Tuesday, November 30, 2010

Bicara Hati

   Pernah tak apa yang korang tak pernah terfikir pun untuk impikan tiba-tiba muncul depan korang dan menunggu untuk digapai sahaja? Indahnya kesempurnaan itu membuatkan kamu terpegun. Saat itu, kamu berada dalam keadaan ragu-ragu. Impian yang terlalu indah, berada di depan mata. Tapi hati seakan tidak membenarkan kamu dari menggapai impian itu dek risau kelak hatimu sendiri yang akan terluka.


    Perkara sedemikian berlaku pada aku sekarang. Anugerah yang paling indah berada di depan aku serasa tidak  tergapai oleh pundakku. Its Too Good Too Be True. Dengan ketidaksempurnaan diri ini, aku tidak pernah mengimpikan kesempurnaan itu. Aku takut kesempurnaan itu hanya satu bayangan yang tidak terkejar oleh aku. Aku takut walaupun hanya untuk mengeluarkan tanganku untuk menggapai kesempurnaan itu,   kerana bimbang hati ini akan terluka.


    Saat aku terleka, hati ini hanyut dek kesempurnaan itu. Namun, ada satu ketika, aku tertarik kembali pada realiti. Ah, terlalu jauh angan-anganku. Terlalu berani bermain dengan api. Perasaan ini kelak akan melukakan aku. Memang aku pengecut,takut untuk terluka lagi. Kerana luka itu bukan luka yag boleh diubati hanya dengan menyapu ubat luka, mahupun mencuci dengan Dettol bagi menghapuskan kuman-kuman yang hinggap, luka ini lebih dari itu.


Saat terleka itu, angan-angan ku pasti melayang tinggi. Terawang-
awangan ditatang  bahagia.  Mengimpikan lebih daripada apa yang aku patut impikan. Padahal sebenarnya aku masih berpaut pada satu ketidakpastian. Ketidakpastian yang mungkin membuat jiwa ku mati.


Tapi untuk lari aku tidak berdaya. Tidak termampu olehku menjauhi kesempurnaan itu. Ya, aku mengaku, perlahan-lahan aku terjatuh. Terjatuh dari jurang yang aku bina dari melukai hati ini, kedalam satu gaung yang aku pilih untuk tidak sebutkan kerana aku takut pada kalimah yang satu itu.


Sungguh ,aku takut pada kebahagiaan ini. Hati, pegang kamu pada realiti. Dengan itu, kamu pasti tidak akan terluka lagi.





Sunday, November 28, 2010

Super Junior Random Facts!

While I was wandering the web just now, i found this AsiaPopcorn website and accidentally found a forum on Super Junior members' random fact.  Wallah! My favourite K-Pop group! Love SuJu damn much!  hehe. And credit to her who made this ^^,


Lee Dong Hae.. 
-He′s a close friend of YunHo from TVXQ.. 
-Loves children.
-Loves puppies.
-Loves seafoods.
-When he was still in the group O-Kay, Xiah Junsu and HyukJae jokingly told him that he was officially a celebrity & his life as well as himself would change. Once he heard this he ran outside & cried. (Cute) haha
-He likes Song Hye Kyo.
-He likes being called a Prince.


Kim Ryeo Wook
-He likes to get free makeup samples.
-He had his first kiss when he was 7.
-He never carries an umbrella.
-He cries easily.
-He plays the piano very well.
-He lost his shoe during a Miracle performance.
-He can sleep up to 18hours a day.
-He never irons newly bought jeans.
-He has a mole on his right cheek.
-He wrote KangIn and Yesung′s radio logo songs.
-He is the 4th heaviest drinker among the 13 members.. xD
-He′s the 2nd most outgoing member after KangIn.


                                                                    Park Jung Soo (LeeTeuk)
-He likes to play the piano.
-He likes composing songs.
-LeeTeuk means ′special′.. He is a special guy. 
-He is the Angel without wings, therefore, his favorite color is white.
-HeeChul gave him the nickname ′Peter Pan′, because he doesn′t want to grow up.
-According to the ELFs, he is the hottest and cutest Angel on Earth.


 
Lee Sung Min
-His favorite color is pink.
-He is anemic.
-He does martial arts.
-When he was asked to finish the sentence, "Super Junior is.." He replied "a theme park"
-He was going to change his wardrobe once but there was too much pink so he decided not to. (LOL)
-He is the pumpkin King. 


