Sunday, October 31, 2010

Spongebob LOL

SQUIDWARD


         Move Patrick, I'm claustrophobic..






PATRICK


Whats a claustrophobic?







SPONGEBOB

 It means he's afraid of Santa.





PATRICK


     Ho ho ho..




SPONGEBOB


 Stop it Patrick, you're scaring him!

Age 3 vs Age 16

AGE 3:



Boy kisses girl..






Parents: Aww..thats so cute...
* Takes Pictures*





AGE 16:




Boy kisses girl...








Dad: Get the hell away from my daughter!
* Loads shotgun*
There's always a little truth behind every "Just Kidding";
A little knowledge behind every "I Dont Know";
A little emotion behind every  "I Dont Care";
And a little pain behind  every " Its Okay"....

Saturday, October 30, 2010

Proud of My Kelantan! GKG!




KUALA LUMPUR – Sejarah tercipta dan dendam terbalas, malah temasya besar berhak dirayakan oleh Kelantan apabila menjulang anugerah berprestij bola sepak negara, Piala Malaysia buat kali pertama setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir edisi ke-44, semalam.


Malah Wira Merah mengakhiri penantian yang sekian lama selepas dihampakan dalam perlawanan akhir 1955, 1970 dan tahun lalu sekali gus mengekori Perak, Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan sebagai 11 negeri pemilik Piala Malaysia sejak 1967.


Gegak gempita sorakan serta dentuman mercun melanda Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menyambut kejayaan skuad bimbingan B. Sathianathan menebus kehampaan 3-1 kepada lawan dan di gelanggang sama tahun lalu, hasil jaringan Hairuddin Omar dan Badri Radzi.
Sebaliknya Negeri Sembilan terlepas peluang untuk merangkul gelaran berganda musim ini selepas Piala FA, April lalu biarpun mengejutkan lawan dengan sepakan penalti penyerang bidan terjun, Shahurain Abu Samah pada babak pertama.


Malah mereka mampu mendahului lebih awal andainya penyerangnya, Idris Karim lebih kuat menyepak umpanan lambung S. Kunanlan dari sebelah kanan, ketika cuma berdepan Khairul Fahmi Che Mat, yang sempat menyambut tolakannya pada minit keenam.


Dalam satu serangan balas pantas yang dilancarkan Kunanlan minit ke-12, Kelantan tergamam sehingga penjaga golnya, Khairul Fahmi terpaksa membentes sayap kanan Negeri Sembilan dan menghadiahkan sepakan penalti buat juara bertahan.


Biarpun diarahkan pengadil Subkhiddin Salleh supaya mengambil semula sepakan penalti yang berjaya disudahi, Shahurain Abu Samah tetap tenang menolak ke kiri gawang Kelantan untuk mencipta gol pembukaan Si Rusa, seminit kemudian.


Namun, Si Kijang masih tidak mahu mengalah, setelah rembatan jauh Zairul Fitree Ishak tersasar tinggi pada minit ke-11, Badri Radzi pula terlepas menyamakan kedudukan apabila rembatannya sempat disekat bek tengah lawan, Shukor Adan pada minit ke-35.


Enam minit kemudian menyaksikan kehampaan berterusan Idris gara-gara dipersalahkan pengadil ketika cuba menyambut umpanan lambung Ching Hong Aik dengan tandukan walaupun, hanya perlu mengatasi Khairul Fahmi yang sempat mendakap bola.


Tiga minit masa kecederaan turut merakamkan kegagalan percubaan sayap kanan Wira Merah, Nor Farhan Muhammad dalam kotak penalti sementara rembatan jauh ketua pasukan Indra Putra Mahayuddin pula berjaya ditepis penjaga gol Si Rusa, Sani Anuar Kamsani.


Dalam dua minit babak kedua bersambung, Kelantan kian garang memburu gol penyamaan, namun kedua-dua percubaan Badri dan Hairuddin Omar sekadar mencemaskan Sani Anuar tetapi belum dapat menembusi kubu terakhir pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu.


Gol penyamaan idaman Wira Merah tiba juga pada minit ke-57 hasil umpanan lambung Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan yang cukup tepat disudahi dengan tandukan kencang Hairuddin tanpa mampu digapai Sani Anuar lagi.


Bersemangat tinggi dengan gol itu, Kelantan mengasak lagi, lalu Badri menggembirakan dan menghadiahkan majoriti hadirin Stadium Nasional yang membentuk Lautan Merah dengan jaringan kedua minit ke-64 setelah mendapat lorongan Nor Farhan dari belakangnya.


Wira Merah beroleh satu lagi peluang keemasan setelah penyerang gantian, Akmal Rizal Rakhli dikasari Alif Shamsuddin tetapi sepakan bebas Indra Putra menghampakan pasukan dan peminat mereka kerana melewati palang gol pada minit ke-83.


KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin (Akmal Rizal Rakhli), Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Zairul Fitree Ishak, Nor Farhan Muhammad, Badri Radzi, Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha (S. Chanturu), Hairuddin Omar.


NEGERI SEMBILAN: Sani Anuar Kamsani, Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Shukor Adan, Aidil Zafuan Radzak (Firdaus Azizul), Ching Hong Aik (Asyraf Al Japri), Alif Shamsuddin, Idris Karim, Halim Zainal, S. Kunanlan, Shahurain Abu Samah, Qhairul Anwar Roslaini (Shaffik Rahman).

sumber: UTUSAN ONLINE

Thursday, October 28, 2010

Tak suka, tak suka, tak suka!

