Thursday, December 23, 2010

Reply: Muka Awak Familiar La

   Post kali ini adalah untuk membalas kembali entri yang ditulis oleh Inchik Asyraf Fizree. Main reason nape aku tergerak hati nak balas entri tu sebab aku pernah cakap ayat macam tu kat dia. Haha...

Sangat-sangat tipu bila dikatakan xde seorang pun yang tak pernah dapat ayat tu sepanjang hidup dia. ( Iye ke?) Sebab bagi aku, semua2 dari kita ni, akan mempunyai orang yang seiras ngan kita. Tak kiralah di pelosok dunia mana pom orang itu berada. Contoh, Ilham Anas yang dikatakan seiras dengan Barrack Obama. ( For full article about both of them, click here)

Tapi kan, tak dapat dinafikan juga, bahawa ayat 'muka awak familiar la' tu adalah ayat mengusha yang paling cliche yang dalam   tatabahasa ejah-mengejah nih. Hehehe...Betul tak? Tengok seorang minah tu dari jauh, niat hati ingin berkenalan, tapi xde line baik punya. So, ayat 'muka awak ni familiar'  ni la jadi saviour of the day huhuhuh...Tak pernah pakai? Eleh, tipu la. Aku pun pernah pakai ayat nih untuk mengusha HUAHUAHUA~~terkesan satu kegatalan di situ hehe...

Tapi chopp,  ingin aku tegaskan disini, ayat 'muka awak sama macam ex kawan saya la' yang aku tujukan untuk Inchik Asyraf Fizree BUKAN untuk mengusha Inchik Asyraff Fizree k? Aku gunakan untuk mengejah KAWAN Inchik Asyraf Fizree semasa di program SRN UPSI.. ****Aaaaaaa*****....Sape?? Ada laa...HAHAHAHAHAHAH...Pengakuan berani mati. Ramai pernah kena ayat camtu ngan aku, agak2 yang mana satu jadi idaman hati? huhuhuh.*wink2..

Tapikan, jarang sangat orang datang kat aku cakap muka aku familiar ngan samada kaum kerabat, sepupu sepapat mahupun rakan taulan diorang. Well, i know yang muka i ni unik, xde sape yang same muka ngan i k nyahh- *dengan nada gediks*HAHAHA..Ah, padahal kenyataan sebenarnya, xda orang sudi mengusha aku isk2! HAHAHA, *Sedar diri..sedar diri..* hehehe

Tapi perlu diingatkan juga, tidak semestinya ayat ni digunakan untuk tujuan mengusha semata-mata. Sebab, i mean it bila I bagi ayat tu kat Inchik Asyraf Fizree. Muka dia ada iras MY FRIEND'S  EX..*Aaa*- Seriously, kawan i k? Bukan i..huhuhu..U'ols  jangan silap paham pulak ye? Even my friend's ex physically differs from Inchik Asyraf, ( Inchik Asyraf tinggi kurus vs Inchik M chomell, kurang tinggi-ayat sopan ni  huhu) Tapi there's a part of his face reminds me of him. Seiras tapi tak same..huhuh

Kepada yang selalu dapat ayat ni(especially Inchik Asyraf Fizree huhuh), dont be mad k?. Be proud. It means, ramai nak mengusha u nih! hehehe..Xde2, gurau jer. Macam dalam entri Inchik Asyraff, orang cakap ada 7 orang muka sama cam kite kat atas dunia nih. So, bear with it. Angguk, senyum, and kira kalimah tu dapat kali ke berapa. Watch out bila da sampai yang ketujuh, orang cakap ajal dah nak sampai..HUUUUUU~~~~~(tetibe ase seram hehehe) Gurau jer k?! hehehee


Inchik Asyraf, ari tu awak nak gambar dia kn?? Nah, saya bagi....^^,...Sama x??

Love,
 

Kesempurnaan

Picture credit
 Malam ni, aku nak bercakap mengenai kesempurnaan. Mood dalam keadaan down sedikit, so, kita bawak isu yang serius sikit. huhu...

 Dulu, aku sangat cemburu pada sesuatu kesempurnaan itu. Seriously i did. I was surrounded by a whole bunch of perfect person when I was in my high school years.  Kesempurnaan macam mana? For example, full package-muka lawa/hensem, bijaksana, orang berada. Sebab aku ni tak lawa, aku tak berapa nak pandai, dan aku bukan dari family yang senang.  Aku akui benda tu. Yuppie, rasa rendah diri aku membontoti aku kemana sahaja aku pergi.