 
      Lee Hyuk Jae (EunHyuk)
-He is the "dancing machine" of Super Junior.
-He is a crybaby.
-His nickname is monkey. 
-He is a close friend of Xiah JunSu from TVXQ. They went to the same elementary school.




                                                                          Cho Kyu Hyun
-He is the maknae(youngest) of Super Junior.
-He got the worst injury on the accident last April 2007.
-Many fans wanted to buy him a bed when he doesn′t have one.(poor guy)
-His nickname is Kyu, Prince Kyu, Shy Kyu. He has more than 50 nicknames.




                                                          Kim Jong Woon (YeSung)
-His favorite season is autumn.
-He had his first kiss when he was in 2nd Year High School.
-He would like to go to Canada.
-His favorite color is red.
-He has small fingers.
-His stage name Yesung means ′Art of Voice′.


                                                                      Kim Ki Bum
-The Super Junior member who has a ′killer smile′.
-He was born in Seoul, but he moved to California at the age of 10.
-While in California, he attended school in Los Angeles.
-He likes cats, rabbits, and oranges.
-He dislikes apples, mice, summer, winter, and the number, 9.
-HeeChul gave him the nickname ′Snow White′.




Kim Hee Chul
-He has a Russian Blue cat that costs around $500- $800.
-The name of his cat is HanJHeeBum.
-His nickname is Cinderella.
-His favorite colors are red, pink, and black.
-His close friend is U-Know YunHo of TVXQ.


                                                                Han Kyung/ Han Geng
-He is the only Chinese member of the group.
-He is the leader of Super Junior- M.
-His favorite color is black.
-He always carry a Chinese-Korean dictionary.
-He is the Mr. Beijing Fried Rice of Super Junior.
-He didn′t know any Korean word when he arrived Korea.




Kim Young Woon (Kang In)
-He is Korea′s # 1 handsome guy.(according to him) LOL
-Anya gave him the nickname, raccoon.
-He is a tough guy, but he′s really a warm-hearted person.


                                                          Shin Dong Hee (Shin Dong)
-He is Super Junior′s teddy bear.
-He is the ′choreographer′ of Super Junior.
-He is flexible.
-He wants a sports car.
-His favorite color is purple.


                                                                           Choi Si Won
-His nicknames are Simba and Horsey.
-He always do hand gestures.
-He is Super Junior′s ′bodyguard′.
-Awards: Sexiest Guy in Korea.


Kalu dapat sorang ni, sure xlepas punye! Lalalalala.....

Apa Yang Aku nak Wat Bila Aku Da Kawen Nanti,..


  Malam ni, kesengalan itu melanda aku. Tiba-tiba dalam mood nak kawen. Hahahaha.. tapi camne nak kawen ni?? Calon pon takda lagi HAHAHA..tak kisahla. Tak penting ngan sape aku kawen, yang penting laki yang nak kawen ngan aku tu, dapat terima baik buruk aku. Dan yang paling penting selain dari yang penting tuh, adalah aku sendiri dpat terima baik buruk dia. Ok, kalau sal ni, nanti entri lain aku kasi cite panjang k?



  To sesape yang nak kawen ngan aku, dia kena terima pe yang aku nak dalam kehidupan rumah tangga aku heheheh.. ( Acece..bajet macam ramai je nak kahwin ngan aku sampai kena-kenakan syarat semua. Hehehe). Entri ni lebih kepada impian-impian aku pas kawen huhuhu. Yela, hidup kena merancangkan? hehe..*Bapak ayat kover baik punya kegatalan dimalam hari nih,hahahah*

   Ok. aku sediakan dalam list. Kang jadinya aku wat karangan lak malam-malam buta ni hahaha. Ok, let strart the journey bebeh! ^^,..and check check check it out!LOL

         1) Aku nak jadikan minum susu and soya sebagai A MUST dalam kehidupan rumah tangga aku. Yela, susu and soya ni bagus untuk kesihatan. Susu baik untuk tulang, and soya baik untuk kulit( aku suka part nih) Nanti aku wat entri pasal ni k? Malas nak wat karangan panjang berjela kat sini nih..Huhuhu.. *sebenarnya senang cerita cakap ni fevret aku huhuhuh..Aku nak pupuk fevret aku dalam life berumahtanggaku huhuh..*tapi ley dikecualikan jika my future hubby ni lactose intolerant,atau ayat senangnye, allergi ngan susu nih.tu boleh dimaafkan heheh...Kalau tak, meh minum susu berjemaah ngan aku huhuh...


