhan je yang tahu. Segala kenangan aku dan dia ter'flashback' dalam memori aku. And sakit masa aku mula-mula dapat tahu sal kecurangan dia mula datang mencurah. The pain is back. Forgiving isnt as easy as being said.

Untuk melegakan resah dada aku, aku menuju ke Baskin Robbin's berdekatan. I had myself a nice caramel choc-vanilla ice cream(tak ngat pe namanya). Still,tangan aku mengigil tak henti. Aku sedar time tuh, I need my sweetest revenge to endure the pain.

Without further a due, aku blah dari booth Baskin Robbin tuh mencari si Mr. A tadi. He's still there, flirting around with his GF. He owes me a slap. He seriously does! 

Tapi part yang tak best dia cam sempat lari. And aku cuma sempat slap cam tu jer. Aku panggil dia dayus sebab lari dari aku. And dia berlalu dari situ ngan GF dengan perasaan malu cause everyone's watching.

Well, aku pun malu gak actually. Tapi aku tak kisah. I have my revenge on. Itu dah cukup buat aku puas hati. Sakit yang selama nih tersimpan kat lubuk hati aku lepas macam tuh jer. Sakit yang dia tinggalkan pada aku dapat aku lepaskan.

Memang bodoh pe aku buat pergi tampar dia kat tengah2 alam tuh. Tapi selagi lom diajar, selagi tuh dia lom sedar, serapuh-rapuh hati perempuan, ia boleh jadi sekeras besi waja sebaik saja ia dihancurkan. 

And I hope, pas pe yang jadi tadi, I can get really over him. He's a past, and always be. Pray that I'm gonna find myself an eternity in getting over him and met the right guy that deserve a whole lot of my love walaupun aku sendiri pun tak tahu bila lagi hati aku akan betul-betul terbuka untuk lelaki..




Tuesday, September 13, 2011

A New Sem, A New Life

YA Allah ya Rabbi! Blog aku dah macam kapal tinggal aku tengok. Penuh ngan sarang labah2. ~~ok tu ayat hiperbola jer k? Memang sepanjang 4bulan cuti, macam tu jugaklah blog ni cuti. Sekali sekala je dapt update, tu pun kalau rajin menapak cc. And tu pun kalau tak busy dengan keje 3C aku- Cashier cum cleaner cum clerks. Penat memang ampun la tuhan jer tahu. Tapi tulah kesusahan and jerih payah yang aku kena lalui dalam mengenal erti hidup.

Ni hari ketiga berada di UPSI, hari kedua berkuliah. And hampir seminggulah aku da putus ngan dia. Sedih? Sape tak sedih break up babr? Tapi da memang salah aku sendiri. Takleh nak cakap apala kan? Dia pun da turun ke laut, membawa hati yang luka. Agaknya lah~~~ Takpe, yang tu aku ceritakan kemudian..,

Tapi, aku saje nk update sikit je malam ni. Nak warm up bagi mengharungi hari yang mendtang supaya pasni aku ley selau update blog bila da dapat line streamyx dalam bilik kelak.

Wassalam,
Dee

Saturday, July 30, 2011

Terima kasih sayang..

(Entri ini mungkin mengandungi sedikit unsur jiwang yang overrated bagi sesetengah orang ^^,)

Entri ini ditujukan kepada si dia yang terlalu lama berada disamping aku sehinggakan aku sendiri tidak menyedari akan hadirnya dia selama ini.
5 tahun dia menuggu aku. Ya, mungkin cinta itu ada naik turunnya, namun cinta itu tetap ada.
Tidak seperti aku, rasa itu baru mula menerjah dada...*senyum* Dan aku bersyukur, aku dikurniakan kesempatan untuk mengenali kamu. Dan syukur, pintu hati aku dibukakan kepada kamu.
Mungkin aku silap, tidak pernah cuba untuk menerima kamu dulu. Tapi, aku yakin, ada hikmah disebalik semua itu..
Kita berdua semakin dewasa. Semakin matang dalam mengenal erti kehidupan dan juga erti cinta.
Terima kasih kerana masa itu, terima kasih juga kerana menerima aku seadanya aku sayang. Aku insan yang tidak sempurna, namun sikit pun kau tidak endahkannya. Terima kasih sekali lagi sayang..
Dan walaupun kamu jauh diseberang laut sana, have your faith in me k sayang?

Semoga ini menjadi titik tolak kepada cinta kita berdua :) Amin...

Sunday, June 26, 2011

Well, pada post lepas aku telah bercakap tentang "Finding M y New Happiness".
Then, screw it!
Well, aku memang loser dalam bab bercinta..
Seriously..
Bila aku da dapat yang terbaik dalam hidup, well, xdalah yang terbaik, aku jadi takleh nak terima orang tu..
Well, aku tak tahu la samada da jadi sumpah ke hape untuk diri aku untuk tidak menyintai orang yang menyintai aku sepenuh hati.
Bila orang da start sayang aku, so aku dengan dajalnya, start tak suka orang tuh.
Funny isnt it?
Da jadi some sort of sumpah plak untuk diri aku.
Hmmm..Macam yang aku ceritakan sebelum nih, memang la dia tu baik. Tapi aku ni, memang masalah lah hati aku nih.
Tapi, buat masa yang sama, aku tak berani nak bagitahu dia apa yang aku rasa sekarang ni.
Aku biarkan benda nih tergantung macam tu je.
Kejam kan aku?
Realitinya, aku takut  nak melukakan hati orang.
Sebab aku tahu sakit cinta yang terbalas.
Tapi aku juga tahu lagi sakit untuk ditipu dalam satu-satu perhubungan.
And what;s more is that,
Hanya diberi simpati dalam sesuatu perhubungan tu.
Yet, tu lah yang aku buat..
Hmm, tapi aku sedang mengumpul kekuatan aku untuk bagitahu dia perkara yang sebenar.
Si, wish me lot of luck, and courage dear :)

Tuesday, June 14, 2011

Finding My New Happiness :)

Well, hello peeps and folks!
Lama kan xdengar cerita aku?
Well, maklumlah, i sekarang busy sikit jadi engineer..
Yeah! Engineer..
Engineer pe?
Engineer ukur jalan! LOL!
Hahaha...Sejak aku berhenti kerja hari tu, terus aku dok diam kat umah goyang kaki.
Hello, jap, correction2..
Xda maknanye aku dok goyang2 kaki kat umah.
Makin kuat aku berjalan adalah..
Tu yang aku cakap aku kerja engineer ukur jalan.
Tiap2 hari ada ja aku gi mana2..
Saje2 je ukur jalan hahaha,,
Yang paling best, sepanjang aku tak 2 3 minggu nih, dah dua kali aku pergi kawasan air terjun. Hahaha..
First2 pergi Air Tejun Jeram Linang kat Pasir Puteh, and yang kedua, ke Lata Tembakah di Jerteh, Terengganu.
It was wayy lot of fun there..
And guess ngan sape aku pergi?
With my new 'Si Dia' :) ngee~~~
Well, pada sesape yang tahu aku punye cerita, mesti korang cepat terlalu cepat kan aku dapat pengganti??
Haha..Jangan salah sangka bro.
Cinta aku tak murah, and aku bukan perempuan mudah.