 Pernah tak korang semua berada dalam satu keadaaan di mana, korang membenci seseorang itu tanpa sebab? Bukanlah benci sebenarnya, tapi lebih kepada tak suka. tapi benci tu pun lebih kurang jer dengan tak suka tu kot, cuma benci ni advance sikit. Agaknya lah~~ Huu, malas nak bukak Kamus Dewan huhuhu..:peace!

Aku pernah ,and selalulah gak rasa macam nih. Tetiba tak suka kat seseorang tuh. Walaupun dia tak wat salah pun ngan kita. And benda tu aku takkan dapat tahan. Bila hati ni dah cakap tak suka, susah ngat nak wat kita suka kat dia cam biasa.

Nak-nak bila dia buat salah ngan kita. Bengkek jer hati time tuh. Haish, tersiat rasa hati nih. Tapi yang heran, bila orang lain buat silap and salah yang sama, senang jer kita maafkan. And part paling tak boleh blah adalah, bila kita tahu ada orang lain gak yang tak suka kat dia... Rasa nak melompat toink toink toink aje! Hahahaha...Yela, at least, kurang la sikit rasa bersalah tu. Ingatkan kita sorang jer tak suka dia huhuhu...Kejam kan aku nih?? huhuhu

Tapi, rasa bersalah tu of course tetap ada. I've been in both world. Dibenci dan membenci. Nope. Aku tak pernah terniat nak balas balik apa yang orang pernah buat kat aku dulu. Tapi tulah realiti hidup kan? And aku tak rasa aku sorang jer pernah rasa macam ni. Aku rasalah~~hehehe

Sakitnya rasa dibenci. Tanpa ada sebab. Ataupun mungkin kerana satu sebab yang kecil, yang salahnya hanya pada diri aku sendiri,yang salahnya hanya kerana aku tidak boleh adapt dunia mereka pada ketika itu,  menyebabkan aku dibenci. Ataupun, mungkin sebab i've been in a world that doesnt belongs to me. Maybe. Aku sendiri pun masih tertanya-tanya sampai sekarang.

Dan sebab pernah rasa perasaan dibenci itulah, aku terhambat ngan sumpah diri takkan membenci orang lain tanpa sebab apabila aku membenci seseorang. Dan berada pada keadaan aku sekarang, aku mulai faham. Aku takkan salahkan orang yang pernah membenci aku dulu, aku maafkan mereka, kerana aku tahu, aku boleh dibenci tanpa sebarang sebab seperti mana aku membenci orang tanpa sebarang sebab.Haha. tahu ayat ni sedikit memeningkan hehehe..

Aku ada quote yang memang kena ngan entri aku hari ni:

" You cannot have ten friends without at least, a hater."


So, kepada sesape yang dibenci, just bear with it. You cant expect semua orang akan suka kat you. Kebaikan kita juga kekadang boleh dijadikan sebab untuk dibenci. Tapi kena ingat juga, bukan semua orang akan benci kita k? And to haters, cuba cari pertimbangan untuk tidak membenci orang lain k?( kata-kata ni ditujukan  khas untuk aku sebenarnya. huhu) Others, take note sama yer?? : peace, no war..