2) Aku nak anak-anak aku belajar tarian mahupun muzik. Muzik dikatakan dapat meningkatkan kebolehan otak dan tarian sebenarnya boleh membuatkan kita cergas dengan cara yang way lagi fun dari joging k? tapi xdela aku nak anak-anak aku tu jadi penyanyi ke penari ke hape, cuma nak tambahkan ilmu diorang selain dari ilmu sekolah semata-mata. Lagipun, aku suka tarian and muzik ni, cuma xde pendedahan and BAKAT pada aku. *aku highlightkan bakat supaya korang tahu, aku takde bakat, seyes. Yela, takot korang ingat aku nak mewarisi bakat aku pada anak2 aku jer hahaha..


3) Aku nak jadi isteri yang terbaik untuk suami aku. Ni impian aku yang paling penting antara yang terpenting k? Hahaha~~aku tahu, geli dowh statement td. Mmang bapak gila tak boley blah statement bagai orang desperate nak kawen gila vavi.HAHAHAHA. Hehehe..Xde, tu impian aku. Sebab dengan perangai aku yang keras kepala lutut + keras hati+ keras segala bagai nih, cam mesti orang bajet aku takkan jadi isteri yang baik. No no no k? I keras kat luar aje, tapi lembut didalam you!. Belum cuba belum tahu k?hehe..Yela, bila dah kawen ni, kena giv my all to insan bernama suami..Chewah. Aku baca balik mende alah ni jap ag, mesti gelak sengsorang dowh hahaha...

4) Aku tak nak anak ramai yang agak-agak boley wat satu team bola sepak siap sekali dengan cheer leader- cheer leader sekali! Huhu... Aku ni memang da dilahirkan dalam keluarga camni ( tapi tak cukop ag nak wat team bola sepak k? Team basket ball 3 on 3 tu da boley da kot? hahaha...) Sebab aku tahu dowh susah nak bagi perhatian kat semua anak aku bila da ramai sangat nih. Aku nak tatang anak aku tu bagai menatang petrol  minyak yang penuh. Hehehe..Tapi aku harap xdela bila dia besar nanti dia jadi macam dalam cite Anakku Sazali tuh, tak mahu bhai! Simpan  Simpang malaikat 44! Bagi aku la kan, kasih sayang tu boleh dianggapkan macam sebiji Cheesecake Secret Recipe( yum yum!). Kalau anak ramai, sure setiap anak tu dapat sikit sorang jer cheesecake tu, berbeza ngan anak sikit. Bagi aku, aku nak maksimumkan perolehan Cheesecake untuk setiap sorang anak aku tu huhuhu...( Sekali macam Ekonomi lak daa!)

5) Disebabkan bakat memasak aku ni belum sudah digilap ke tahap maksimum  lagi( ayat senang, tak terer memasak ag), aku kena terrerkan diri aku memasak sebelum aku kawen. Orang cakap air tangan kita ni dapat mengikat usus hati suami. Betul ka??? Kena cuba dulu ni huhuh.. Aku akan try belajar segala masakan yang kena ngan tekak suami aku. Takleh belajar secara praktikal, Google ada bhai. Pandai2 la hahah.. Yelakan, orang rupa takde, nak kena ikat suami ngan air tangan jela huhu..Kalau da lawa cam Siti Nurhaliza tu, sumpah da laki tak lari wei. Hahaha. Dan dengan oleh itulah, aku takkan benarkan bibik masak untuk suami aku. ( Ok, aku nak wat pengakuan, aku memang nak seorang bibik TUA untuk rumah aku, tolong aku mengemas sikit2. *perkataan tua dihighlightkan kerana aku tak mahu bibik MUDA mengancam keharmonian rumah tangga aku huahuahua.*)

-Bila da cakap sal bibik, ada beberapa mende yang aku nak highlightkan kat sini supaya sesape diluar sane yang berminat nak jadi bibik aku tuh tahu pe2 mende yang TAK BOLEH buat bila jadi bibik aku. Hahaha.

        i) Masak untuk suami aku dan anak2 aku. Aku da terangkan kat atas k sal ni?
        ii) Iron baju suami aku and anak-anak aku. Aku nak wat sendiri benda ni. Supaya, suami and anak-anak aku rasa kehangatan yang aku transferkan (ayat melayu transfer apa?-bebal gak aku ni, nasib baik jadi cikgu Akaun, bukan Bahasa Melayu huhu) pada baju yang diorang pakai tu. And diorang akan ingat, ni bini aku@mak aku yang gosokkan bju aku and wat aku jadi super duper smart@lawa ni..huhu. tapi anak aku yang da besar xley ey, aku nak ajar diorang berdikari sendiri.huhuhu.
      iii) Basuh segala mende2 kecik-kecik. Korang pahamla bila aku cakap mende2 kecik ni, takde keje aku ni sebut semua mende alah tu satu persatu. Sorry k? Aku pernah jumpa bibik yang terpaksa basuhkan benda2 kecik majikan mereka tuh. Ngan aku takde der camtu, tu aku punya,laki aku punya, anak aku punya, so, tu tanggungjawab aku.
    iv) Menggatal ngan laki aku. ( Aku patut letak ni yang paling atas sbenarnya. hahaha- tapi nasib baik aku da tulis, bibik yang TUA okay??)