Tapi aku adalah orang yang tak hold back daripada mencuba.
Bukan kerana kesilapan masa lalu, aku menghukum diri aku untuk dari terus mencuba memperjudikan nasib aku dalam permainan bernama cinta ini hehehe...
Well, yeah, ada la dalam dua tiga orang yang mencuba untuk mengetuk pintu hati aku selepas aku putus ngan Mr A, tapi hati aku tak terbuka untuk mereka.
But i dunno why because of this particular boy, hati aku senang jer terbuka. Serious aku sendiri pun tak sangka hati aku terbuka secepat ni kat dia.
I'm so happy being with him.
Well, aku tak sangka, sebelum ni aku cukup pantang dengan lelaki pemalu. Bukan lah pantang yang macam mana, cuma bagi aku, lelaki yang pemalu ni xde fun langsung.
But guess what? Being with him, aku tak sempat rasa tak fun langsung.
Dia pemalu-tapi bukanlah sangat2 pemalu. Tapi pemalu in a good and cute wayy :)
Dia tak suka orang renung mata dia..
But i keep doing that sampai la both of us tergelak besar.
Happy nya aku masa tu sampai aku lupa segala masalah aku.
Satu benda lagi yang buat aku suka pasal dia, dia xpernah tinggal solat.
Dia selalu ingatkan aku untuk solat sama.
Which is particularly good.
And dia dapat terima aku ni walaupun aku ni freehair.
Dia tak marah, but  in the same time, dia cuba buat aku berubah into jadi someone yang jadi lagi baik.
Dia tak nak aku berubah hanya sebab dia ingin aku berubah, tapi berubah kerana diri aku sendiri.
And itu sangat2 menyentuh hati aku :)
Well guys, do pray for me.
Aku harap aku da jumpa my Mr. Right :)

Saturday, April 23, 2011

Different Perspectives...

picture taken from here.

~ Cuba perhati gambar ni baik2..from a diffrerent perspectives/angle :) ~

Ooops..

Pertama sekali, aku nak ingatkan, entri ini adalah BUKAN entri untuk mengangkat diri sendiri okeh?

Aku tetiba rasa nak post benda ni.

Aku nak elakkan diri aku dari berfikir tentang apa yang aku tak patut fikir. *Senyum*

Aku rasa kelebihan aku..

Aku rasalah, aku ni seorang yang memahami. Seotang yang boleh melihat sesuatu dari satu sudut lain.

(Yup, muntah lah semahu anda)

Aku pun tak tahu nak bagi istilah apa, bukan memahami jugaklah. Tapi apa aku nak cakap eh?Ah, korang baca jer apa aku nak tulis nih. Tapi, tafsiran sendiri? Suka hati korang lah.

Aku mudah untuk meletakkan tempat orang pada tempat aku. Aku suka fikir benda tu dari sudut yang berlainan daripada orang lain. Dan aku, memang susah untuk menyalahkan orang atas sesuatu perkara 100% walaupun terang-terang itu adalah salahnya.

Aku juga jenis yang tak ambik kisah tentang apa yang orang pakai, apa yang orang makan (yang tak pelik sangat sampai nak meng-eiyuu kan orang. Aku jenis aku aku tak de nak condemn orang 100% walaupun aku tak suka pe yang orang tu buat. (Aku susah nak benci orang tak memasal. Tapi once aku da benci, susahla nak wat aku suka balik kat orang tuh. Peace :)

Korang tak nampak lagi kan pe aku nak cakap?Tak nampak lagi eh? Huhuhu.... OK2...

Pernah tak ko jumpa orang-orang yang camni?

---Eiihh..aku tak suka la Anna Raffali tuh. Kampung siot! Camne la boley menang AJL ni? Perghh... Sakit hati syial!


---Cuba tengok minah tu. Pakai cropped shoulder jacket pergi kafe jer? Perghh..Macam pergi Times Square siot!


---Gedik tol pompuan tu. Senyum sampai telinga aihh...Taw la dapat kawen ngan Dato'...


---Bapak ahh. Tendang bini semata-mata sebab bini dia mengidam macam-macam kot. Bapak kejam laki macam tu...


---Bapak ahh minah tu. Kalau body bapak sikit macam Angelina Jolie tak pe dowh nak pakai dress camtu. Muka pun  sememeh je aku tengok. Eii, bapak kampung. Seyes tak kena langsung pakai camtu. Eiyu! Tengok make up cam hape dah aku tengok.


Ni adalah antara contoh-contoh ayat standard yang biasa kita dengar dalam perbualan seharian kita. Tapi aku selalunya akan berfikir lain sedikit dari apa yang biasa kita dengar nih. Dan ni adalah antara contoh pe yang aku fikir balik pe jadi situasi-situasi macam kat atas.


---Dah tu rezeki dia. Nak wat camne. Terimalah. Kampung ke dia, bandar ke dia. Tak perlu sampai nak kondemn habis-habisan. Siapa kita nak menidakkan rezeki Tuhan. And, letak lah diri kita kat tempat orang tu sebelum apa-apa. Just cherish your life.Tak perlu nak berdukacita atas kegembiraan orang lain yang langsung takde kena mengena pun dengan hidup kita. Ia dak?


--Pakai cropped shoulder jacket pergi kafe mungkin bunyi nya agak over. Tapi aku percaya, mungkin orang tu tak sengaja ter'over' camtu. Mungkin dia just amik je xsempat fikir apa-apa, tak pun semua baju da habis basuh. Tinggal tu je. Tak pun, dua baru balik dari ane2, or just, he or she felt comfortable with wha the's/ she's wearing at that time. And bagi aku, xyalah nak amik port sangat pe yang orang pakai, biarlah dia. Baju dia, duit dia.. Every one has the right to feel comfortable with him/herself. It's none of our bussines.


--In case korang dapat kawen ngan Dato', tak ke korang rasa gembira? (Ni kes kawen suka rela, bukan paksa rela k?) Perlu ke korang kover cun korang punye rasa hepi tuh? Salah ke orang nak sengih di hari bahagia dia? Yang kita sakit hati pesal? Aku tak faham tul orang macam ni... Bagi aku, satu perkataan je, DENGKI.


--Mana korang tahu laki tu tendang bini dia pasal bengang bini dia mintak macam-macam? Yeah, aku tahu, salah seorang lelaki untuk tendang bini dai yang mengandung. Tapi, perlu ke kita menyalahkan lelaki tersebut 100%? Jawapannya tak bagi aku. Mana tahu salah perempuan tu ker mulut celupar sangat sampai laki dia naik angin sampai hilang kewarasan fikiran? Pe yang aku nak cakap kat sini, seorang manusia wont get over his/her limit if he or she isnt been trigger by something. Dont u think so? Just, dont judge the book by its cover k?