But when times grew older, I learned something. Perfection is some sort of imperfection. Kesempurnaan itu merupakan satu ketidaksempurnaan.. Plus, tak ada satu benda pun yang sempurna di dunia ini. Seriously. Aku ambil dari contoh full package tadi, dalam kesempurnaan dia tu, mesti ada satu ketidaksempurnaan pada dia. Contoh,  dah full package camtu, tapi ada family matters. Bagi aku, Allah itu Maha Adil. Dia takkan berikan seseorang itu sesuatu kesempurnaan secara total, sebab jika hidup seseorang itu sempurna, maka hidup dia tidak akan bermakna. Yang kesempurnaan itu hanya milik Tuhan, Dia Yang Maha Sempurna.

 . Dulu aku sering bertanya pada diri aku sendiri. Kenapa hidup aku tak sesempurna orang lain? Kenapa orang lain mendapat lebih daripada aku? Kenapa bukan aku yang jadi dia dan banyak lagi kenapa yang berlegar dalam kepala otak aku ni. Dan sekarang, aku rasa aku dah dapat jawapan kepada segala persoalan aku sebelum ni.

Sebab kita tak cukup kuat untuk hadapi kesempurnaan itu. Ya, kesempurnaan itu memang satu anugerah, tetapi perlu diingatkan, kesempurnaan itu jugak satu ujian. Even tanpa kesempurnaan itu pun, aku sudah lupa diri. Apatah lagi andai aku mendapat kesempurnaan itu. Dan bagi aku, Tuhan dah tentukan segala-galanya bagi kita. Kita manusia patut bersyukur, dan hadapi ketidaksempurnaan kita dengan tenang dan cuba perbaiki ia.

Jadi, pesanan aku kepada yang ada diluar sana(dan pada aku sendiri). Jangan pernah mencemburui kesempurnaan orang lain, its not  worth it. Anda adalah kesempurnaan kepada diri anda sendiri. Tuhan dah tetapkan yang terbaik untuk anda.  Just live, laugh and love k? * wink2..



Love,

Wednesday, December 15, 2010

Men: Love(act not!) vs Women: Dont Love( Act do)




  Betul ke seorang lelaki ni suka berpura-pura mencintai seorang wanita even if they dont whereas, seorang wanita selalu membuatkan others believe that they dont love a man even if they do love them? Hmm.....

In general, I agreed with this statement. Kebanyakannya macam tu la kan? Bukan nak bersifat seksis, tapi itu hakikat dari pandangan aku sendiri.  Banyak kes aku jumpa lelaki yang berpura-pura mencintai seorang perempuan tu walaupun pada hakikat sebenar tiada sekelumit perasaan pun yang ada untuk perempuan tu and selalu jumpa seorang perempuan, selalu menyembunyikan perasaan pada seorang lelaki atas sebab2 tertentu (ehemm...)

Tapi in general nya memang cam tu kan? Lelaki selalu berpura-pura mencintai seorang perempuan dan perempuan selalu berpura-pura tidak mencintai lelaki padahal keadaan yang berlaku adalah sebaliknya. Benda ni aku refer dari pengalaman kawan-kawan aku dan aku sendiri..(Aaaaa...)..Tapi aku juga tak nafikan, ada perempuan yang tidak menyintai seorang lelaki tetapi mengatakan bahawa dia mencintainya ( mainly sebab kesian-Is it?? )  dan ada juga lelaki yang menyembunyikan  perasaannya daripada seorang perempuan ( mainly of EGO-Ehemm?)..

Erk, yang dalam caption tu cuma pandangan aku. Opinion dari aku. Dari my own based judgement. No offense k? hehehe

Ah, for me, benda ni normal. Anyone boleh menipu menyintai atau tidak menyintai seseorang tidak mengira gender apa sekalipun. It happens to all being for some particular reasons . Contoh, tak nak partner kite terluka, rasa kesian. Takpun, kerana Pride and EGO, or paling tak boleh blah, TEST MARKET(untuk yang pura-pura menyintai).

Ah, bab test market memang buat aku bengang. Saja menguji hati seorang perempuan/lelaki semata-mata untuk menguji saham dalam pasaran semasa nih. Memang selalu la jumpa spesies camni nih. Dapat je kite, aihh, terus senyap. Time mengusha, Ya Allah, pijak semut pun tak mati. Ayat jiwang tu takleh cakap r. Blom kira mesej2 yang ya ampun, Tuhan je tahu romantisnya.. Last2, sampai kiter termanggu2 pe salah kita. Sekali kes test market da! Haishh.* Mengeleng-geleng*..( Oops, terbocorkan pengalaman sendiri lak heheh...)P/S: Kawan perempuan aku pun ada wat camni..So, bukan cakap sal laki je eh?