* So, dengan mende2 tak boleh ni, aku rasa tugas seorang bibik telah dikurangkan oleh aku yang baik hati ni. Ada sesape volunteer nak jadi bibik aku?* huhuhu. Syarat-TUA k?hahaha

6) Aku nak anak kembar. Apa-apa cara pun, aku nak gak anak kembar ni. Xkisahla pkai in-vitro fertilisation ker, suntik hormon ker, jumpa bomoh ker..TETTT..yang last tu takley pakai. Wa xcaya bomoh-bomoh ni. huhu..Tapi wa memang cakap lu la beb, wa nak gak anak kembar camne pom. Seyes, bagi aku anak kembar ni seyes comeyy doh* Ish, ni kes aku dok ber 'wa' 'lu' ngan Boye Tembaga la ni jadi ber'wa' 'lu' tetiba nih. Hahaha..Sial*

Oklah.Aku ase da panjang berjela entri aku nih. Penat lak menaip malam2 buta ni. And segala keangkatan diriku sendiri kedalam bakul sila abaikan k? Ini cuma impian2 aku dalam alam rumah tangga. Walau aku tahu giler bapak punya lambat lagi seyy aku nak kawen. Wa baru 19 derr hahahaha...So long!



Love,

Thursday, November 25, 2010

Too Good To Be True

Hiasan semata2. 


  Dalam kemamaian baru bangun tengahari buta camni, perkara pertama yang aku buat adalah melayan MUKA BUKU atau nama glamournya Facebook ni. Terjumpalah satu artikel yang mengisahkan hidup seorang perempuan berkahwin dengan seorang lelaki yang diaturkan oleh keluarganya. Si lelaki digambarkan sebagai seorang pelaku yang sangat perfect, romantic manners, beriman Bukan bermaksud nak bersikap skeptikal, tapi aku cuma berfikir dari satu sudut pandangan lain. Ada lagikah seorang lelaki sesempurna itu?


    Atau maksud aku, mungkinkah akan ada situasi seperti itu di hari pertama kita, dengan seorang strangers tiba-tiba  jadi teman for the rest of our life ? Yelah, bayangkan in reality lah kan, kalau kita kena buat an arranged marriage ni, bolehkah kita terima pasangan kita tu dalam masa sehari saja ke? Takpun, logik ke orang tu boleh romantik gila vavi ngan kita jika dia baru mengenali kita?


   Ok, bayangla kan? Kita berada ditempat lelaki tu. Kena buat  satu arranged marriage. Tak pernah jumpa perempuan tu pun sebelum ni. Time akad nikah baru jumpa. Lelaki tu digambarkan sebagai seorang yang sangat beriman. I mean, selalunya lelaki yang beriman ini menjaga batas pergaulannya dengan perempuan lain. And agak-agak la kan, bolehkah perasaan kekok itu dihilangkan dalam cuma masa beberapa jam? Hanya dengan satu niat, dia dah menjadi yang halal buatku? I mean, pleasalah kan, manusia biasa. Jarang sangat la dapat wat camtu( i mean tetiba je nak bajet romantik ngan orang yng baru kita kenal). Macam xkena bagi aku. Its a way too perfect...


   Living in reality, bagi aku, tu kisah Too Good To Be True. Cuma intrepretasi fantasi oleh seorang penulis muda...(muda kot tgk cara dia mnulis tu? ) . But anyway, ni cuma satu opinion. No offence ^^,









Tuesday, November 23, 2010

Cerita Cutiku

           Bla dah cuti lama kat rumah kerja aku cuma melangut je depan TV. Bak kata mak aku, kalau boleh makan TV tu memang sah-sah aku dah lama aku  telan  TV tu. Hahaha..Aku gelak je dengar mak aku cakap gitu. Jeles betul mak aku tengok aku sibuk berdating ngan Inchik TV tu sepanjang masa. Tu belum masuk aku wat double date ngan Incik TV dan Mr. Lappy aku hehe.. Memang mak aku tarik muka 14 lah ngan aku jawabnya hehe. Yelah, kalau boleh dia nak aku dok kat dapur tu 24 am hehe..Katanya nak mendidik aku jadi menantu mithali.