--Ni lagi satu. Haishh..Aku memang sikit punya mengeleng la dengan orang camni. Hape ko bajet semua orang ada body lawa? And ko bajet orang lawa jer berhak untuk pakai benda lawa? Aku memang tak tahan orang macam ni. Korang pernah fikir tak, he or she is just trying to be beautiful. Kalau pun orang tu memang tak cantik, walau sape pun kita pada dia, kawan/jiran/sedara semua LANGSUNG tak de hak nak cakap orang tu tak cantik atau buruk atau what so ever. Just let him/her be ok?

Hah. Tu je aku nak membebel malam ni. Tak larat nak menulis dah. babai :)..

Notakakipenulis:Fikir-fikir kan pe yang aku cakap nih. huhu... Try putting urself on others shoes first before judging them. :)..


p/s:Sekarang banyak notakakipenulis entri aku kan? lalala

Friday, April 22, 2011

Untittled

Kepada semua yang membaca blog aku
~~klu ada la...
Aku nak mintak maaf klu post aku kebelakangan ni,
dan mungkin kehadapan ini,
sangat-sangat peribadi dan "gila"..
Jiwa tak tenang,
dan mungkin apa-apa yang aku postkan,
Sangat tidak kena dengan jiwa korang.
Just let me be it be k?
Tengah mencari my old self actually...

Salam sayang,
~~Sunshinenista :)

Thursday, April 21, 2011

The Journey of A Heart Broken Girl

picture credit
Putus cinta.

Exam.

Serabut...

3 benda ni buat aku tak tahan dok terperap kat umah. Lantas, aku mengambil keputusan drastik lari dari rumah.

Erk.

Hiperbola je tu. *Senyum*

Aku cuma keluar dari umah kejap. Sedut udara baru. Berada kat rumah buat aku sesak nafas. Bukan kerana bilik aku yang bersepah.  

I kinda need to breath a different air though.

Perhati alam, perhati orang sekeliling.Guess it'll make me feel better. And it did.

Aku amik train daripada Tanjung Malim- Kajang. Nape Kajang? Bub aku janji nak jumpa kawan aku jap kat sana. Kalau ikut hati, aku amik sampai last stop je, Seremban. *Senyum*. Saja buat sakai sengsorang. Hehe

Bagi yang tak tahu, Tanjung Malim hanya hantar setakat Rawang sahaja. And daripada Rawang tu la kena transit ke next destination. And it takes merely half an hour to reach Rawang and another one hour and a half to reach Kajang. ( Hambik ko! Meroyan ngat nak breath another kind of air konon! lol)

And for your information, the journey was breathtaking cum backpain-ing! Seriously sakit pinggang dok atas kerusi lelama. Hadoii, bila hingat balik, masih terasa kesengalan pinggang ku. Breath another kind of air punye pasal. *Senyum*

Sepanjang daripada Tanjung Malim- Rawang, all I did is just menangis sambil layan lagu Impossible by Shontelle. Masuk ladies coach, amik port belakang sekali. Aku menangis kuat mana pun takde orang dengar bub suara aku da ditenggelami bunyi enjin keretapi yang bising tu :). And nasib aku baik, tak ramai orang. Kalau tak, mesti orang cakap aku gila menangis sengsorang atas keretapi. *Senyum*

Sampai di Rawang, aku transit naik train route Seremban. Masa tu, aku da tenang sedikit.Yela, masa aku break ngan dia tu, sedikit pun aku tak nangis. Tak keluar walau setitis pun air mata aku walaupun jiwa aku time tu kacau gila. Aku pun tak tahu nape, Sedangkan aku ni spesies cengeng. (Ye, aku ngaku aku cengeng. So? *Senyum*)

Masa aku putus ngan dia, aku rasa sakit kat dada aku ni. Sakit sangat. Benda yang aku takut-takutkan selama ni mejadi kenyataan. Walhal, aku sort of tahu benda tu akan jadi. Mungkin sebab ianya terlalu cepat ataupun memang the fact that I am truly head over heels for him? Haha.

The pain was so heart-throbbing. Rasa menyucuk kat pangkal hati aku menyebabkan aku rasa seolah-olah aku sesak nafas, samapi aku terpaksa urut dada aku untuk melegakan rasa sakit tu. This is my first time ever being in pain as much as this though he is not my first love. Aku tak pernah merasakan benda ni walaupun I've gone through a lot of break ups.Guess it's the pain of being deceived and falling off from the highest peak u ever knew.*Senyum*

Back to the journey then.

On the way balik, aku sekali lagi menangis daripada Rawang ke Tanjung Malim. Lepaskan kesemua rasa yang ada kat dalam hati aku ni. So that, it will be my last time of crying over him I hope. He'd brought a lot of pain in my life and I hope this journey would sober me a little. He's gone with the wind and I'd pray this pain will too...

Yet, the journey didnt end as  i reached Tanjung Malim.

I had a little more for a night scenery in Tanjung Malim. I walked through the darkness of the night from Stesyen KTM Tanjung Malim (alone!) ke Pintu Timur UPSI. Padahal aku boleh je pakai Pintu Selatan UPSI yang lebih dekat. Saja nak meletihkan diri so that I wont think about him. Lagi nak buat sakai, pergi keliling UPSI tu malam-malam buta sengsorang-tak masuk pun ikut Pintu Utama UPSI(kira shortcuts pergi Pintu Timur la ni). Kalau kena culik ke kena rogol ker, tak ke naya? And aku sempat lagi pergi pusing deretan kedai kat sebelah traffic light Tanjung Malim. Masuk Big 9, Seven-E jap. Ikut hati nak gi makan Secret Recipes, tapi mengenangkan ongkos taarak, aku batalkan niat aku yang suci murni tuh. Huhu...

Sampai Pintu Timur, aku beli makanan jap and terus balik naik bas kolej. Kalau lah aku tak mengenangkan kejauhan dan kesunyian jalan ke KAB yang menakutkan tu(lebuhraya sunyi), aku rasa aku dah menapak balik jalan kaki jer. Hehe..Kan aku cakap aku nak meletihkan diri aku sendiri?

Sampai je di rumah, benda yang pertama aku fikir aku nak tidur je. So that bayangan dia takkan mengacau aku. Aku taknak jadi macam malam yang kitorang putus tu. Terbangun setiap setengah jam teringatkan dia. Ingin menangis but the tears wont just come out. Bayangan dia, gelak tawa dia akan selalu menghantui aku. Tu yang aku gila-gila mahu meletihkan diri sendiri. Ah, parah kan kes aku?

Despite pe yang aku buat sepanjang sehari tu, mata aku masih tak dapat lelap. Tak dapat lupakan bayangan dia. Aku tutup mata pun masih ada senyuman dia. Gelak tawa dia masih terngiang-ngiang di telinga aku. Sakai. Dan selepas satu perkara ni aku buat, aku terus terlena sampai ke tengahari berikutnya.*Senyum*

Notakakipenulis:Benda yang aku buat tu, telan 8 biji panadol. Jangan risau, aku tak mati. Tak de niat pun nak mati. Aku cuma nak tidur cepat. Telan panadol dengan rakus memang keje aku. Aku migrainer :).So, 4-6 biji panadol sekaligus, itu kebiasaan. *Senyum*








IMPOSSIBLE by SHONTELLE

-ini lagu aku..