Love,

Wednesday, October 27, 2010

Sejarah Baru Akan Tercipta- Kelate.Net


Di setiap pelusuk tempat di negeri Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya, setiap orang yang berasal dari Kelantan sekarang ini sibuk berbicara mengenai perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada 30hb nanti. Popularnya perlawanan tersebut sehinggakan rakyat Kelantan sekarang sudah lupa bahawa ada satu lagi perkara yang penting akan berlaku pada 4hb Nov nanti iaitu Pilihanraya kecil Dun Galas.
Begitulah hebatnya penangan sukan bolasepak ini kepada rakyat Kelantan. Boleh dikatakan di mana saja di Kelantan, daripada budak kecil sehinggakan dewasa memakai baju The Red Warrior tidak kira yang original atau pun ‘Siam’. Trend sebegini kita tidak akan dapat lihat pada negeri lain walaupun ketika pasukannya berada di puncak. Seolah-olah mereka tidak segan silu untuk memakainya untuk pergi ke mana-mana saja. Itu menunjukkan bahawasanya rakyat Kelantan amat bangga dengan pencapaian pasukan The Red Warrior setakat ini.
Tetapi, langkah untuk menuju ke perlawanan akhir ini sebenarnya penuh berliku dan ranjau. Perlawanan peringkat kumpulan A Piala Malaysia yang menampakkan kepincangan pasukan kita pada awalnya. Ramai pihak yang tidak dapat sabar terus menyuarakan pendapat agar B Sathianathan meletakkan jawatan serta merta. Tetapi B Sathianatahan bukanlah orang yang cepat melatah dan berputus asa walaupun pada awalnya beliau cukup terkesan dengan telatah segelintir peminat yang inginkan kemenangan berterusan. Mujurlah keputusan di Paroi berkesudahan dengan seri 2-2. Jika tidak, B Sathianathan akan mengotakan janjinya untuk meninggalkan pasukan Kelantan. Tapi saya percaya beliau tidak akan melakukannya. Dan seterusnya kita dapat menumbangkan Selangor dengan penuh bergaya di Suku Akhir.
Pada masa itulah,The Red Warrior betul-betul menunjukkan mutu permainan pada tahap maksimum yang tidak akan dapat disaksikan dalam perlawanan lain sehinggakan penyokong Selangor sendiri tidak percaya dan terkesima dengan aksi longlai pemain mereka seolah-olah dirantai sepenuhnya oleh pemain Kelantan. Bermula dengan aksi meyakinkan di Shah Alam, kita teruskan pula di Kota Bharu dengan menenggelamkan Gergasi Merah Kuning dengan egonya sendiri.
Pada saat itu, saya sudah berkeyakinan yang pemain Kelantan sudah bertemu rentak dan amat bersemangat untuk melakar kemenangan demi kemenangan. Sehinggalah sekarang kita sudah berada di pentas ‘FINAL’ untuk kali kedua dalam masa dua tahun berturut-turut. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi sebuah pasukan yang diangkat secara kebetulan daripada Liga Perdana ke Liga Super pada tahun 2009 ini nampaknya merupakan pasukan yang boleh dikatakan terbaik antara yang terbaik. Diterajui oleh Presiden yang amat komited, barisan kepimpinan yang lain dan Ketua Jurulatih yang tidak kenal putus asa dan bersemangat waja, maka pada hari ini kita sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada KAFA yang sudah mencipta dan terus akan mencipta sejarah baru di bumi Kelantan yang tercinta.
Pada 30hb ini, kita semua rakyat Kelantan akan berkumpul sekali lagi di Bukit Jalil dan akan menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia yang amat berprestij di Malaysia. Saya berdoa agar kita dapat mencipta sejarah baru untuk negeri kita. Kita sudah lama memerhati daripada jauh. Sekarang sudah tiba masanya untuk kita menggenggam erat Piala Malaysia yang menjadi idaman kita sejak daripada dahulu lagi. Ayuh Pahlawan The Red Warrior. Tunjukkan aksi hebat mu itu. Berkat doa dan tawakal seluruh rakyat Kelantan, saya amat yakin kita akan dapat menumbangkan Negeri Sembilan pada hari sabtu nanti. InsyaAllah..GOMO KELATE GOMO..!!
Nama: Nik Najmuddin
Umur: 30 tahun
Lokasi: Kg Baru, KL
Asal: Kubang Kerian, Kelantan

Diambil daripada kelate.net

To Boys Out There

Ni pengakuan seorang dalam Majalah Wanita bil:1405 ( erkk..ye aku baca majalah Wanita, walhalnya aku ni REMAJA lagi huhuhu)..aku tertarik dengan pengakuan dia, kerana ego, dia kehilangan seorang wanita yang berharga. To boys out there, bacalah kisah ni, renungilah kisah ni. Mungkin anda adalah Farid pada masa hadapan. jangan kerana ego, kita kehilangan permata yang sangat berharga dalam hidup kita. Dibawah ni kisahnya:

Perkenalan sebagai rakan sekelas di universiti akhirnya membuahkan cinta di hati Farid dan Aleeya. Sepanjang lima tahun mereka menyulam cinta, banyak dugaan yang ditempuhi mereka. Namun sudah tersurat jodoh mereka bersama. Selepas mencapai kata sepakat kedua belah pihak, pasangan ini akhirnya diijabkabulkan dalam suasana yang cukup meriah.

Walaupun sudah lama bercinta, namun hanya selepas kahwin barulah sikap sebenar Farid terbongkar. Jika dulu masa bercinta segala kata manis lagi ayat yang digunakan. Kini apabila Aleeya sudah menjadi isterinya, hanya maki hamun dan kata-kata kesat dilemparkan.

pada mulanya, Aleeya masih bertahan dengan sikap Farid. Baginya mungkin Farid dalam proses menyesuaikan diri, namun lama kelamaan, Farid bukan sahaja tidak berubah, malah semakin menunjukkan belang.

Tidak cukup dengan kata-kata mengguris perasaan Aleeya, Farid sudah berani naik kaki tangan. Pantang ada sahaja benda yang tidak kena, habis semua barang dibaling. Jika ditegur, pipi Aleeya pasti menerima habuan Farid.

Aleeya sudah puas menangis. Dia tidak sangka lelaki yang dicintainya satu ketika dahulu, kini menjadi lelaki yang paling dibencinya. Aleeya seringkali bercerita dengan kawan baiknya Arman. Aleeya tidak mahu kisah rumah tanggannya diketahui keluarga kerana dia malu dan tidak mahu keluarganya susah hati memikirkan masalahnya.


Lantaran, Arman menjadi tempat Aleea meluahkan masalah. bermula sebai tempat meluah perasaan, akhirnua hati Aleea terpaut dengan lelaki itu. Begitu juga dengan Arman, dia sedih mengenang nasib perempuan sebaik Aleeya menjadi mangsa keegoan suami.

*********

Akhirnya, Aleeya sudah tidak mampu bersabar. Dia menangis teresak-esak bercerita masalah rumah tangganya yang sudah lama dipendam kepada keluarganya. Ibu dan ayah Aleeya terkejut, mereka tidak sangka anak gadis kesayangan mereka begitu menderita selepas mendirikan rumah tangga.

Selepas berbincang, ayah Aleeya menasihati Farid agar berubah sikap dan melayan isterinya dengan baik. Farid hanya mengiyakan segala nasihat dan teguran bapa mentuanya. Namun di dalam hati, dia tidak sabar untuk bersemuka dengan Aleeya yang dianggap sudah menjatuhkan maruahnya sebagai seorang suami.