So, as the conclusion, in general aku setuju dengan statement kat atas.  tapi aku juga tak nafikan ada juga perempuan yang suka berpura-pura mencintai seorang lelaki walaupun hakikat sebenarnya tak dan ada juga laki yang berpura-pura tidak menyintai seorang wanita walhal they're madly in love with them..

PENDAPAT ANDA??

Monday, December 6, 2010

Fakta Sebenar Mengenai Proton

Masa tengah seronok berMUKABUKU tadi, aku menemukan satu artikel yang interesting mengenai Proton yang dijawab sendiri oleh orang dalam dari Proton.

Segala negative thought aku about Proton sebelum ni vanished sama sekali. As interesting as it is, aku pun berhasrat untuk share benda ni so that orang-orang kita akan lebih respect Proton pas ni.

 Xde lagi nak main condemn2 Proton, yela, siapa lagi yang nak sokong industri automotif kite andai bukan kita sendiri. And duhh,i know  its quite a long article, but have fun reading it and semoga kepatriotikan anda akan meningkat dengan membaca this article hehe..

p/s: Aku cuma share link aje sebab kesian orang akan skroll blog aku dari atas sampai bawah untuk baca artikel panjang berjela tu huhu....


Love, 




Menjelang Baktisiswa Perdana...

       Nampaknya, selepas ni, peluang untuk aku meng-update blog semakin tipis. Kerja semakin bertimbun and serta kemalasan serta kelembapan kura-kura  aku dalam menghamburkan perasaan di atas kanvas digital ini akan menyumbang kepada ketidak-aktifan blog ini...huhuhuh

     Aku terlibat sebagai  AJK kedarah  Makanan untuk program Baktisiswa Sekreteriat Rukun Negara (SRN) UPSI pada 16-23hb Disember ni yang akan berlangsung di UPSI dan juga di Kampung Sepakat Jaya, Parit, Perak. Means, bila dah jadi AJK Makanan ni, banayk la pulak kerjannya yang nak kena dibuat. Updating and follow up harus dibuat setiap kali waktu makan. Tambah-tambah, makanan akan disediakan bermula esok sehinggalah 25hb Disember ni. Soal penender semasa berada di kampus baru saja diselesaikan petang tadi. And penender bila kami berada di Parit pula masih belum disahkan siapa-siapa. Plus, esok adalah hari untuk membincangkan menu-menu pada hari seterusnya. Nak tambah lagi, bajet makanan hampir mencecah RM20, 000 untuk di kampus sahaja. Belum masuk rewang di kampung, dinner di Trolak Resort, bayaran untuk penduduk kampung yang menerima anak angkat, and catering di kampung. Merely looking at the amount alone, you'll know how much effort and sweat (LOL!) were put on this Baktisiswa.

   Huu, kalau nak di-listkan senarai calon suami, erk, tugasan aku memang la panjang berjela. Tambah-tambah aku cuma sebagai bidan terjun. Tak tahu camne ley tetiba aku aktif sebagai AJK Makanan, yela, sepatutnya before gerak kerja 13hb Disember ni, hanya ketua-ketua sahaja yang akan aktif. Namun disebabkan oleh beberapa teknikal problem, terpaksalah aku mengaktifkan diri aku sekali. huhu

  Nevertheless, I wasnt saying that this thing is a bad idea nor a bad thing. I'm gaining a whole lot of new and exciting experiences and also lots and lots of guidance from my senior in this SRN thing- which is a damn good thing.Boleh la aku menyiapkan diri untuk menjadi pelapis kepada MT( Majlis Tertinggi) bagi  SRN nanti huhuh. Oopps, PERASAAN suda! HAHAHA. Terperasan lebih pulak. ~~Mampus wa kalau ada ahli SRN baca nih huhuhu.

    Tapi tak dela, aku gurau je tadi tu. Apa yang penting, bukan jawatan yang dikejar, yang penting adalah pengalaman dan seriously,  aku seronok berada dalam SRN ni. Its's like having one big family that cares to work together and for tsemester break yang pendek tuh, ( hanya seminggu ok!) tak terasa sangat kehilangannya. I'm jumbling up with seriously fun brothers and sisters- tadi baru lepas main JUTARIA sesama with Pengarah Program, SU and Naib SU program. OMG, rasa xpercaya lak. Its way too absurd to think that I'm actually paddling with a higher rank senior playing some fun kiddy game! I  HEART SRN..ngee~~~~

Cant wait the Baktisiwa day. It would be a rather ,what would I say is, hectic and outrageous, yet blends in some-not some, but rather plentiful of  fun and joy in it which will last as a eternal memories ever!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...