Wednesday, July 11, 2012

Resepi Kek Batik


TADAAA!
Ni lah kek batik yang aku duk pulun buat lepas bukak puasa semalam. It takes about half an hour to do this simple yet yummy dessert!

So, hari ni aku nak share camne nak buat kek ni. Actually banyak version untuk buat this kek, so, ni kira Mardiana's version la :) Mungkin agak pelik caranya, and it might not be the correct way, but i promised u, the outcome would be great :D

BAHAN-BAHAN:

Kek Batik:

1 cawan serbuk coklat (bancuh dengan air panas)
1 cawan susu pekat
1/2 cawan margerin/ minyak masak
1 paket Biskut Marie Munchy's (ini yang paling sedap nk buat kek batik-yang lain pun boleh)
2 cawan air
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
Oat (kalau suka)

*semua sukatan yang diberikan di atas adalah sebagai satu panduan semata. 

Topping:

1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk coklat
2 sudu makan margerin
1/2 cawan air


CARA-CARA:


1) Bancuhkan susu pekat dengan air. Masukkan telur dan kacau rata.
2) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pastikan tepung tidak bergentel.
3) Masukkan adunan kedalam kuali. Panaskan hingga mendidih.
4)Kemudian masukkan bancuhan serbuk coklat tadi, kacau rata.
5)Masukkan margerin dan kacau sehingga adunan menjadi likat.

*Andai terlalu pekat, tambahkan air.
*Terlalu cair, tambahkan tepung/oat sebagai agen pemekat dan jika kurang manis boleh tambahkan susu pekat.
* And bagi yang gemarkan rasa coklat yang pekat, bolehlah tambahkan bancuhan serbuk coklat@milo ke dalam adunan
 * Untuk mendapatkan adunan yang berkilat cantik dan tidak melekat, tambahkan minyak masak/margerin mengikut kesesuaian :)
****Seperti yang saya katakan di atas, sukatan yang diberikan hanya sebagai panduan, nak alter ikut sesedap rasa ye? :D

6) Akhir sekali, selepas berpuas hati dengan adunan anda, masukkan biskut Marie yang telah diramas kasar ke dalam adunan. Tutupkan api. Gaul rata dan pindahkan ke dalam loyang/tupperware bertutup. (Sebab nak masuk peti sejuk jap lagi, kalau biarkan terdedah, nanti bau benda lain dalam peti sejuk meresap masuk ke dalam kek.)

Untuk topping:

Bancuhkan semua bahan di atas api sederhana. Kacau sehingga likat dan dapatkan rasa yang anda ingini.


7)Tuangkan topping di atas kek. Taburkan chocolate rice(jika suka) dan masukkan ke dalam fridge semalaman. Sedia dihidang :D


No comments:

Post a Comment

Borak-borak Cafe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...