Sebaik sahaja Aleeya pulang ke rumah, Farid melepaskan kemarahannya. Bukan sahaja caci maki yang diterima malah Aleeya separuh mati dibelasah Farid. Melihat Aleeya nyawa-nyawa ikan berlumuran darah akibat ditumbuk, Farid menjadi panik.

Dia bergegas membawa Aleeya ke hospital. Syukur Aleeya selamat. walaupun doktor mengesyaki berlaku kes penderaan, tapi Aleeya berkeras untuk tidak melaporkan perkara itu kepada polis dan merahsiakannya dari pengetahuan keluarganya.

Aleeya sudah tawar hati dengan Farid. Dai tekad mahu hidup bersendirian. walaupun Farid berulang kali memohon maaf dan berjanji akan berubah, namun hati Aleeya sudah menjadi keras seperti batu.

Dia tidak berganjak dengan keputusannya. Aleeya memfailkan perceraian di mahkamah syariah. Selepas dua tahun hidup bersam. akhirnyya pasangan ini bercerai dengan talak satu. walaupun Farid enggan melepaskan Aleeya, namun desakan Aleeya akhirnya membuatkan dia akur.

Air mata Farid mengalir ketika melafazkan talak kepada Aleeya Ketika itu, barulah dia sedar, dia kehilangan seorang wanita yang sangat baik dan sabar melayan karenahna selama ini. Penyesalan yang bersarang dihatinya membuatkan Farid membawa diri ke luar negara. Dia benar-benar insaf dan berjanji dengan dirinya tidak akan mengulang lagi kesilapan lama andai bertemu jodoh sekali lagi.

~TAMAT~

Lelaki, wanita itu tercipta daripada rusukmu. Dia adalah anugerah yang dipertanggungjawabkan kepada kamu untuk dijaga dan diberikan kasih sayang. Ingat lelaki, walaupun cintanya sebesar-besar alam pada mu, jika tidak dijaga, ia boleh hilang dalam sekelip mata. Bila seseorang wanita itu sudah berpatah arang dengan mu, tidak mungkin kau msmpu miliki cintanya kembali. jadi hargai dia semasa hatinya masih ada padamu. Jangan bangga dengan agungnya kasih sayangnya pada mu,sehinnga kamu sanggup memperlakukannya sesuka hatimu, kelak satu hari nanti kamu akan menyesal apabila pandangannya tidak lagi terhala ke arahmu....

Love,

Sunday, October 24, 2010

You do not love a woman because she is beautiful, she is beautiful because you love her...
Knowing the right thing is meaningless when you are not doing the right thing..

Right actions in the future are the best apologies for bad actions in the past..


~Tryon Edwards~

A Tribute to Inchik John Labu

Aku tak tahu la kenapa sehari dua ni aku suka berpuitis. Mungkin sebab bila aku berpuitis, perasaan tu keluar mencurah-curah macam air paip. Aku rasa lega. Aku rasa ada satu part dalam diri aku bebas, bebas dari belenggu yang membelenggu diri...Mungkin, sebab time tu kita dah luahkan apa yang patut kita pendamkan..
Kali ni, entri aku pendek aje. Aku nak sudahkan entri-entri aku yang jadi draf sejak sekian lama.( Aku ni bila menulis, selalu lost idea tengah bes-bes menulis tuh, haishh, tu yang buat aku punya entri tergantung jadi draft memanjang..=.="...)

  Ok, tak kisahla labu..asal draf-draf aku tuh menjadi sebuah entri akhirnya. Back to story( most entri tulisan aku sendri wajib-wajib ada ayat tu k?xcaye? see this and this)  .Nape aku suka berpuitis? Sebab aku penah tangkap khalwat cintan ngan sorang mamat sastera dulu hahahaha...Ok2, aku tak serius~~abaikan perkataan strike through tadi ye? ngee~~. Sebenarnya, bila kita bersastera nih, kadang2 apa yang kita luah tu boleh terluah far beyond what you expected. Luahan marah ( contohnya la kan?) kau akan lebih terluah dengan lebih mendalam, lebih kena, tapi dengan cara yang lebih terhormat daripada mencarut. Huhu, Kan2? Sape yang suka bersastera akan faham apa aku cakap ni.

  Idola aku dalam arena ni, Inchik John Labu. Nope, beliau bukan la sasterawan negara, and beliau bukanlah sape-sape yang gah di arena sastera nih, seperti arwah Pak Dharmawajiya, Dr Lim Swee Tim, A. Samad Said, atau S. Othman Kelantan. Tapi aku kagum pada bakat beliau, bukan senang tahu nak jumpa orang yang berbakat dalam bidang sastera nih. Dia buat aku tertarik balik pada dunia sastera, dia wat aku kenal pada Pyan Habib bila aku cakap pada dia aku tak da bakat dalam deklamasi sajak sebab aku ni pelat 'r' sedangkan Pyan Habib tu,(maafla  aku kejam sikit) sengau. ~~ Marah Inchik John aku mengata idola beliau huhuh..

   Cakap sal Pyan Habib nih, aku kagum pada beliau. Kelemahan beliau beliau jadikan sebagai kekuatan. Walhal aku yang pelat 'r' ni dulunya cukup malu untuk berkata-kata di khalayak ramai, beliau yang sebegitu pun boleh dengan selamba badaknya dan dengan penuh perasaan mendeklamasi sajak dikhalayak ramai. Memang wajar aku tabik spring la pada beliau nih.

