Tiba2 rasa tergerak hati hari nih nak ber'blogging' setelah lama aku tidak menulis apa2 dalam ruanganku ini..(hari pertama je semangat sampai 4 entry aku msukkan huhuh-skang ni dah bminggu2 brulah aku masukkan entry baru heheheh)...entahla,mungkin terkesan di hatiku, perasaan ketidakpuasaan hati dalam misteri kehilangan sang tamar-bak kata tajuk aku..mana aku dapat idea tajuk nihh?? entahlah labu..tiba2 muncul dalam kantung idea aku..nak dijadikan cerita,hari ni 13082010 adalah hari puasa ke 3 bagi tahun 1431H..pada jam sekarang 5.30 pagi, aku tidak dapat melelapkan mataku memikirkan buah tamar ku yang hilang bagaikan sang debu yang hilang ditiup angin..
hendak dijadikan cerita, semalam merupakan hari aku tidak pulang ke rumah(kolej kediaman) kerana semalam merupakan ujian lisan dalam bentuk forum yang memaksa aku untuk berbuka puasa di kampus dan pulang ke kolej pada hampir larut malam..nasibku baek kerana aku sempat naek bas terakhir untuk pulang ke kolej pada malam tersebut, klu x,terpaksalah aku naek bas tunjal (jalan kaki) untuk balik ke kolej kediaman yang terletak hampir 5km dari kampus T.T....iskk2..sesampainya aku dirumah,aku teros mengadap fb dan lantas tertido begitu shaja...pagi esok,sewaktu sahurnya,pertama sekali yang aku tuju adalah buah kurma yang muncul di dalam mimpi aku smalamnya,sungguh manis rasa buah itu meskipun hanya sekadar di dalam mimpi.....penutup tupperware dibuka,tup tup,hanya tinggal kurang dari 10 biji tamar sahaja lagi..Hairan bin ajaib bin plik and so on aku..rasanye last sekali aku tengok balang tuhh masihh pnoh dengan tamar2 yang semanis tamar itu sendiri..
lantas,aku bertanya pada rumate ku...di mana tamarku??kenapa boleh jadi sedikit ini?dengan poyonya aku bertanya..dia hnya mgangkat bhu tanda tidak tahu..ak bertanya pada seorang lagi housemate ku,mana tamarku yang banyak2 itu?dia mengeleng2..aku termanggu2..rasanya,kedua2 org rumate ku ini tidak berapa menyukai buah tamar,tidak mungkin mereka yg melesapkan buah tamar itu..tinggal seorg lg housemate ku yg ku belum ku tanyakan mengenai hal itu...tapi,aku ketandusan idea untuk bertnya,lebih tepat lagi,aku tidak mahu membangkitkan rasa sebal di hati ini..sebenarnya,sudah dapat aku agak jawapannya..aku mmg sudah selalu terkena begini.
.konsep ambil dulu baru bagitahu itulah konsep beliau...agak mengecewakan ya sebenarnya di situ?aku ni sebenarnya bukan la seorang yg berkira,setakat 2 3 biji kurma,apa salahnya dikongsi bersama?tambah2,ni bulan pose,bulan untuk buat amal jariah seperti myedekahkan kurma pada rumate2 ku..tapi sepatotnya bekalan kurma untuk mungkin 2 mingu itu sudah tinggal sisa2nya...apa lagi aku mahu perkatakan?namun,dengan duit PTPTN aku yang belom masok ini membuatkan aku agak berkira,keluar duit lagi,sedangkan bekalan duitku semakin berkurangan...aku hanya mampu mengeluh..ingin ditegur,namun risau pula dikatakan berkira...jadi,apa harus aku buat?mdiamkan diri sahajalah labu..jadi,kepada pembaca di luar sana,jadikan ini iktibar ya??jgn sesuka hti mgambil hak orang laen tnpa kebenaran,minta la dulu paling kurang..bukankah itu lebih sopan sebagai kita orang Melayu?dan bila mengambil barang orang,berpada2 lah,jangan jadikan hak orang seperti hak kita ye tuan2 puan?
No comments:
Post a Comment
Borak-borak Cafe...