"I remember years ago, someone told me I should take, caution when it comes to love, I did, I did...."

Yup, kawan-kawan aku semua, pak cik John aku semua pernah mengingatkan aku agar berwaspada dengan benda bernama CINTA. I did...Tapi..


"U were strong and I was not. My illusion, my mistakes. I was careless I forgot, I did..."

Kau kuat tapi aku sebaliknya. Ilusi aku, kesilapan aku. Aku cuai dan aku terlupa pesan tu. Yup, aku terlupa...


"And now, when all is done and there is nothing to say. U have gone so effortlessly. U have won, u can go ahead tell them....."

Dan sekarang semua telah berakhir kan? Tiada apa lagi yang perlu dikatakan. Kau berlalu pergi tanpa menggunakan sebarang kekuatan sebagaimana aku perlukan kekuatan untuk meninggalkan jejak kamu daripada hidup aku. Kau dah menang dan pergilah  bagitahu mereka semua...


"Tell them all I know now, shout it from the roof top. write it on the sky love, all we had is gone now....."

Bagitahu semua lakon layar mu telah habis. Dan aku telah tahu semuanya. Jeritlah pada satu dunia, tulis pada garisan langit , apa yang kita pernah ada semua dah hilang sekarang. ..


"Tell them I was happy, and my heart is broken. All my scars are open, tell them what I hoped would be impossible..."

Bagitahu mereka, aku pernah merasa bahagia, namun sekarang kau telah berjaya membuat aku derita. Kau memperbodohkan aku dengan cinta palsumu. Hati aku hancur, dan semua luka lama terobek kembali. Bagitahu mereka, apa yang aku harapkan selama ini adalah mustahil, harapan tinggal harapan....


Falling out of love is hard, falling for betrayal is worst. Broken trust and broken heart. I know, I know....

Terjatuh kerana dibuang cinta itu melukakan, tetapi terjatuh kerana pengkhianatan adalah lagi menyakitkan. Hati hancur, harapan hancur. Ya aku tahu, aku tahu....


"Thinking all you need is there, building faith on love and words, empty promises will wear, I know, I know..."

Aku ingatkan semua yang aku inginkan ada pada kau. Aku bina kepercayaan pada kau atas dasar cinta dan kata-kata. Tapi janji kosong tetap akan terungkai kan? 


"And now when all is gone there is nothing to say. And if u're done with embarrassing me. On your own you can go ahead tell them...."

Dan sekarang apabila semuanya menghilang, tiada apa lagi yang tinggal untuk diperkatakan. Dan kalau kau sudah habis memalukan aku, pergilah bagitahu mereka sendiri.....



"Tell them all I know now, shout it from the roof top. write it on the sky love, all we had is gone now....."

Bagitahu semua lakon layar mu telah habis. Dan aku telah tahu semuanya. Jeritlah pada satu dunia, tulis pada garisan langit , apa yang kita pernah ada semua dah hilang sekarang. ..

"Tell them I was happy, and my heart is broken. All my scars are open, tell them what I hoped would be impossible..."

Bagitahu mereka, aku pernah merasa bahagia, namun sekarang kau telah berjaya membuat aku derita. Kau memperbodohkan aku dengan cinta palsumu. Hati aku hancur, dan semua luka lama terobek kembali. Bagitahu mereka, apa yang aku harapkan selama ini adalah mustahil, harapan tinggal harapan....



Notakakipenulis: Dalam mood terluka. Expect more of this from me....










Sunday, April 17, 2011

I Am Cinderella :)

 Huh?

Aku Cinderella?

watehekk???
Hahaha...

Jangan terkejut ye kawan2. I really am a Cinderella within my own story :)

Alkisahnya begini,

Masa hari Jumaat lepas, aku ada ujian kemahiran Olahraga. Disebabkan aku sebelum tu kena bergegas ke sana sini, terpaksa la aku bawak selipar aku sebab aku ni spesies rimas pakai kasut tertutup- lagi sanggup berlari pakai sliper hengkau! huhuh.

Dan selepas kepenatan berlari dari Kedai Fotostat(untuk Buku Log Olahraga aku) ke Fakulti yang terletak di hujung dunia nun, kemudian ke Chanselori untuk settlekan add/drop subjek aku, baru lah aku menapak dalam kemengahan ke padang untuk ujian kemahiran aku- lompat tinggi. Dan kat situ jugaklah aku tukar selipar aku ke kasut aku dan aku terlupa nak masukkan selipar tu dalam beg.

Nak dijadikan cerita, hujan renyai-renyai la pulak time tu. So berlari-lari (sekali lagi) anak la kitorang ke bangsal untuk berteduh. Namun, abg Dickson telah memutuskan untuk menghabiskan juga kitorang punya ujian kemahiran. So, dalam hujan renyai2 tu lah, kitorang menapak pulak ke tapak acara lompat jauh.

Dalam kalut-kalut kitorang baru sampai dan berkumpul dalam bulatan, aku dengar kawan aku panggil2 nama aku. Aku dengan muka blurr+tak faham mencari-cari kawan aku kat tengah2 orang berkumpul tu.

Tiba2!
Jeng..jeng..jeng....

Aku nampak satu tangan menghulurkan selipar aku dari tengah2 orang ramai tu.

Watehek??
Selipar aku! Macam mana? Aaa..? Ehh? Pe jadi?

Dan selepas mengharungi lautan orang tu, maka keluarlah tangan yang menghulurkan selipar itu tadi. Seorang lelaki. Tinggi, handsome- aku terpaku. Ohh my price charming! lol

Dua-dua terkaku.

Dia dengan tangannya menhulur selipar kat aku dan aku memandang dia dengan pandangan..

pandangan...

 pandangan yang sungguh....

........................ blurr! Tu je mampu aku tulis.haha

Dan pada saat dan ketika itu lah, kawan aku potong stim layan drama cerita ala-ala Hindustan.

"Waaahhh.. Cinderella!" jeritnya. Dan serentak dengan itu, semua ahli kumpulan aku menge-boo aku dan dia..

Zass! Terasa darah menyerbu ke muka...

Aku cepat-cepat mengambil selipar daripada dia dan dia terus berlalu dari situ. Harapan aku dengan dia berlalu dari situ, boo kawan-kawan aku juga aku akan berlalu.

Tapi ohh tidak! Harapan aku musnah..

Diorang masih menge-boo aku...

Dan ketika itulah pandangan aku bertaut dengan abang Dickson(instructor aku), dia buat muka "Haaa.." dengan goyang-goyang jari telunjuk kat aku.