Ok, back to Inchik John, seorang yang aku anggap sebagai abang ( padahal beliau xsuka main abang2 angkat nih, tapi aku ni kan keras kepala? hehehe, nak gak anggap beliau abang angkat aku walaupun beliau  tak anggap pun aku adik angkat dia~sengal kan aku? huhuh), aku sapa dengan panggilan pak cik. Katanya beliau sudah terlalu tua untuk dipanggil abang walaupun usia beliau masih dikategorikan sebagai muda (bagi aku la). Berapa? Hahah..biar aku dan Incik john aje yang tahu umur beliau berapa heheheh...

  Aku kenal beliau dalam FB, page supporters Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan, yeah, Gomo Kelate Gomo! huhuh...aku pun lupa camne kitorang boleh bertegur, sama ada aku atau beliau yang add aku dulu. Tapi tak kisah la. tapi  bila aku tengok kata-kata belaiu yang puitis, aku tertarik untuk berkongsi bakat( bakat la sangat!) dengan beliau. Nak tengok, ada bakat atau tidak. Bila aku cakap aku ni takda bakat, beliau petik apa yang arwah pak Dharmawijaya ( bekas pensyarah beliau) pernah ucapkan, 

Ada 2 jenis bakat atas dunia nih.
1) bakat yang sedia ada dalam diri, hanya perlu digilap sahaja
2) bakat yang boleh dipelajari.

Kata-kata ni aku tak wape ingat full dia, aku redah jer tuh. Tapi aku terkesan dengan yang nombor 2 tuh. Tak semestinya aku kena tunggu je kan bakat tuh kena turun dari langit, baru aku nak bergiat dalam sesuatu benda tuh, bila dah ada minat, insyaAllah boleh digilap kan?

Nampak tak kenapa aku anggap dia idola aku? Aku rasa ia lebih kepada jasa dia yang tarik aku kembali dalam dunia sastera nih. Dulu, bila aku cakap aku minat sastera, orang gelakkan aku. " Kau budak pandai dowh, takkan nak ambik sastera jer tingkatan 4?"~~seyes ada sahabat pernah cakap gini kat aku. Bukan aku nak rendahkan sastera, atau nak cakap budak-budak sastera ni tak pandai atau nak cakap aku ni pandai, tapi sebab keputusan PMR aku melayakkan aku masuk aliran sains di MRSM, buat sahabat aku ni berkata begitu(  sahabat ini adalah sahabat yang baik ,walaupun dia tidak bernasib baik untuk melangkahkan kaki ke MRSM, walaupun aku tahu dia ingin ke MRSM, dia tumpang gembira pada aku tanpa secebis iri hati pun- Bless her) .

  Ok, off trail lagi. back to Inchik John, dia kurang senang bila aku anggap beliau idol aku, katanya beliau bukan sape2. Ramai lagi orang hebat di luar sana. Tapi balas aku;

"Dr. M pun hebat, tapi kenapa saya tidak tertarik untuk masuk ke dunia politik dengan lebih dalam? Dato Lee Chong Wei pun hebat,tapi kenapa saya tidak tertarik pada dunia badminton sedangkan saya suka pada kedua-duanya. Pak cik hebat sebab berjaya tarik saya ke dunia sastera ni balik. Jadi, atas dasar itu, saya jadikan pak cik idola saya, aspirasi saya dalam dunia sastera saya nih"


 Inchik John yang buka pandangan aku pada dunia sastera ni. He stands behind me, menyokong, mengkritik, memperbaiki kelemahan-kelemahan aku. There's a lot more i have to learn about this beautiful world. Banyak lagi yang aku perlu tahu, and recall secebis memori dunia sastera yang aku ada semasa tingkatan tiga dulu. Almaklumlah, i started from scratch. Paling mengharukan aku, dia hantar karya aku yang tak seberapa ni, cukup simple yang hanya lahir dari luahan hati, pada seorang sasterawan seangkatan dengan Faisal Tehrani. Dia hantar bersama puisi yang aku yang telah dia edit, untuk dikomen oleh sahabatnya itu. Terus terang, aku segan, puisi yang lahir hanya dari kekeliruan jiwa aku diamuk badai kecewa itu jugalah yang dikomen. Aku malu huhuhu...tapi dia cakap tak perlu malu, proses belajar. huu~~

Satu je aku ley cakap, tanx a lot Inchik John Labu. I appreciated it..




p/s: tadi bukan aku cakap nak wat entri pendek je ke? hehehe
Love,

Saturday, October 23, 2010

Inchik Z vs Azmi- Lagenda Budak Setan

   Sesiapa yang pernah tengok movie Lagenda Budak Setan, mesti akan ingat si Azmi ni.Brutaliti dia memang over the edge arr...Remember bagaimana dia tampar Ayu berkali-kali, sepak terajang yang perghh tengok pun memang kan rasa sedikit sebanyak sakitnya? Bila aku tengok part tu, aku terdiam. Aku tak sanggup tengok. I've been through that kind of situation. Yup, seriously dah.
Que haidar sebagai Azmi in LBS


Inchik Z yang muncul dalam hidup aku dapat digambarkan oleh Azmi dalam Lagenda Budak Setan. Ayu berpisah dengan Azmi sebab Azmi sendiri yang duakan hubungan diorang. Sama jugak macam kes aku... It hurts when you put your 200% percent trust to a man you love but what you really get back is a traitory.