Aish, ni bab yang aku paling tak suka nih. Bila dia sebut je sal kahwin ni, terus aku angkat kaki pergi dapur. Takda maknanya aku nak dengar mak aku membebel melalut pasal pergi rumah mak mentua, malu tak tahu masak bla bla bla and what so ever.  Tu memang senjata mak aku nak suruh aku masuk dapur lah tu.

 “Mak, orang sajalah tak nak tunjuk bakat masak sekarang. Orang nak tunjuk kat bakal suami orang nanti..”



Aku pernah jawab macam tu kat mak aku. Dibantai nya mak aku, “ Ow, bakal suami ye? Silap-silap haribulan, bakal suami kau tu jadi bekas bakal suami taw? Lari tengok cara kau masak..” Aku diam. Mak aku da senyum simpul. Dia tahu dia dah berjaya kenakan aku balik. Adush, sengal. Hehe.


     So, nak tak nak, dalam sejam before waktu makan kat umah aku aku memang dah ada kat dapur tu menolong apa yang patut.  Tapi, time aku nak mengelak masuk dapur, aku duduk kat meja study, buat-buat bukak buku. Mak aku lemah tengok aku study, mesti dia tak jadi nak suruh aku masuk dapur. Jahat tak? Haha, aku saja nak tocher adik aku yang perempuan tu. Dia memang tak senang tengok aku senang hehe. 

     Bila aku balik je, start la dia suruh aku wat tu wat ni untuk dia. Katanya, sepanjang aku xda kat umah, dia yang wat segala kerja. So, ni la time dia nak tocher aku balik.Tapi dia tak tahu kak long dia yang sorang ni panjang akal. Hahaha..Maaf ye dik, masa hang kecik-kecik dulu, cheq yang buat segala kerja yang hang buat sekarang ni noh? Baik hang berlatih awai2 cam mana nak jadi isteri mithali. Hahaha..

So, kepada adik kesayanganku, engage for me yeah for a while. Love ya! *wink2.

Loser!
Double Loser!
Whatever!
=Morons!  
*trademark aku and adik aku~ala, yang cam dalam cerita Ponti Anak Remaja tuh..heheh.


Love,

Saturday, November 20, 2010

Bila Sengal Itu Melanda

THE TIME BEING:

Pakwe betul= Mr.A
Pakwe relationship status in FB =Mr. B
Skandal =Mr C

5 TAHUN LAGI:

Fall in love ngan orang lain
Tunang ngan orang lain
Kawen pun ngan orang lain....


NAUZUBILLAH!

Love,

Amarah Cinta

Cinta itu dangkal
Cinta itu racun bagi aku'
Dan kerana cinta juga aku buta!
Aku bergelodak di dalam  namun,
Amarah pada siapa harus aku hamburkan??
Nista pada siapa harus aku tohmahkan??
Aku ini anak buta!
Bukan buta pada pancainderanya!
tapi buta pada segumpal darah bernama hati!
Aku ini perosak diri!
tapi dek kelam hati ini
dek gelap jiwa ini!
Aku katup telinga
Aku katup jiwa
Aku katup hati daripada cahaya!
Percayalah manusia
Aku ini insan bodoh alang!
Entah kapan kan bertemu cinta Agungnya..

Friday, November 19, 2010

Ketam Melayu vs Ketam Cina {Oh! Melayu}

Satu post yang aku kira cukup menarik aku jumpa dalam FB ni. Renung-renungkan dan selamat beramal ^^,

Ni adalah satu post yang cukup bermakna dan mengingatkan aku kepada Cikgu Satari, seorang guru berjiwa Melayu yang cukup aku segani semasa di alam MRSM ku dulu...Dia selalu  guna contoh ketam ni agar Melayu buang sikap suka menjatuhkan orang lain..I Heart Melayu <3

Tak lama dulu ada seorang Melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik Cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada… ada… lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la…

Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup.... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar… yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

MORAL:

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga.... Cina lain tak kacau…dia tengok saja dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya itu pula, akan ajar Cina lain agar berjaya juga. Kalau orang Melayu, bila satu Melayu nak berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik. Lepas tu mula lah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab itu Melayu tak maju...

Monday, November 8, 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...