Ahh, Hampeh! :0

Saturday, April 9, 2011

Un-Shy-ness

Aku tak nak marah,
Seyes aku tak nak.
Tapi aku tak tahan.
Selalu ngat macam ni sampai,
Aku sendiri tak tahu nak cakap pe.
Makanan orang macam makanan dia.
Bukan tak da duit,
Ada je...
Kalau pinjam aku boleh faham la,
Tapi kalau tang makan macam mana?
Sekali dua takpela,
Tapi kalu tiap2 masa camne?
Aku tukang beli, dia tukang perabis.
Tuan punya makan punya la save makan sikit2,
1 paket sekali makan.
tu pun 2-3 hari sekali makan.
Sekali dia amik  makan 2-3 paket sekaligus.
Redah ngan maggi lagi, milo lagi.
Tuan punya barang telan air liur tengok.
Kalau dia punya, dia punya.
Orang punya dia punya.
Camne tu??
Nak marah tak tergamak.
Mampu luah dalam ni je.
Kadang2 aku terfikir aku ni kedekut ker?
Tapi, bukan nak angkat diri ke ape,
Memang ku spesies tak berkira ngan sape2 sebelom ni,
Tapi bila jumpa orang camni,
Aku jadi macam
.........*speechless
Hmm...
Pe yang aku boleh wat is, sabar jela.
A few weeks more, and pastu, xde da.
Go mcd go!

Saturday, April 2, 2011

HEART

Pernah terfikir tak how miracle is ur heart is?
That tiny little thing do give you your deepest grief and sorrow,
Also the the feelings of bright enormous joy you could ever imagine off.
Heart. Hati. Soul. Jiwa.
Perkataan yang seerti...
Sekarang hati aku terasa di awangan.
Terbuai dek rasa cinta yang aku tontoni dalam drama Korea Coffee Prince tadi. :)
Oh, how great isnt it to have some one that could love u with all ur heart.
And by just thinking of you alone, it'll make ur heart felt like bursting and exploding.
A guy who will except you for no matter who you are.
A tomboy, a shortie, or maybe for just a plain Jane like me :)
It would be so overjoyed for me if I know some particular guy were reading my mesages over and over and could not stop smiling.
And how thinking of me would make his heart go like swishh as if it was exploding.
And when i told him I love him, he would felt as if floating in the air.
How I wish for a guy like that..
Rasanya, semua orang pon nak laki macam ni dalam hidup diorang kan?
So, malam ni, I'll pretend that airplanes in the night sky are like shooting stars,
So I could really use a wish right now..(Airplanes B.O.B ft Harley)
To have that kind of man in my life :)

Monday, March 28, 2011

Simple Creamy Carbonara Spagetti- Hostel Life Version!

Hi u olls, hari Chef Dee nak ajar u olls cara-cara camne nak wat Spaghetti Creamy Carbonara versi hostel life.huhu...
Picture credit

Sowi lah terpaksa cilok je pic ni dari internet, hari tu da snap pic, tapi disebabkan hanya kamera fon, it turns out BAD! So, i hereby declare, that it's not my picture. Cilok saje ma... Ni tak kire plagiarism kn, bub kita bagi kredit kat orang tu kan3? huhu...

Bukan nak puji diri ke hape ker, tapi my spaghetti yang I wat that day lebih kurang gini la rupaya-da hengkau pakai sos Prego macik! Campak2 pe yang patot jer . Huhuhu.. *Bangga tu memang la ada sikit, bub 1st time masak sendri wokeh. And my housemate like it-except for untuk sorang yang tekak dia memang tak kena dengan western food nih. huhuhu...

Bahan-bahan
-1 pack of San Remo sphagetti- this one is the best choice for me.mahal, but bebaloi2 u!
-1 can of Prego Creamy Carbonara Sauce
-Daging burger/Daging cincang pon boley sajer huhu..yag ni ikot suka kreativiti sendiri, nak pkai ayam pom boley, tapi aku prefer daging burger bub dia wangi bila goreng, dia add flavour kat sauce Prego tuh huhhu..Nak pakai daging burger ayam pom boley huhu.kuantiti pom ikot sesedap tekak je k?huhu
-2 ulas bwang putih. -cincang halus2
-Cendawan butang dalam tin-bli yg mmg da siap potong, tp I pakai REX punye, sedap,makan macam tu je huhu...
-Keju-Ikot suka hati nak pakai mana satu, mozarella ke, parmesan ke..pakai je mana2,sume sodapp..
-Black pepper ajinomoto


Cara-cara Membuatnya
1) Rebus spaghetti dalam periuk yag mendidih. Jangan masuk semasa belum mendidih, lambat la jawabnya nak menunggu dia lembik. Nak tahu da masak lom spagettinya tu, pandai2 la rasa sendiri. Kalau da tak rasa tepung tu, boley la angkat naik and toskan. Haa,semasa merebus tu jangan lupa masukkan garam secukup rasa, tak nak bagi spagetti tu tawar ngat. Pastu, da tos pe semua, jangan lupa lak kacau sedikit marjerin ke dalam spagetti tu sebab kita tak nak bagi spagetti tu kering sangat.

2) Cincangkan daging burger halus-halus. Pastu goreng sampai garing cam daging burger sikit. Tak pun sesuka hati ko la nak wat camne pom. Dia tak kisah garing bub bila kita campur dalam sos nanti, dia jadi lembik balik, so dia rasa pom kaw2 jer..Memang sesuai la...

3) Untuk buat sosnya, kita akan pakai minyak sama yang kita pakai buat goreng daging burger tadi tu. So that wangi daging tu meresap masok dalam kita punya sos. Dengan minyak tu, tumiskan bawang putih tadi sampai naik bau.

4) Tuangkan sos prego, cendawan butang yang telah ditos(simpan air cendawan tu sikit, sebab kalau kita rasa sos tu pekat sangat, boleh pakai air cendawan tu untuk kurangkan kepekatan sos ) and then daging cincang yang telah digoreng tadi. Pastu masukkan black pepper, masuk sesedap rasa. Atas sedap tekak la yer?( Step ni gak ley skip jadi last, pas da tuang sos atas spagetti-depends la yer? ) Kacau sampai sebati.


5) Tengok kepekatan sos. Kalau pekat sangat, tambah air cendawan sikit. Kalau cair sangat, biarkan dia mendidih sampai pekat k?

6) Da siap tu semua, sediakan spageti di dalam pinggan. Tuang satu senduk(suka hati nak sos banyak ke sikit-sy suka sos bnyak2 huhu) sos creamy carbonara ke atas spagetti tersebut. Parut cheese ke atasnya dan sprinkles sedikit black pepper. Sedia untuk dihidang. Yumm yumm...

Setakat itu sahaja dari chef Dee, adios! :)

Marang kerapu Marang Skeper, Hari ni aku nak Merapu...

Mak aih!!
Bersawang da blog aku nih aku tengok. Punya la lama aku tak menulis dalam nih.
My life was hectic this few days and mood menulis tuh memang hilang sal banyak sangat benda berlaku dalam hidup aku sejak dua menjak ni..huhu..
Last posting is on March 9, and now it is 28 of March. OMJayyy... More than 2 weeks x update blog..Padahal lappy on 24jam.Pemalasnya aku!huhu...

Sebenarnya, banyak sangat benda aku nak berkongsi dalam ni, tapi tak terluah dek kata-kata. Tak tahu pe yang aku patut tulis, xde pe yang interesting pun dalam hidup aku sekarang ni.

I'm a plain Jane remember?

Aku ni cam pelik sikit, time ada masa nak update blog, mood xde. Bila mood ade, masa lak yang berlari-lari anak kambing tinggalkan aku huhu..