Cinta aku pada dia hilang pasal ni. Aku ingat lagi macam mana dia ingatkan aku tiap-tiap hari agar jangan curang dengan dia, padahal pada masa yang sama, dia dah  jumpa yang baru. Aku jugak masih terbayang-bayang bagaimana kitorang bergaduh hari tu hanya disebabkan nombor lelaki yang tidak dikenali dalam handset aku, ataupun betapa bengangnya dia bila dia check komen aku untuk seorang lelaki bergelar kawan dalam FB aku.. Istana cinta yang aku anggap indestructible dalam hati aku,( chewahh..ayat powr nih) runtuh dalam sekelip mata jer. Apa yang aku rasa cuma kosong, segala kenangan indah kitorang sebelum ni hilang di bawa angin lalu.


Tapi, dia tak dapat terima hakikat tu. hakikat bahawa hati aku bukan milik dia lagi. Hakikat bahawa cinta aku  yang paling besar untuk dia sebelum ni dah musnah menjadi abu disebabkan tangan dia sendiri. Aku tahu, dia terlalu alpa melihat kukuhnya cinta aku pada dia. Walau apa kesilapan pun yang dia buat, dia fikir, aku takkan mampu tinggalkan dia kerana cinta aku yang mendalam pada dia. Ternyata, dia silap. Aku bukan selemah yang disangka. Atau, cinta aku bukan sekukuh yang dia fikirkan.

Huh, aku nak gelak pun ada. Teringat lagi bagaiman dia menangis, merayu menitiskan air mata di depan aku bila aku nak tinggalkan dia. Luka dihati dia pada waktu tu takkan sama dengan luka yang aku alami bila ada seorang perempuan mengaku girlfriend dia. Luluhnya hati aku teringat janji dia yang takkan berSMS pun dengan mana-mana kawan perempuan pun, hatta dengan nombor yang tidak dikenali. Tup tup, boleh ada makwe baru lagi. Ternyata, tu semua palsu.

Berbalik kepada tajuk kita, kenapa aku cakap Inchik Z ni sama dengan Azmi LBS? kerana paras baran dia tu lah. Panas baran yang sama. Perbuatan Azmi pada Ayu sama seperti perbuatan Inchik Z pada aku.


Aku gantungkan cerita ini disini. Aku tak mahu merobek semula luka di dada. Let bygones be a bygones...

Love,

Perfect Guys For A Perfect Gurl n vice versa

        I'd pass by this  two particular blogs just now..It belongs to this particular pretty, brainy girl and a handsome brainy boy-did i mention that both of them, is a couple?..Those two were just PERFECT...perfect being together,perfect as being theirself, perfect apart of what i'm being, a commoners..

            Bila aku tengok orang camtu, aku terfikir, boleh ke aku jadi cam diorang..semua relationship aku sebelum ni memang hancur, jauh panggang daripada api nak dikatakan sempurna. On  off relationship, main kayu tiga, masa depan tak terjamin, manusia sejahat-jahat alam, semua pernah aku jumpa. Setakat sepak terajang, tumbuk tampar, semua tuh aku dah rasa. Believe me!

       Haish..tak mahu la cakap benda lama. Wat aku mendung kelabu jer di subuh hari nih. Yup, untuk semalaman aku tak leh tido, You're right, i'm INSOMNIAC! Its been a year dimana aku tak jumpa istilah 'boleh tidur awal nih'. Tapi bila aku da tidur, setakat bangun 1-2 tengahari tu normal.. Aku ni dah jadi musang dah..

   Back to the story( memang aku nih selalu off trail-sorry!) , orang yang perfect nih akan cari orang yang perfect je. Contoh lah eh, handsome guy memang akan selalu pair up ngan  beautiful girls. And educated girls ( especially yang belajar kat luar negara) will soon settle in with graduan dari oversea gak kan? Well fine, no doubt ada gak kes xsama darjat nih ( enggang with pipit), but the possibilities is one out of 1000.

   Kenapa eh berlaku? Yela fine la, kau bagus, so kau kena cari orang yang sama bagus dengan kau. Camtu ker?? Entahla, tapi bila dah masuk soal jodoh ni, aku sendiri pun tak mahu kata pe2. Susah ngat nak cakap. Tapi satu hal la kan, bila contohnya seorang yang handsome/lawa tuh di pair up kan dengan yang tak lawa, mengata pulak. Aishh... Susah gak kan? Dapat yang sama taraf pun orang mengata, dapat yang terlebih/kurang taraf pun orang kata gak.

Tapi aku rasa la kan, ni semua hanya omongan of jeaolusy, (including me, no doubt!-sebab ni kira nga mengata la ni kan? =.=" aaa) .. Jadi, once you da dapat your soul, grab it. Do not let go...Tak kira apa pun orang lain kata. Sebab yang nak bahagianya, kamu sendiri, bukan orang lain.. Bye..nyet nyet nyet,...

Love, 

Wednesday, October 20, 2010

Bila Bahasa Kelantan DiKL-kan ..huhuhu

aco sapa abis ni.baru demo pehe..buleh tehe nk suko selok..kawe guling bating do-de-do-de baco..hahaha..

