Sunday, April 17, 2011

I Am Cinderella :)

 Huh?

Aku Cinderella?

watehekk???
Hahaha...

Jangan terkejut ye kawan2. I really am a Cinderella within my own story :)

Alkisahnya begini,

Masa hari Jumaat lepas, aku ada ujian kemahiran Olahraga. Disebabkan aku sebelum tu kena bergegas ke sana sini, terpaksa la aku bawak selipar aku sebab aku ni spesies rimas pakai kasut tertutup- lagi sanggup berlari pakai sliper hengkau! huhuh.

Dan selepas kepenatan berlari dari Kedai Fotostat(untuk Buku Log Olahraga aku) ke Fakulti yang terletak di hujung dunia nun, kemudian ke Chanselori untuk settlekan add/drop subjek aku, baru lah aku menapak dalam kemengahan ke padang untuk ujian kemahiran aku- lompat tinggi. Dan kat situ jugaklah aku tukar selipar aku ke kasut aku dan aku terlupa nak masukkan selipar tu dalam beg.

Nak dijadikan cerita, hujan renyai-renyai la pulak time tu. So berlari-lari (sekali lagi) anak la kitorang ke bangsal untuk berteduh. Namun, abg Dickson telah memutuskan untuk menghabiskan juga kitorang punya ujian kemahiran. So, dalam hujan renyai2 tu lah, kitorang menapak pulak ke tapak acara lompat jauh.

Dalam kalut-kalut kitorang baru sampai dan berkumpul dalam bulatan, aku dengar kawan aku panggil2 nama aku. Aku dengan muka blurr+tak faham mencari-cari kawan aku kat tengah2 orang berkumpul tu.

Tiba2!
Jeng..jeng..jeng....

Aku nampak satu tangan menghulurkan selipar aku dari tengah2 orang ramai tu.

Watehek??
Selipar aku! Macam mana? Aaa..? Ehh? Pe jadi?

Dan selepas mengharungi lautan orang tu, maka keluarlah tangan yang menghulurkan selipar itu tadi. Seorang lelaki. Tinggi, handsome- aku terpaku. Ohh my price charming! lol

Dua-dua terkaku.

Dia dengan tangannya menhulur selipar kat aku dan aku memandang dia dengan pandangan..

pandangan...

 pandangan yang sungguh....

........................ blurr! Tu je mampu aku tulis.haha

Dan pada saat dan ketika itu lah, kawan aku potong stim layan drama cerita ala-ala Hindustan.

"Waaahhh.. Cinderella!" jeritnya. Dan serentak dengan itu, semua ahli kumpulan aku menge-boo aku dan dia..

Zass! Terasa darah menyerbu ke muka...

Aku cepat-cepat mengambil selipar daripada dia dan dia terus berlalu dari situ. Harapan aku dengan dia berlalu dari situ, boo kawan-kawan aku juga aku akan berlalu.

Tapi ohh tidak! Harapan aku musnah..

Diorang masih menge-boo aku...

Dan ketika itulah pandangan aku bertaut dengan abang Dickson(instructor aku), dia buat muka "Haaa.." dengan goyang-goyang jari telunjuk kat aku.

Ahh, Hampeh! :0

3 comments:

  1. alahai romantikknye, if I were you, stop ujian kemahiran, ajak mamat tuh dating. okthanksbye. :)

    ReplyDelete
  2. khuzrin:funnY eh?
    shai: ujian kmhiran 20% pak cik..ko nk bg??huhu

    ReplyDelete

Borak-borak Cafe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...