Aku nak blog aku ni jadi tak skema, masalahnya, bila aku tengah dalam mood yang bapak hyper nak mati mengalahkan kanak-kanak ribena blackcurrant lemon yang menyanyi hindustan, aku memang tak de depan lappy punye lah. Sumpah aku terkinja-kinja keriangan kat mn2 time tu huhu...

  Sebaliknye plak klu aku tengah sedey. Sumpah melayan lagu jiwang kat lappy sepanjang masa. Wat muka mak-aku-nak-mati kat lappy, macam lappy aku ni paham lak. Lappy aku yang buruk lagi usang ni memang berjasa kat aku, jadi tempat aku meluah perasaan, jadi sahabat tanpa kata aku. Tapi korang jangan risau,takdenya aku wat gila cakap ngan lappy sengosrg. Hape ko nak mampus wat gitu??

Ya Allah, banyak ngat event yang berlaku pada aku 2 3 minggu ni.Meh aku list satu persatu...

1) Aku jadi Ketua Sekreteriat Hadiah dan Cenderahati Karnival Sekreteriat Rukun Negara UPSI 23-26 March lalu, dan nak kena hantar resit claim esok kt meja persatuan dan report last hari Jumaat nih. Warghh.. Tension den. Ingat da hais karnival habis la tugas aku, rupanya berderet lagi benda menanti. Esok ni nak kena pergi Tai San( kedai cenderahati) balik, nak konfirm jumlah trofi and plak penghargaan, nak buat penyelarasan ngan bendahari. Dush! Rasa sebakul durian beban terpikul atas bahu aku nih.  Tapi tak pe, demi tugas and Sekreteriat Rukun Negara tercipta, aku rela...huhuhuh

2) Aku dapat surat amaran dari lec Statistik aku, yela 12 jam kot aku tak g kelas dia. Aku pon tak faham la nape time kelas Statistik ni memang aku problem sikit. Tambah-tambah hari Jumaat, kelas kol 8, gilak engkau nak menapak ke kelas, Ya Ampun! Aku ni da la spesies bengap Maths, positive negative pom aku kena kire pakai calculator tahu?? ( Yang heran SPM aku Maths Mode A1, Admaths B4-saje meriak bub aku nih memang spesies slow-bapk-lembap-gile-nak-mati-bub-Maths nih boley dapat result gini, xcaye kot!) Aku nak drop subjek ni, tapi da terlewat. So, aku redha jer ngan pe keputusan aku, bub aku memang nak amik balik paper ni sem depan. Lantak la pe nak jadi. At least, housemate aku semua amik Statistik sem depan, aku harap ada la sikit sebanyak support aku dari belakang. Cuma mintak-mintak la jangan kelas kol 8 pagi, gile hengkau?? Aku tobat da xmo amik kelas kol 8 sem depan!


3) Pakwe aku kantoi curang belakang aku. WTF??? Menangis tak berlagu Enjit-enjit Semut Versi Mak Limah  aku jap. Gila hape tak sedey?? Aku sayang dia nak mati kot! Lembik lutut wa tahu wa ni kekasih gelap dia jer hupenye. Hadoyaii... Selepas berlaku sedikit adegan Hindustan+Korea+Sinentron Indonesia sikit-sikit, maka berbaik la kembali aku ngan dia. Aaa..? Bodoh? Aku tahu aku tahu.. Tapi takpe2, last chance last chance. Biar masa tentukan semua. Aku da biasa dilukai dan melukai. So, tak kisah la. What goes around comes around aite? Biar orang wat kite jangan kita wat orang. Bagi spesies aku yang pakai bikini budi bicara hati ni, memang ikot hati je. Kalau aku salah dalam beri peluang terakhir ni kat dia, biarlah Tuhan balas. Dia da bersumpah demi Tuhan bagai, so, pasni kalau semua benda tu tipu jer, biarlah Tuhan sendiri balas kat dia. Aku hanya akan ucap trimas and blah. Takde da tangisan enjit-enjit semut Mak Limah untuk ko derr...

4) Muka aku gatal-gatal and merah-merah. Semua kes seafood allergic. Berpantang 40 hari  aku tengok pak cik char kuey teow,menggelegak hati aku panas tak dapat makan char kuey teow, febret tu beb! Udang..Pergh..Kerang..Perghh..Menjilat-jilat jari ayam aku tahuk?? And pasal muka aku gak, tadi dengan penuh "khusyuk" and "tawadhuk"nya aku menapak ke Pusat kesihatan UPSI, hengkau tahu pe dia kasik aku?? Ubat cacing! Derr..agak2 la weyy, wa allergik, bukan kecacingan. Tapi tak kisah la, aku pun dah lama dah ternak cacing-cacing dalam perut aku nih, kalah Bob Kuman kebesarannya.huhu... Agak-agak, kalau ley jual, da jadik Usahawan Berjaya aku nih. So, adios amigos cacing-cacing ku, Innalillhahiwainnailaihirajiunn untuk korang. Jap lagi kena buat kenduri tahli. untuk diorang nih. Bwahahaha...

K lah, punye lah panjang aku merapu malam ni. Qada tak berblogging lebih 2 minggu! huhuh... Till then, adios!

Wednesday, March 9, 2011

R.I.N.D.U

                                
Rindu!!!!!!



Macam ni kan rasanya bila merindu kat someone??
Rasaa nak jerit kat whole world yang kita tengah rindukan seseorang..
Tambah-tambah, kita langsung tak dapat sampaikan kat orang tu yang kita sedang rindukan dia....
Rasa sakit sangat-sangat dalam hati.
Rasa kehilangan... Rasa something went missing :(

Camne nak wat eh nak hilangkan rasa rindu nih?? Any idea?



Monday, March 7, 2011

Silent Reader


Well, say hello to me,
I'm your silent reader...

:)

Yup, aku mengaku akulah stalker dalam hidup korang.
Aku sangat suka menjelajah ke blog orang lain.
Even blog yang tak popular pun
(Yang popular tu xyah cakap la kan2)
Aku anak yang takda bakat untuk menulis dengan baik,
Aku tak mampu nak sentuh hati orang dengan tulisan aku.
Aku juga bukan lah orang yang mempunyai kisah hidup yang menyeronokkan.
I'm just a plain Jane.. :)
That's why la aku buat keputusan untuk jadi silet reader korang.
Untuk mengajak orang singgah di blog aku dan jadi follower aku,
Its totally not my style :).
Lagipun, I know blog aku takde magic spell yang akan buat korang keep coming to my blog :)
Kalau korang perasan, blog aku ni macam ada dua identiti.
Kejap hyper giler nak mati, kejap down giler nak mati. huhu
Yeah..Split Personality Disorder lol
Well, aku cuma menulis bila aku xda mood,
And bila aku ada mood, takdenye aku nak buang masa melayan perasaan depan lappy.
Wajib2 la aku terkinja-kinja kat mana2.Hahaha
Kat luar dunia blog nih, aku sangat2 la banyak bercakap.
Tapi dalam blog nih, aku jadi pendiam.
An observer, an analysist- A silent reader...
Maybe, tu diri aku yang sebenar kot?
Entah, aku pun da konfius mana satu the real me :)
Whatever it is, bear with me
And beware, I'm your silent reader.
And I'm might be reading your post right now
Stalking you without ur knowing ;)

Wednesday, March 2, 2011

Seorang Mentor...

