Saturday, February 19, 2011

10 Perkara Yang Rumit Tentang Lelaki..

Awww..Hot x bf baru i nih??Hahaha...~~Perasan!

Hehe..Pic diatas bukanlah bertujuan untuk menjulingkan mata ladies2 di luar sana yang melihat, mahupun membangkitkan kecemburuan lelaki-lelaki di luar sana terhadap kesasa-an dan kegagahan si jantan yang i pun tak kenal sape, tapi sekadar merujuk kepada satu insan bernama lelaki. Huuu~~.. Ramai laki cakap perempuan ni rumit, susah dimengertikan. Tapi tahukah anda wahai lelaki-lelaki sekalian, anda adalah insan yang lagi rumit dari kami semua wanita2.haha.. Tak caya? Lihat dibawah? Betul atau tidak? Lu pikirlah sendiri...
Sumber: Facebook Afzaini Hakim

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

No comments:

Post a Comment

Borak-borak Cafe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...