Tuesday, November 30, 2010

Bicara Hati

   Pernah tak apa yang korang tak pernah terfikir pun untuk impikan tiba-tiba muncul depan korang dan menunggu untuk digapai sahaja? Indahnya kesempurnaan itu membuatkan kamu terpegun. Saat itu, kamu berada dalam keadaan ragu-ragu. Impian yang terlalu indah, berada di depan mata. Tapi hati seakan tidak membenarkan kamu dari menggapai impian itu dek risau kelak hatimu sendiri yang akan terluka.


    Perkara sedemikian berlaku pada aku sekarang. Anugerah yang paling indah berada di depan aku serasa tidak  tergapai oleh pundakku. Its Too Good Too Be True. Dengan ketidaksempurnaan diri ini, aku tidak pernah mengimpikan kesempurnaan itu. Aku takut kesempurnaan itu hanya satu bayangan yang tidak terkejar oleh aku. Aku takut walaupun hanya untuk mengeluarkan tanganku untuk menggapai kesempurnaan itu,   kerana bimbang hati ini akan terluka.


    Saat aku terleka, hati ini hanyut dek kesempurnaan itu. Namun, ada satu ketika, aku tertarik kembali pada realiti. Ah, terlalu jauh angan-anganku. Terlalu berani bermain dengan api. Perasaan ini kelak akan melukakan aku. Memang aku pengecut,takut untuk terluka lagi. Kerana luka itu bukan luka yag boleh diubati hanya dengan menyapu ubat luka, mahupun mencuci dengan Dettol bagi menghapuskan kuman-kuman yang hinggap, luka ini lebih dari itu.


Saat terleka itu, angan-angan ku pasti melayang tinggi. Terawang-
awangan ditatang  bahagia.  Mengimpikan lebih daripada apa yang aku patut impikan. Padahal sebenarnya aku masih berpaut pada satu ketidakpastian. Ketidakpastian yang mungkin membuat jiwa ku mati.


Tapi untuk lari aku tidak berdaya. Tidak termampu olehku menjauhi kesempurnaan itu. Ya, aku mengaku, perlahan-lahan aku terjatuh. Terjatuh dari jurang yang aku bina dari melukai hati ini, kedalam satu gaung yang aku pilih untuk tidak sebutkan kerana aku takut pada kalimah yang satu itu.


Sungguh ,aku takut pada kebahagiaan ini. Hati, pegang kamu pada realiti. Dengan itu, kamu pasti tidak akan terluka lagi.





No comments:

Post a Comment

Borak-borak Cafe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...