Aku rindukan bual matang dengannya,
Insan yang aku anggap mentor dalam hidup aku,
Insan yang banyak bagi semangat pada aku. 
Namun, kerna satu salah faham,
Aku dan beliau masing2 berdiam diri,
Aku pun tidak punya satu kekuatan untuk menegurnya,
Egokah aku?
Beliau yang memperkenalkan aku dalam dunia sastera,
Buat aku berbicara tanpa suara,
Mengait jalinan perasaan menjadi satu puisi yang kadang kala,
Memberi kepuasan dan ketenangan pada aku.
Aku ini manusia yang tidak pandai meluah rasa,
Namun dengan sastera, 
Puitis itu mampu membebaskan aku.
Memang betul aku pernah katakan pada beliau,
Aku serasa ingin berhenti, putus asa dengan sastera ini,
Namun itu semua hanya luahan rasa seorang anak dangkal
yang terlalu mudah berputus asa hanya kerana rasa rendah diri terhadap orang sekeliling.
Namun aku kini sedar, 
aku dan sastera tidak mampu dipisahkan.
Walau darah seni itu tidak mengalir dalam tubuh aku, 
Perasaan ini hanya mampu terluah dengan jalinan kata-kata,
InsyaAllah, aku tidak akan berhenti mencintai seni..
Walau aku tidak mampu menghasilkan seni yang mampu dikagumi seantero dunia,
Cukuplah diri aku sendiri yang puas dengan karyaku sendiri.
Aku tidak perlu iri hati dengan bakat orang sekeliling, 
Yang penting aku mencuba.
Dan aku masih harap my mentor would be with me.
Aku perlukan matang dalam keanak-anakan aku..

The Mask

Ini topeng yang aku pakai sekarang,
Aku sorokkan rasa aku di balik topeng nih,
Gelak tawa aku, senyum aku,
Ataupun, aku yang tak da perasaan,
Itu yang terlukis di topeng aku.
Taufan yang maha kuat kat dada aku nih aku sorokkan,
Supaya tiada siapa tahu,
Sebab mereka semua takkan mengerti.
Dan aku sendiri tidak bisa menjelaskan.
Makin hari aku jadi semakin numb,kaku
Dan kebencian orang-orang sekeliling aku,
Makin membuatkan aku lumpuh..
Aku hampir patah.
Aku rapuh.
Namun, di topeng yang satu itu,
Aku kumpulkan segala sisa kekuatan aku yang tinggal,
Untuk berhadapan dengan dunia.
Tapi, aku sendiri pun ragu.
Adakah kekuatan yang aku tunjukkan itu adalah ego semata?
Ego yang bisa menjatuhkan aku ke dalam derita infiniti..
Aku masih dalam sedar tidak sedar aku,
Berpura tabah menghadapi dunia,
Berpura keras dalam tikaman dunia,
Sedangkan diri aku yang sebenar telah terduduk hiba.
Aku jatuh tanpa sokongan..

Belonging...

Pernah dalam hidup korang, 
Korang merasa unbelongings to satu-satu tempat?
Samala aku sekarang..
Aku tak rasa aku belong here..
Semangat aku patah, 
Aku hilang arah tujuan..
Kebelakangan nih, aku rasa sangat2 lost,
Aku jadi numb, kaku..
Seolah-olah aku sedang memakai satu topeng masquerade pada wajah aku
Apa yang terlakar kat muka aku,
Tak sama dengan apa yang aku rasa dalam dada aku nih,
Dan mungkin tak de sape pun perasan tuh..
Dan untuk seketika tadi, aku keluar kejap,
Untuk melepaskan pe yang terbuku kat dada aku nih.
Untuk seketika, bersama si dia,
Aku lupa segala masalah aku,
Aku jadi diri aku yang sebenar..
Sumpah aku benci diri aku sekarang...
Kenapa aku jadi camni??





Tuesday, March 1, 2011

Cinta Buta

Oopps! Lama da xupdate blog!
Alaaa, bizi la katakn? Orang penting u! 
*Pentingla sangat!*
~~Tangan atas bahu k? Zizan punya style tu~~
Huhuhu...
Ari ni nak cakap pasal cinta buta..
Tapi, 
Bukan lah cerita orang buta kepada orang celik macam dalam cerita Hani tuh k?
Tapi cinta yang menyebabkan seseorang itu buta.
Tapi dalam kes aku nih, bukan buta lah, rabun jerr..
huhuhu..
Dulu aku pernah suka kat sorang mamat nih,
Sumpah suka giler punye suka sampai aku pun naik giler haha...
Semua pasal dia nampak baik jer kat mata aku,
Benda buruk sal dia pom aku tutupkan mata,
Sampai aku leh cakap dia lah pakwe aku yang paling hensem!
Punya lah sayang aku kat dia~~ haish =.="
Tapi sekarang nih, bila sayang aku kat dia dah hilang, 
Tengok muka dia pun xlalu..
Sumpah aku rasa heran, 
Camne la aku ley cakap dia hensem dulu??
Jauh para dari api! 
Dahla tu, sayang punya pasal la kan,
Segala penipuan dia aku terima bulat-bulat,
Sedangkan memang aku dapat agak dia menipu,
(I da jumpa segala jenis buaya darat atas dunia nih k? And dia sememangnya memang tergolong dalam spesies2 buaya darat tuh)
Sumpah aku bengang ngan diri aku.
Cakap dia tu hensem???
Puh-lease!
Mata sepet, kurus keding..=.="
Ni lah orang cakap kan, 
Cinta memang leh wat kite jadi buta!
=.="
Pasni Mcd, jangan jadi buta dah k?
U da ada dia... :)








Monday, February 21, 2011

The 1st Impression

Orang cakap, "Dont judge a book by its cover"
Tapi benda ni bagi aku, takkan ley lari dari kehidupan seoang manusia.
Kita tends to be judged by our appearance.
And of course, kita pun tends to judge people based on their appearance.
We're likely to have this kind of appearance judgemental.
Cuba bayangkan:

Seorang Apek berseluar pendek bersinglet lusuh

Seorang pemuda tampan berpakaian formal/pejabat.

Sudah tentu, Apek ini kita bayangkan sebagai seorang yang miskin dan tidak berharta manakala pemuda tampan itu mempunyai kerja yang bagus dan tetap. This two are the typical impressions that people tends to have.

Walhal, it could be the opposite.

The Apex was actually petani berjaya yang mempunyai empayar perniagaannya sendiri sedangkan pemuda tampan itu adalah seorang kerani biasa di sebuah pejabat.

~See how our first impression could be so damn wrong?

Well, I'm not saying its wrong to judge people based on their appearance, sebab itu memang fitrah. Tapi apa pula yang boleh kita katakan andai orang yang dah lama kenal kita masih lagi judge negative thing bout  us?