Kantoi 1Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni"


Kantoi 2Dulu,mase kat belaja kat kolej,kelas komputer,kawe aja gu kawe pasal komputer,doh dio slow nok teke tikuh tu,kawe kato la gini"Ming,tunggu gapo lagi nyo, PENYEK la mouse tu" .Gu kawe pun kato,oloh,kapong molek bahaso mung,mujur mu tok oyak JIREK…


Kantoi 3Kawan abg ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas tu kan..

dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya..

"adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.."

dengan muka yang selamba dan serius..


Kantoi 4kwn aku... dia nak bayar harge pulut lepa kat cafe....dia sebut

“pulut LEMPA satu”...

sepatutnya pulut panggang


Kantoi 5cikgu : ada berapa jenis KUTUB kat bumimurid : dua, cikgucikgu : nama dua jenis kutub tersebutmurid : KUTUB AYAM dan KUTUB DAGING

(khutub @ kerutuk)


Kantoi 6cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam?murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.



Kantoi 7ni cito aku pulok....maso mulo2 masuk kolej...gi cafe beli air dale gelas plastik mcam kat psar malam tu..pahtu maso nok bayar tuh..."kak, ada TUDUNG tak?" sambil tgn tunjuk kat atah gelas tuh....kakak tuh mulo2 tok pehe....doh aku duk tunjuk atah gelah tu dia pun kata..."ooo....penutup"....dgn muko selamba..."a ah penutup"....malu weh....hehehehe


Kantoi 8kwn aku citer cara2 masak kerutup..

”mula2 panaskan minyak...masukkan bhn kisar...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan AWAS.....”


Kantoi 9“saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG.....”



Kantoi 10Aku pernah dengar statement ni kat bank...

“hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS.....”

yg ak nk sukonyo ore wak oyak tu ore cino......


Kantoi 11kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih aa kena dkt cadar ngan toto..smlm kitaorg tengah masukkan toto ngn cadar dlm mesin basuh..pah, aku oyak gini dkt hubby aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.."

laki aku bantai gelak..ingatkan surat je ada sampul..bantal pun ada gak ke?





Kantoi 12peristiwa kat bandar jengka...member kelantan aku gak.....'BANG MINTAK SUPIK SATU'.....wakakaka.....bercakap luar tuh...




Kantoi 13masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...

ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...

dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'

hahahahha



Kantoi 14masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek bdk Johor.. mmg sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku igt lg masa tu dia tgh bergayut tanya khabar awek dia yg demam..

"Ayang.. camne dah "sial" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) td"



Kantoi 15member citer takdih......

si A nampak ular lalu menjerit...." ular.....ular.....katak.....katak..."....



Kantoi 16ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap

guest : " nape takde api ni"awek : " maaf cik,black out.api berJENTAP"



Kantoi 17Dalam sebuah komuter...

“abang boleh ALIH sikit tak? Saya nk duduk ETEP.”



Kantoi 18Ada org luar tu dia mari jalan kampung...org kmpung tu tau doh dia orng luar..

Ore luar tu g jale umoh woris dia..woris jauh2..jadi anak tuan umoh tu nak kecek luar jugak la..

Org Luar : ' mak ada tak? 'Anak Tuan Umah : " takdi mak ada duk tanah .. dia cakap nak gi tembak, nk g beli lauk..... "

[standard org2 kg kat kelantan..waktu2 tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang ngn motor kat tembak (tepi jalan ) ]




Kantoi 19haha..aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih d bazar ramadhan ari tu...die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2..so dio ni oyak ar,

"mok cik cucur lagi xcukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.."cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".


Kantoi 20aku tringat pok sdaro aku maso gi kijo s'pore dulu

sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu...dia skali nga saing2 dia 3 oghegi lah beli air....pah tu dia tanyo mokcik tu...

"kak..... PLETIM adaa ?

kakok tu ngango sapa.......saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"



Kantoi 21tringat ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore...maso tu dio skoloh rendoh lagi...ado sari tu mok dio suruh gi keda beli bare...

saing : toke...kakah sup ada?

toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...

saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?

toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...

saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...

mok saing : ma tok ingak nok royak sini oghe panggel repoh sup (rempah sup)...

saing : pade pong cino tu tok pehe...



Kantoi 22aritu mak mentua saya ikot balik kedah. time maghrib, suami n abah saya nak pegi surau.mak mentua saya gi tanya kat abah saya

"ustaz nok gi balasoh doh ko?"terkejut abah saya . "taklah mek, nak pegi belasah sape pulak ni?"


Kantoi 23membe saya cikgu,jenis pekat gler kelate tp ngajar di kL...budok2 biaso laa gege dale kelas..pastu dok tubik masuk tubik masuk..pastu dio jadi nk maroh gilo...nak marah ko budok2 tu. Dia oyak :

"awak ni kalau bising skali lagi..saya akan suruh awak TUBIK!!!"bdak2 KL hok dengar terpinga-pinga.."apa dia TUBIK cikgu?"


Kantoi 24budak kelate:- mu gi beli timun cino kejap...budak johor:- nk berapa?.....budak kelate: (ngan muka confiden) mu beli daley 4-5 butir jadi ah...

pastuh budak johor tuh pegi kedai nak cari timun cina... selang beberapa minit kemudian...

budak johor: aku cari banyak kedai dah.. takde pun orang jual timun cina... apek buah tuh siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu....

masa tuh kitorang dah keras2 ketawa...... lepas explain kat dia yang timun cina tuh tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....