Satu persoalan saya timbulkan disitu.. :)

Saturday, February 19, 2011

10 Perkara Yang Rumit Tentang Lelaki..

Awww..Hot x bf baru i nih??Hahaha...~~Perasan!

Hehe..Pic diatas bukanlah bertujuan untuk menjulingkan mata ladies2 di luar sana yang melihat, mahupun membangkitkan kecemburuan lelaki-lelaki di luar sana terhadap kesasa-an dan kegagahan si jantan yang i pun tak kenal sape, tapi sekadar merujuk kepada satu insan bernama lelaki. Huuu~~.. Ramai laki cakap perempuan ni rumit, susah dimengertikan. Tapi tahukah anda wahai lelaki-lelaki sekalian, anda adalah insan yang lagi rumit dari kami semua wanita2.haha.. Tak caya? Lihat dibawah? Betul atau tidak? Lu pikirlah sendiri...
Sumber: Facebook Afzaini Hakim

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

Thursday, February 17, 2011

Merajok dan Tutup Fon

Sesetengah orang, asal merajok jer tutup fon..
Asal majok jer tutup fon..
Kenapa?
Best sangat ker tutup fon tu?
Aku pun heran, tak faham..
Aku kalau merajok, aku cuma tak balas mesej je
Tak pun, bila orang kol aku tak angkat..
Takde sampai nak tutup fon..

****************
Sekarang, aku tengah fikir kerasionalan tutup telefon tu:

1) Untuk menyakitkan hati orang yang tengah kita rajukkan tu
@
2) Saja bagi orang tu rasa bersalah
@
3) Nak elakkan diri sendiri daripada bertambah sakit hati
@
4)Bagi dua-dua cool down dulu...

Agak2 la kan, yan mana satu paling rasional antara empat-empat ni? Atau mungkin ada sebab lain?

************************

Humm... well, whatever it is, bagi aku, sangat tidak best bila merajok tutup fon. 
Anda bagaimana?

Loosing Off Track

Aku sekarang dah di minggu ke-6 semester 2 kat sini, 
Tapi rasa macam baru je datang minggu pertama! 
(=.=")!
Apa nak jadi ni Mardiana??
Assignment makin menimbun...
Tugas kerja hasil kerajinan-keaktifan-kepersatuan-an semakin melambak..
Test-test kuiz-muiz mula menghambat diri..
Sedangkan,
Kemalasan satu itu masih menebak di dada..
Aaaaaa...
Pe nak jadi..pe nak jadi...
Ce cite ce cite ce cite.....
Lalalalala~~~~
(=.="")
Aaaarkk...
Pe la yang aku merapu petang2 gini??
Jap lagi ada kelas EC..
English For Communication
Interview lom wat, roleplay lom rangka, listening test minggu depan, forum dah nak kena hantar
~~~~An example keje untuk satu subjek semata..
-Sedangkan semester ni aku ada 7 subjek yang aku ambil-
Come on Mc dee!!
Chaiyouk2!
Jangan off track daa..
Rangka balik semua jadual,
and yang penting,
Stay Calm and Relax k?
U can do it! Ganbate!
\(>.<)/



Friday, February 11, 2011

Cinta 3 Segi

Mr. Pixy, U langsung xbesy ok? Huh! *Goes away*

************************************************

Dear Silky Girl, Sorry sayang, I curang ngan U.. I xpatot left U out for Pixy! He's jut not worth it! Sorry k dear?

************************************************

My sexy gorgeous Maybelline, I cant afford u right now.. Duit pokai, and I kena jimat. Well, nanti kita date sesame ag k?

~~~~~Ujarku kepada ketiga-tiga compact powder ku.. LOL

Wednesday, February 9, 2011

Breast Cancer Awareness..

Aaa....
My entri kali ni langsung xde kena mengena dengan breast cancer awareness..
not at all...
*.......*
Haha..
Ok2, its not funny, I know haha....
But the thing is, this entri is related with a bitsie of awareness
"SELF AWARENESS"
Dari saat ni, jam ni, masa ni...
I'm going to be me..
I wont write sumthing just to impress others..
I'll be the silly old me,
Just ME....

Sunday, February 6, 2011

Stumbled At A Cost

Sighhh...
Rasa serba tak kena bila dok kt rumah...
Entah kenapa...
Hmphhhh....
Mungkinkah kerana bertukarnya relationship status aku di Facebook?
Dari 'Single' ke " In A Relationship'...
Am I doing the right thing?
Aku pun tak tahu...
Bila usia da matang ni, banyak benda menerjah ke fikiran aku..
Banyak benda aku nak kena consider..
Its not actually a puppy love anymore...
Nak serius, is he's the one?
Aku tak yakin...
Hm...tapi,
Pe yang aku tahu,
I slowly started  to love him..
I hope i'm doing the right thing..




Just a two cent,
peace!

Wednesday, January 26, 2011

Lirik Luahan Hati - Apit

1st2 dengar lagu nih, ase cam pe pelik ngat lagu nihh..huu~ ( hello, i xdengar lagu2 sayu ni k?) huhu..tapi bila 2-3 kali dengar, ase lagu ni besyy sangat, cam berhantu. Sebab Apit nyanyi lagu nih dengan sepenuh perasaan kot ! huhu..Aku dok ulang dengar sampai my roomate pom naik muak! Hahaha...Tapi, yang penting, vokalis dia, APIT tuh, memang sangat handsome! He's sooo my type! Slander, chinese look, cute, muka notty2 ckit but in the same time, sangat chomell! haha(pe yang aku mengarut ni kan aku tak tahu huhu).. Pe2 pun, layan! zasss!

Luahan Hati - Apit

Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta....

Pertama kali ku bertemu dengan mu
Sayunya hatiku melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu...

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikalau kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini, terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu....

Ohh.... Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasih ku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti...

Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga..
Ohh kasihh...



Hensem kan dia, hensem kan? huhu Ada iras2 Khairul Fahmi Che Mat gitu, pemain bola  kegemaranku! huhu.. Nak ada pakwe lagi yang nyanyi kat aku lagu nih leyy?? ( Buat muka habis chomell da ni..)huhu..

Saturday, January 22, 2011

Choose Ur Superpowers!

Pernah berangan2 tak nak terbang kat udara macam burung??

Tak pun, pernah tak terfikir nak ada superpower macam time machine Doraemon so that kita bley pergi ke masa hadapan jumpa cucu cicit kita takpun balik ke masa lampau jumpa nenek moyang kita?? huhuhu..

Mesti seronok giler kan ada superpowers camtu??

Tapi ,tahukah korang, superpowers yang korang ingin ada@miliki tuh, sebenarnya can tell you something about urself.. Your wishes may even given u an insight into a job or career you'd be good at someday... ^^,

So, baca senarai super power yang i listkan kat bawah and choose two you'd most like to have..

Superpower 1
     Power to Change Forms


Superpower 2
     "Super Hearing"


Superpower 3
     Time Travel Ability


Superpower 4
     Flying Ability


Superpower 5
     Invisibility


Superpower 6
     X-ray vision


Superpower 7
     Seeing into The Future


Superpower 8
     Mind Reading Ability

Made up ur minds??

Check out the answers in my next post!


Bye2....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...