Kantoi 25Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kg aku..pah tu gak adik aku nk tido laa skali depan tv dgn spupu johor aku tu..pah tu byk nyamuk..dio pun oyat gini..

"BANYAKNYE NYAMUK...BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha..


Kantoi 26Ado promoter gas mari umah aku..nk jual kepala gas untuk keselamatan gas gapo xtahu...mok aku hok interested nk beli..

pah mok aku ty laa..nk guno lagu mano ni..dio pun jawab..."mcm ni mak cik...kepala ni bawah ni mak cik CONCOS kat tong gas ni....



Kantoi 27Ore kg aku duk KL, jenis tok beso kecek luar...dia ada duit besar nok g tukar keda...nok oyak guano ni nok tukar duit ni...dio kecek luar jugak...


“bang, nak tukar duit HALUS ada ?...”



Kantoi 28dj radio: assalamualaikumpendengar: wa'salam...dj radio: bagai mana keadaan cuaca di Jeli skg?pendengar: hujan berek-berek.....


Kantoi 29ada anak buah kawe jate sore bdk KL.. umur 6 thn..comey kakloh jugok la... bila balik kg, budok2 tino pakat2 kerumun anok buah kawe tu,,serupo ore ulu tok rajin jupo manusio..

"Eiii... comANnye... geraNnye.... nama awak sape.... tembaNnye pipi... rasa mcm nak KENGKAF jerrrr.."



Kantoi 30didi gi kl umah abg dia...abg dia suruh gi kedai beli gayung...so dia pon gi kedai..smpai kedai dia tanya tokey...

"BANG, ADA JUAL CETONG TAK?"...



Kantoi 31ina baru balik dari shopping...rosnah tegur ina "WAH INA BARU BALIK? BALIK DARI MANA? BANYAK NYA JABIR KAT TANGAN TU”....



Kantoi 32ada sore staf puam opis kawe, sebab dia hok paling janguk bos kawe suh dia entertain pelawat dr KL time acara makan2, ada buoh duye..

bila pelawat tu oyak, best2 durian sini, lemak.. dio jawab..

"memanglah durian sini best2, tp sy tak boleh makan byk sangat coz cepat lugal"..


Kantoi 33mak aku cikgu, dulu dia sokmo wat kelik buku latihan bdk2 check dumoh..

ado sekali tuh, selok dia suko.. dio tunjuk tuh so family ngilai.. ado student tuh wat ayat..

"Itik sedang menyudu air cha.. "



Kantoi 34Aku sedang melayan anak kawan aku bermain ditaman permainan..tetiba aku cemas sebab budak2 itu telah buat lari pecut 100 meter..

dengan pantas aku menjerit...

"Naqib...jangan lari laju2...nanti REBAS!!"

Nasib baik aku sorg je masa tu..tp aku tetap gelak sorg diri...suker selok...



Kantoi 35pengalaman aku, ado ore luar mai umoh tuk aku..lepas make tghari, tuk aku wi bantal ko ore tu sambil oyak gini:

" guling-guling la dulu mek... lambat lagi nok gi keda"....

terpinga2 ore tuh... mujo x guling sungguh.. kalu dok gak, pah tanoh la wehh.. rumoh tuk aku tu tinggi.



Kantoi 36

aku selalunya kantoi tang kunci kereta....

dah terbiasa sebut..."suis keta"

ada sekali tu, aku suruh lab assistant aku gi beli barang, aku ckp ngan dia

"ambik la suis keta aku tu...bwk keta aku jer"

dia ngan muka cuak tgk aku..."napa? keta takleh start ke?"

aku jwb balik..."ye la, kalau tak ambik suis keta tu...camana ko nak start keta aku lak?"

lagi dia heran...

pastu...baru aku tersedar.....that's kunci kereta.....

bukan suis keta



Kantoi 37

maso saing kawe mari KL...sek2 rumoh kawe nak masok tengahhari pahtu suruh la dia gi kedai beli ikan ...

saing aku : Bang ikan AYA ada?Tokey : Ikan AYA?....ikan apa tu dik?...xde jual laSaing Aku : Ala Bang tu ada la ikan AYA tu...(sambil tunjuk)Tokey : oooo ni ikan tongkol la dik...

balik rumah dia bercerita gege 1 rumah dok suko ko dio..




Kantoi 38teringat maso kawe ngaji k.l mulo,nk g beli sabun basuh.. "kak sabun SETOKOL"



Kantoi 39Ambo sediri pun penah kena dulu, gini..

masa kursus BTN, member dorm sebelah bising, selamba je ambo tepik,

"weiii, diamla, BOSANLA


heheheh..member kelate pecoh perut suko..lorat kelantan, istilah Bosan ni ada dua maksud



Kantoi 40so lagi, ambo tengok budok2 dok gayut di taman permainan di Putrajaya,

ambo tepikla larang takut jatuh :

" weiii, jangan bergayut kat situ, nanti jatuh, dapat FAEDAH (BULEH PEKDOH)

member aku terguling reboh suko


Kantoi Tahap Dewa

Jusuh dari kelantan, baru datang KL, duk umah sewa kawan2 dia, suatu hari dia ikut kawan dia g disko, semua kwan2 dia mabuk. Dia ckap kat kawan dia :

"berat-berat korang semua nih.....dah-dah la tuh....jom KELIK...

dimbil daripada cni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...